Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

 Kadar purata penilaian daripada 47 kajian di WhatClinic.com

Doktor Kecantikan Kami

DR KEE YONG SENG

Dr Kee Yong Seng mendapat ijazah Perubatan daripada Universiti Sains Malaysia. Dr Kee adalah Pengamal Estetik Perubatan yang bertauliah LCP (Letter of Credentialing & Privileging) di Malaysia.

Antara kelayakan pascasiswazahnya pula ialah Diploma Perubatan Estetik daripada Akademi Perubatan Estetik Amerika Syarikat, Diploma Dermatologi Penjagaan Asas daripada Institut Dermatologi Bangkok dan Sijil Siswazah Penjagaan Asas Dermatologi daripada Akademi Doktor Keluarga Malaysia.

Dr Kee Yong Seng adalah ahli Persatuan Antipenuaan, Perubatan Estetik Dan Jana Semula Malaysia (SAAARMM) dan Akademi Perubatan Estetik Amerika Syarikat (AAAM).

Dr Kee menerbitkan blog sendiri tentang pengalamannya melakukan pelbagai rawatan estetik, yang boleh diikuti di sini.

Dr Kee Yong Seng

Dr Michelle Lai

DR MICHELLE LAI

Doktor kecantikan kami, Dr Michelle Lai, lulus daripada Crimea State Medical University dengan kepujian.

Antara kelayakan pascasiswazahnya pula ialah Diploma Perubatan Estetik daripada Akademi Perubatan Estetik Amerika Syarikat (AAAM), Diploma Dermatologi Penjagaan Asas daripada Institut Dermatologi Bangkok dan Sijil Siswazah Penjagaan Asas Dermatologi daripada Akademi Doktor Keluarga Malaysia.

Beliau ahli Persatuan Antipenuaan, Perubatan Estetik Dan Jana Semula Malaysia (SAAARMM) dan Persatuan Perubatan Estetik Malaysia (MSAM).

Dr Michelle Lai sangat berpengalaman melakukan prosedur rawatan rambut seperti pemindahan rambut FUE, juga prosedur pembesaran payudara dan peremajaan faraj.

DR JASWINE CHEW

Dr Jaswine Chew memperoleh ijazah perubatannya (MD) daripada Universiti Perubatan Kursk State. Kini, beliau calon pascaijazah bagi sijil Diploma Dermatologi daripada Akademi Doktor Keluarga Malaysia.

Beliau sudah pun menjalani pelbagai latihan dalam bidang Perubatan Kecantikan, yang merangkumi prosedur yang tidak melibatkan pembedahan dan juga yang melibatkan pembedahan kecil. Antaranya ialah terapi pembaharuan rupa dan penegangan kulit, terapi laser untuk merawat pigmentasi pada kulit, peremajaan, pembuangan bulu roma, pembuangan cacah, pengelupasan kimia, terapi pengetatan faraj secara laser, terapi pelangsingan, Master bidang penyuntikan isian HA, penyuntikan Botox, terapi penanaman rambut, dan sebagainya.

Beliau doktor yang sangat baik hati, penyayang dan ceria. Oleh sebab beliau memang pandai memahami keperluan para pesakitnya, Dr Jaswine mampu memberikan nasihat kecantikan yang bernas dari segi perubatan dan menyampaikan rawatan yang sebaik-baiknya kepada pesakit. Dr Jaswine percaya bahawa setiap orang harus menyerlahkan kecantikannya dari luar ke dalam, sambil berasa gembira dan yakin dari dalam ke luar.

DR JASWINE CHEW

Dr Chen Tai Ho

DR CHEN TAI HO

Dr Chen Tai Ho mempunyai dua ijazah, iaitu Sarjana Muda Sains Perubatan (kepujian) dan Sarjana Muda Perubatan (MD) daripada sebuah universiti tempatan di Malaysia.

Setelah mendapat Sijil Perubatan Estetik daripada Akademi Perubatan Estetik Amerika Syarikat (AAAM), beliau seterusnya memperoleh Diploma Perubatan Estetik.

Dr Chen adalah ahli Persatuan Perubatan Estetik Malaysia (MSAM) dan Persatuan Perubatan Antipenuaan, Estetik Dan Jana Semula Malaysia (SAAARMM).

Dr Chen Tai Ho adalah salah seorang doktor estetik yang ditauliahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau gemar menulis dan mempunyai ruangan sendiri di dalam akhbar The Star.

Dr Chen juga menulis tentang kehidupannya, kerjayanya dan topik kecantikan kegemarannya empat kali seminggu di blognya.

DR NAZIHAH NAZIM BOYER

Dr Nazihah adalah pakar dalam bidang Botox, bahan isian, laser, pengelupasan, pembesaran payudara, PRP dan penyusutan berat badan. Beliau doktor perubatan yang berpengalaman melebihi 6 tahun dalam bidang kecantikan dan kesejahteraan.

Beliau memperoleh Ijazah Perubatan daripada Universiti UCSI dan mendapat kelayakan pascaijazah dalam bidang kecantikan daripada MAC. Dr Nazihah juga ahli Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Perubatan Estetik Malaysia (MSAM).

Doktor yang bersuamikan warga Perancis ini menegaskan kepentingan rupa yang elok dan perasaan bangga dengan diri sendiri. Beliau memahami keperluan para pelanggannya, yang lelaki dan juga yang wanita, untuk menampilkan rupa yang sebaik-baiknya.

DR NAZIHAH NAZIM BOYER

DR NIGEL ONG TAT WAI

DR NIGEL ONG TAT WAI

Dr Nigel Ong Tat Wai lulus daripada Universiti Perubatan First Moscow State dengan kepujian.

Beliau telah dilatih dengan baik di jabatan pembedahan plastik Hospital Ipoh dan sangat mahir melakukan pelbagai pembedahan kecil pada kulit.

Seterusnya, beliau memperoleh Diploma Perubatan Kecantikan daripada Akademi Perubatan Estetik Amerika Syarikat (AAAM). Selain itu, beliau juga pakar Coolsculptor bertauliah yang lulus daripada Universiti Zeltic Coolsculpting.

Dr Nigel Ong adalah ahli Persatuan Antipenuaan, Perubatan Estetik Dan Jana Semula Malaysia (SAAARMM) dan Akademi Perubatan Estetik Amerika Syarikat (AAAM).

Dr Nigel Ong sangat berpengalaman dalam bidang pengurusan berat badan dan pembuangan lemak kriolipolisis CoolSculpting, pembedahan kecil pada kulit, rawatan pigmentasi, serta peremajaan dan pengubahan bentuk muka.

Dr Nigel percaya bahawa orang yang berketerampilan baik mampu menyerlahkan keyakinan dan karisma dirinya.

Pada masa lapangnya, Dr Nigel memberikan khidmat sukarelanya kepada beberapa organisasi amal. Dr Nigel juga gemar bersukan dan melancong ke tempat-tempat yang eksotik.

Select Branch

X
Select Branch

X
Select Branch

X