Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Terapi Plasenta Dan Sel Tunjang Celebre Untuk Mencerahkan Kulit

age

PENCERAHAN KULIT

Ramai orang memandang kulit yang cerah sebagai suatu ciri kecantikan dan sangat mengidamkannya, terutamanya orang Asia. Seseorang itu mungkin ingin memutihkan kulitnya atas sebab kerjaya ataupun peribadi, namun hasil yang dikehendaki adalah sama, iaitu lapisan kulit baru yang lebih cerah.

Oleh sebab rawatan ini menggalakkan pembiakan sel pengganti, sel kulit baru ini semula jadi lebih cerah dan lebih sihat daripada sel lama yang digantikannya. Kulit tidak lagi kering kerana kini kulit mampu menahan lembapan agar sentiasa lembap, dengan itu memastikan kulit kelihatan sihat berseri. Hasilnya ialah kesan semula jadi yang terserlah pada kulit yang lebih cerah.


Klik pada butang anak panah di atas ini untuk menonton penerangan Dr Aarthi Maria tentang hormon seiras dan awet muda

CARANYA

Terapi plasenta dan sel tunjang dari Switzerland adalah rawatan semula jadi yang meremajakan tubuh. Rawatan yang berasaskan kajian saintifik ini melambatkan proses penuaan dan juga meremajakan badan dan kulit dengan cara memperbaharui sel lama atau sel yang tidak lagi berfungsi dengan baik. Sel kulit yang gelap atau kusam akan menjadi sasaran terapi ini. Ekstrak tisu janin atau sel baru ditanam ke dalam bahagian yang dipilih untuk dirawat. Ini merangsang tisu itu untuk mencepatkan kadar pembiakannya secara mendadak, lalu menggiatkan semula sel yang tidak aktif dan menggantikan sel yang tidak lagi berguna.

Terapi ini menggunakan potensi yang memang ada pada organisma hidup, dan memberikan hasil yang berpanjangan dan kesan terapeutik bagi penerima. Apabila kita melambatkan proses penuaan dan membalikkan kesan tisu yang tidak dikehendaki, kesihatan dan keadaan keseluruhan kulit kita akan bertambah baik dan kulit akan sentiasa kelihatan muda. Rawatan ini juga memastikan bahawa semua unsur yang boleh menggelapkan kulit akan menjadi pudar, bermakna kecacatan pada rupa kulit tidak lagi berlaku.

celebre-placenta-certified

JAMINAN MUTU

Klinik Premier mengimport Ekstrak DNA Celebre, iaitu produk rumusan khas dari Switzerland yang telah dikaji oleh Swiss Biotech A.G., Switzerland. Ekstrak ini selamat jika dos yang betul digunakan mengikut preskripsi kerana ekstrak ini dirumuskan menurut aturan penyediaan yang ketat. Selain itu, produk ini secara amnya tidak menimbulkan kesan sampingan atau kesan buruk terhadap penggunanya.

* Ikut arahan doktor apabila menggunakan ekstrak ini.

Kegunaan

Sindrom Menopaus (putus haid)
•    Mengurangkan tekanan jiwa yang berlaku sebelum setiap kitaran haid dan masalah kewanitaan yang berkait dengannya
•    Mengurangkan rasa sakit dan perubahan yang berkait dengan menopaus
•    Mengawal atur kitaran haid
•    Mengimbangkan hormon

Masalah Kesihatan Yang Berkait  Dengan Usia
•    Mengawal atur diabetes
•    Merawat tuberkulosis (batuk kering)
•    Merawat neurastenia
•    Merawat hipertensi (tekanan darah yang tinggi)
•    Merawat gangguan gastrousus (ulser gaster dan sebagainya)
•    Mengurangkan masalah hati
•    Melegakan artritis reumatoid, mengurangkan sengal akibat artritis
•    Mengurangkan risiko berlakunya penyakit jantung
•    Mengurangkan kepekatan kolesterol dan trigliserida di dalam serum
•    Melegakan simptom yang berkait dengan penyakit kronik
•    Menambahkan fleksibiliti pada sendi dan cakera
•    Menambahkan tenaga dan kecergasan

Keremajaan Kulit Dan Kecantikan
•    Mencerahkan pigmentasi pada muka dan mengurangkan tompok-tompok perubahan warna pada kulit untuk memberikan wajah yang lebih sekata
•    Menghaluskan liang roma pada muka dan menyerikan kulit
•    Menambahkan kekenyalan dan ketebalan kulit (tekstur kulit)
•    Melembapkan kulit dengan pantas
•    Memberi kulit rupa yang lebih muda dan bertenaga
•    Mengurangkan akne (jerawat), kedutan dan lingkaran hitam di sekeliling mata
•    Menggiatkan pertumbuhan payudara
•    Mencantikkan bentuk payudara

Sistem pembiakan
•    Meninggikan syahwat dan kesuburan kerana lebih bertahan dan bertenaga
•    Mengembalikan kepuasan seks
•    Meningkatkan pengeluaran sperma
•    Merawat masalah mati pucuk, ketidaksuburan dan kemandulan (lelaki dan wanita)
•    Merangsang pengeluaran susu ibu
•    Mencepatkan proses pemulihan selepas bersalin

Kesihatan Secara Keseluruhannya
•    Menguatkan sistem imun
•    Menstabilkan berat badan
•    Meninggikan tahap stamina dan tenaga
•    Mengawal atur dan menstabilkan sistem saraf autonomi
•    Mengurangkan kesan sinaran yang berbahaya
•    Menyekat batuk dan mengurangkan mukus (kahak)
•    Melegakan asma (lelah)
•    Melegakan sembelit
•    Mengurangkan rasa penat dan lesu
•    Melancarkan peredaran darah
•    Meningkatkan kewaspadaan dan kesedaran mental
•    Mengawal atur pola tidur (lebih nyenyak dan menenangkan)
•    Menambahkan tenaga, menguatkan daya tumpu, menajamkan deria penglihatan dan mengatasi kelemahan mental

Kecederaan Dan Kerosakan Tisu
•    Merangsang pembaharuan sel, tisu dan organ
•    Mencepatkan penyembuhan luka
•    Mencepatkan proses pemulihan selepas pembedahan

 

Before & After

2

3