Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

 Kadar purata penilaian daripada 47 kajian di WhatClinic.com

Kaedah Penjagaan Kulit Obagi Merawat Kulit Kusam

APAKAH YANG MENYEBABKAN KULIT KUSAM?

Kulit yang tidak cukup lembap dan sel kulit mati yang terkumpul semuanya akan menyebabkan kulit kusam. Kulit kusam boleh disebabkan oleh pelbagai faktor tetapi yang paling lazim menyebabkannya ialah kurang tidur (kurang daripada 7 jam), iaitu perkara biasa bagi penghuni kota yang sentiasa sibuk. Ini mengakibatkan terbentuknya kedut, lingkaran hitam di sekeliling mata, dan kantung lemak di bawah mata. Suatu lagi puncanya ialah sajian makanan yang kurang vitamin dan mineral. Ini mengurangkan zat yang diperlukan untuk menjaga kesihatan kulit. Antara faktor lain yang boleh menyebabkan kulit kusam ialah tabiat merokok dan meminum arak, dedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari, dan kulit yang tidak dibersihkan dengan betul yang mengakibatkan liang roma sukar bernafas.

BAGAIMANAKAH MASALAH INI DIRAWAT?

Rawatan penjagaan kulit Obagi boleh merawat kulit kusam dengan berkesan agar kelihatan muda dan segar. Sistem Nu-Derm Obagi menembusi permukaan kulit dan sesuai untuk kulit yang kering kerana rawatan ini dapat memulihkan rupanya yang hodoh. Obagi mencepatkan penggantian sel kulit yang lama dan rosak. Apabila pertumbuhan kulit baru yang sihat tercetus, lapisan kulit lama yang mati akan tertanggal untuk menghasilkan wajah yang lebih muda dan segar.

Sistem ini adalah program penjagaan kulit secara perubatan yang menggabungkan beberapa produk, iaitu pencuci, penyegar, pencerah kulit, pengelupas, dan Retin-A. Keberkesanan Retin-A disedari oleh Dr. Obagi dan beliau telah menghaluskan sistem ini untuk mengoptimumkan tindakannya sambil menstabilkan beberapa kesan sampingannya yang tidak diingini.

Sistem Nu-Derm Obagi terdiri daripada:

  • Pencuci Obagi (200ml)
  • Penyegar Obagi (200ml)
  • Penjernih Obagi (57gm)
  • Pengelupas Obagi (57gm)
  • Pengadun Obagi (57gm)
  • Perintang Cahaya Matahari Obagi SPF50

PEMULIHAN

Kulit memerlukan 2-4 minggu untuk menyesuaikan keadaan dengan sistem ini semasa kulit membina ketahanan terhadap kekuatan produk. Kulit mungkin rengsa sedikit dan mengelupas pada peringkat awal rawatan tetapi kesan ini akan hilang seletah keadaan kulit disesuaikan dengan sistem ini.

1

Sebelum & Selepas

obagi 1

obagi 2

2

3

Select Branch

X
Select Branch

X
Select Branch

X