Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Sel Tunjang untuk Terapi Antipenuaan

Apakah Isian Radiesse?

Penuaan ialah proses rumit yang dilalui oleh seseorang apabila umurnya meningkat. Tahun demi tahun, manusia mengalami perubahan fizikal, psikologi dan sosial. Sel yang semakin tua akan beransur-ansur rosak dan akhirnya mati. Sel tunjang baru berpotensi melambatkan atau mengundurkan proses ini.

Sel tunjang ialah punca kehidupan, iaitu batu binaan tubuh kita. Masyarakat perubatan telah menumpukan perhatian mereka terhadap sel tunjang disebabkan kebolehannya memperbaharui dirinya, membezakan dirinya kepada sel khusus dan mencari sasaran. Oleh itu, sel tunjang sangat sesuai digunakan untuk rawatan antipenuaan.

Sel tunjang mampu memperbaharui dirinya disebabkan keupayaannya mereplikakan dirinya tanpa had. Sel tunjang boleh melalui banyak kitaran pembahagian sel tetapi masih mampu mengekalkan keadaannya yang tidak dibezakan.
Sel tunjang yang bersifat multipoten, iaitu mampu membezakan dirinya, boleh membesar dan menjadi jenis sel yang lain.

Body Cell Renewal Treatment

Kebolehan istimewa ini menjadikan sel tunjang unik berbanding dengan semua jenis sel lain di dalam tubuh.
Sel tunjang juga berkebolehan istimewa mencari sasaran, iaitu mampu mengesan dan menyelesaikan masalah di dalam badan. Kawasan yang radang atau sel yang rosak akan menghantar isyarat. Sebaik sahaja sel tunjang menerima isyarat ini, sel tunjang akan bergerak ke kawasan kecederaan atau kerosakan tersebut dan mengaktifkan mekanisme pembaikan semula jadi. Apabila mekanisme ini diaktifkan, sel tunjang dapat berubah bentuk kepada sel yang diperlukan untuk menggantikan tisu atau organ yang rosak itu.

Sel tunjang menghasilkan sel baru untuk menggantikan sel yang lama, mati dan rosak setiap hari. Untuk menjaga keremajaan dan kesihatan dalam keadaan yang sebaik-baiknya, badan perlu menerima sel tunjang yang mencukupi, iaitu berpuluh hingga beratus juta sel tunjang.

Dalam perjalanan hidup yang semula jadi, mustahil tubuh kita mendapat sel tunjang sebanyak itu. Oleh sebab itu, tubuh manusia meningkat tua. Bagi mendapatkan cukup banyak sel tunjang yang berpotensi menghentikan atau mengundurkan proses penuaan, sel-sel tunjang dikembangkan di sebuah bilik bersih yang telah dibasmi kuman sebelum disuntik balik ke dalam tubuh pesakit. Dengan cara begini, kuantiti dan kualiti sel tunjang yang konsisten terjamin setiap hari.

Kajian telah memberikan hasil kejayaan yang menunjukkan kebolehan sel tunjang menyasarkan sel-sel khusus dan menjana semula sel di dalam badan. Oleh itu, sel tunjang membolehkan sel-sel kita menjadi lebih sihat dan bertenaga.

health benefit ater stem cell therapy

Kelebihan sel tunjang boleh diringkaskan seperti yang berikut:

• Mampu membezakan dirinya kepada jenis sel yang diingini untuk tujuan pembaharuan bagi merawat tisu yang cedera atau rosak.
• Membantu badan pulih daripada penyakit melalui proses penjanaan semula sel.
• Boleh dipercayai merawat pelbagai jenis penyakit dan kecederaan.
• Dapat menyingkatkan tempoh rawatan kecederaan dan penyakit yang mungkin akan mengambil masa yang lama.
• Dapat menghentikan atau mengundurkan kesan penuaan dalam seluruh sistem badan.
• Penyelidikan menunjukkan bahawa terapi sel tunjang selamat, beretika dan berkesan.
• Dapat mengembalikan kekuatan dan kesejahteraan agar dapat meningkatkan mutu hidup.

Selepas menjalani terapi sel tunjang yang berjaya, iaitu setelah sel ditambahkan semula dan setelah organ diremajakan dan diperbaharui, antara manfaatnya ialah:

• Perasaan lebih bertenaga
• Lebih mampu melakukan gerak kerja jasmani
• Rambut bertambah sihat dan lebat
• Fungsi ginjal (buah pinggang) bertambah baik
• Aras gula darah selepas berpuasa menurun
• Nafsu syahwat bertambah baik

Rawatan Sel Tunjang boleh didapati di Klinik Premier:
Tompok-tompok Tua/ Terapi Hiperpigmentasi
Cantikkan Tekstur Kulit & Kecilkan Liang Roma
Terapi Penuaan Sebelum Masa
Terapi Pencerahan Kulit
Terapi Rambut Sel Tunjang

Datanglah ke Klinik Premier atau hubungi kami melalui talian +6012-6625552 atau alamat e-mel contactus@premier-clinic.com