Rawatan Laser telah lama digunakan pakai dalam pelbagai prosedur estetik. Laser biasanya digunakan untuk menghilangkan bintik hitam dan urat pada muka dan kaki. Laser juga digunakan untuk meremajakan semula kulit dan menjadikannya tampak lebih muda.
Laser Gentle YAG menggunakan tenaga laser yang tinggi tanpa mengakibatkan kesan buruk pada kulit. ‘Coolspray’ atau alat sembur penyejuk akan digunakan untuk memastikan keselesaan anda sepanjang prosedur. Setelah itu, laser akan menerusi kulit anda tanpa mengakibatkan sebarang kesan buruk. Tenaga laser yang digunakan akan ditukar kepada tenaga haba, dan menghilangkan kesan-kesan cela pada kulit.
Rawatan ini sangat popular dengan banyak kebaikan termasuk:
Proses penuaan adalah salah satu daripada punca kulit kendur. Apabila umur semakin meningkat, kulit kita akan kehilangan kolagen dan elastin yang diperlukan untuk memastikan kulit tetap ketat dan tampak muda. Apabila kolagen mulai berkurang, kulit akan menjadi kendur dan mula nampak cengkung. Otot muka juga akan menjadi semakin lemah, disebabkan graviti yang menarik kulit ke bawah.
Tenaga yang digunakan dalam rawatan ini akan terus pergi ke lapisan kulit yang paling dalam untuk mengaktifkan kolagen-kolagen baru di lapisan dermis kulit. Rawatan laser ini akan menegangkan kulit muka agar tampak mulus, segar dan muda secara semulajadi. Rawatan menegangkan kulit muka ini akan mengambil masa selama 12 minggu untuk menunjukkan hasilnya dalam melawan kedut, kulit kendur dan garisan-garisan halus pada kulit muka.
Urat labah-labah dinamakan sempena rupanya yang seperti sarang lelabah berwarna merah atau biru. Urat-urat ini boleh dijumpai di muka, kaki atau mana-mana bahagian di badan. Urat-urat ini adalah urat yang telah musnah, dan berada lebih dekat kepada permukaan kulit. Keadaan Ini adalah normal dan biasa serta tidak membawa apa-apa kesan buruk kepada badan, kecuali jika rupanya yang menonjol. Hal ini adalah disebabkan masalah genetik yang mengakibatkan tekanan yang berlebihan, dan akan bertambah teruk semakin usia meningkat.
Laser Candela YAG bertindak sebagai rawatan urat labah-labah dengan menumpukan tenaga cahaya kepada pigmen dalam darah, Dengan cara ini, haba itu akan mengakibatkan darah yang berkumpul pecah dengan sendirinya, tanpa memusnahkan salur darah. Hasilnya tidaklah dapat dilihat secara terus. Namun, penggunaan laser ini untuk rawatan urat labah-labah akan menjadikan salur darah daripada biru ke warna merah muda, dan hilang dalam masa 2 hingga 6 minggu.
Tidak kira samada anda berkulit cerah atau gelap, Laser Candela Gentle YAG boleh membuang bulu yang tidak diingini. Anda tidak lagi perlu bercukur, ‘waxing’ atau mencabut bulu selepas menjalani rawatan buang bulu ini. Ianya tidak akan mendatangkan kesan buruk kepada kulit dan liang roma. Bahagian badan yang besar seperti belakang, tangan, kaki, dan bahu juga boleh dirawat dalam 1 sesi.
Tenaga laser akan ditukarkan kepada haba yang melemahkan akar rambut. Ini akan mengurangkan risiko rambut tumbuh selepas prosedur. Rambut akan tumbuh, tetapi tidak selebat dan sekasar dalam sesi sebelumnya. Beberapa sesi diperlukan untuk memastikan rambut tidak akan tumbuh sepenuhnya.
Eye protection (an opaque covering or goggles) must be worn throughout the treatment session. Proper care should be taken in the first few days following treatment to avoid scrubbing the area, or use of abrasive skin cleansers. Patients are advised to avoid any direct sunlight or over sun exposure for at least 1 weeks. It is compulsory to apply sunscreen and moisturiser in order to protect your skin from the sun’s harmful ultraviolet rays. It also because your photosensitivity will increase after laser treatment. Thus, it is very important to protect your skin to avoid any burn.
Sistem Gentle YAG yang boleh diubah dan sistem penyejukkan yang diamalkan dalam rawatan ini dapat mengelak dari kesakitan yang tinggi. Selalunya, teknik ‘pulse-and-swing’ digunakan dimana tuala sejuk diletakkan di kawasan laser untuk mengurangkan rasa tidak selesa. Tuala sejuk ini juga boleh mengurangkan kesan sampingan lain seperti kemerahan dan bengkak. Kulit anda akan merasa ketat dan kering selepas beberapa hari, dan menggelupas, mendedahkan kulit baru yang lebih muda dan sihat. Kebiasaannya, hasil daripada rawatan ini boleh bertahan sehingga 10 tahun tetapi ianya bergantung kepada individu.
Laser Candela Gentle YAG adalah lembut pada kulit dan tidak menyakitkan. Jadi, ianya tidak akan mengakibatkan kesan sampingan. Tiada masa pemulihan yang diperlukan, jadi anda boleh kembali ke rutin harian tanpa rasa risau. Tambahan pula, sesi susulan selepas 4 hingga 6 minggu membantu mengekalkan kulit yang bersinar dan melambatkan proses penuaan.
Teknologi laser telah lama digunakan dalam dunia perubatan kerana hasilnya yang cepat dan berkesan. Namun, tanpa pemantauan doktor yang profesional, ianya boleh jadi satu prosedur yang merbahaya. Telah berlaku banyak kes di mana salun-salun kecantikan yang tidak bertauliah telah mengakibatkan hasil yang tidak diinginkan kepada pelanggan kerana tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Jadi, anda dinasihatkan supaya mendapatkan perkhidmatan ini dari doktor-doktor yang bertauliah dan klinik-klinik yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja.
Di Premier Clinic, kos bagi rawatan Laser Candela Gentle YAG untuk urat labah-labah adalah RM500 per sesi. Doktor-doktor kami yang berpengalaman akan memeriksa dahulu keadaan anda sebelum memulakan sebarang jenis prosedur.
Untuk rawatan buang bulu pula, harganya adalah sekitar RM300 ke atas mengikut kawasan badan. Rawatan ini dapat membuang bulu-bulu yang tidak diperlukan, urat labah-labah, dan urat yang telah pecah dengan kekal.
Sila hubungi khidmat pelanggan kami untuk sesi konsultansi dengan doktor kami bagi mengetahui samada rawatan ini berkesan dalam membantu kulit anda atau tidak. Khidmat pelanggan kami bersedia menjawab segala pertanyaan dari 8am ke 12 tengah malam setiap hari.
Anda juga boleh datang ke mana-mana cawangan kami di Bangsar, Mont Kiara, Puchong, TTDI dan KL City untuk berjumpa doktor kami. Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.
WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com
Ya, rawatan ini adalah selamat dan berkesan. Laser yang digunakan akan melalui kulit anda tanpa sebarang kesan sampingan.
Rawatan ini adalah lebih selesa jika dibandingkan dengan electrolysis. Ianya juga lebih cepat dan tidak merumitkan.
Be the first to know about our time-limited, exclusive promos