Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Pemindahan Rambut Secara Pengekstrakan Unit Folikel (FUE)

Apakah Yang Menyebabkan Rambut Gugur?

Biasanya, 50-100 helai rambut kita gugur setiap hari. Ini dianggap sedikit dan kehilangan ini hampir tidak akan kelihatan pun. Walau bagaimanapun, jika terlalu banyak rambut yang gugur, akibatnya ialah rambut yang jarang, tompok-tompok kulit kepala yang botak, atau garis rambut yang semakin menyusut.

Lelaki dan juga wanita boleh mengalami masalah ini, dan akibatnya rambut menjadi kurang lebat. Malah, bercekak-cekak rambut boleh gugur apabila dibasuh atau disikat jika akarnya lemah.

Apakah Pengekstrakan Unit Folikel (FUE)?

FUE adalah rawatan revolusi yang masih agak baru, yang mampu mengatasi masalah keguguran rambut secara kekal! Walaupun FUE melibatkan pembedahan yang kecil sahaja, namun prosedur ini tidak berapa mencerobohi badan dan menggunakan alat yang tidak menyebabkan parut. Luka yang ditinggalkan tidak perlu dijahit pun.

FUE menggunakan rambut dari tubuh anda sendiri, yang diambil daripada “bahagian penderma” dan dipindahkan ke bahagian yang botak atau yang berambut jarang. Helaian rambut dicabut satu persatu, kemudian dimasukkan semula ke dalam bahagian yang dirawat untuk menutup kawasan yang kekurangan rambut.

Walaupun proses ini boleh mengambil masa yang panjang, namun kebanyakan orang selesai menjalaninya dalam satu sesi sahaja. Namun begitu, ini bergantung pada keadaan rambut anda dan juga sama ada anda sesuai menjalani prosedur ini. Doktor akan berbincang dengan anda tentang pilihan yang ada dan hasilnya sebelum meneruskan proses ini.

Hasil Dan Pemulihan

Rambut pada bahagian penderma akan tumbuh semula selepas beberapa hari, dan prosedur ini seolah-olah tidak dilakukan pun. Kebanyakan orang boleh kembali menjalani kehidupan seharian seperti biasa tanpa sebarang masalah, malah ramai yang kembali bekerja pada keesokan harinya.

Hasilnya kekal dan kelihatan asli kerana rawatan rambut gugur ini menggunakan rambut anda sendiri. Sungguhpun beberapa folikel yang dipindahkan itu tidak akan kekal, namun lebih daripada 90% akan bertahan. Ini lebih daripada cukup untuk menutup bahagian dahi atau tompok-tompok kulit yang botak. Keyakinan diri dan wajah anda seterusnya akan pulih seperti sediakala.

FUE-hair-transplant-2 f3150da2493973910e69f71c8ba24564