Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Terapi Plasenta Dan Sel Tunjang Celebre

age

APA YANG MENYEBABKAN PENUAAN SEBELUM MASA?

Kerosakan yang kian bertambah akibat radikal bebas di dalam tubuh kita akan mencepatkan kesan penuaan sebelum masa dan penyakit-penyakit yang merosotkan fungsi tubuh. Radikal bebas, yang terbentuk sebagai hasil sampingan pengoksidaan di dalam tubuh, menyerang sel-sel tubuh kita beribu-ribu kali setiap hari. Kandungannya yang banyak boleh memusnahkan sel-sel sihat, meninggikan risiko berlakunya kanser, mengakibatkan pelbagai penyakit dan menyingkatkan jangka masa hidup yang bermutu.

Lama-kelamaan, kulit akan beransur tua dan lebih banyak kehilangan kolagen dan elastin yang berperanan mengikat kulit dan memberinya sokongan. Pada usia 30-an, rona kulit mungkin tidak sekata dan garis-garis halus akan kelihatan. Pada sekitar usia 40-an pula, garis-garis kekal tadi menjadi lebih dalam disebabkan kekurangan lapisan pelapik. Masalah ini agak biasa bagi kebayakan orang. Apabila kita mencapai usia 50-an, garis-garis yang dalam tampak lebih ketara, dan kulit mula menggeleber dan menjadi lebih kering. Pigmentasi pula bertambah gelap.

 

Klik pada butang anak panah di atas ini untuk menonton penerangan Dr Aarthi Maria tentang hormon biosama dan awet muda


Click on the play button above to watch Dr Aarthi Maria explain about bioidentical hormones and anti-aging

BAGAIMANAKAH MASALAH INI DIRAWAT?

Terapi plasenta dan sel tunjang dari Switzerland adalah rawatan semula jadi yang meremajakan tubuh. Terapi ini terbukti secara saintifik berkesan melengahkan penuaan, dan pelbagai manfaat telah ditemui (hasil penyelidikan yang melebihi 80 tahun). Setakat ini, terdapat lebih daripada 8 juta lebih aplikasi klinikalnya. Pesakit melaporkan rasa lebih cergas dan bertenaga, daya tumpuan dan ingatan yang lebih baik, dan stamina yang lebih banyak. Semua ini membantu mereka bekerja dan beriadah pada tahap yang lebih tinggi.

Terapi Sel bertujuan mencergaskan semula tubuh dengan cara merangsang pembaharuan sel-sel lama yang tidak lagi berfungsi dengan baik. Rawatan semula jadi ini menanam ekstrak tisu janin atau sel-sel baru ke dalam badan, yang kemudiannya akan menggerakkan tisu yang sedia ada untuk tumbuh dan berfungsi dengan lebih baik, menyegarkan semula sel-sel yang tidak aktif, dan menyembuhkan sel-sel lama yang tidak berfungsi dengan cekap. Tidak seperti kaedah farmaseutikal, Terapi Sel menggunakan sepenuhnya kuasa organisma hidup yang belum dimanfaatkan, untuk menyembuhkan badan dan mendapatkan hasil terapeutik jangka panjang yang dikehendaki.

JAMINAN MUTU

Klinik Premier mengimport Ekstrak DNA Celebre, iaitu produk rumusan khas dari Switzerland yang telah dikaji oleh Swiss Biotech A.G., Switzerland. Ekstrak ini selamat jika dos yang betul digunakan mengikut preskripsi kerana ekstrak ini dirumuskan menurut aturan penyediaan yang ketat. Selain itu, produk ini secara amnya tidak menimbulkan kesan sampingan atau kesan buruk terhadap penggunanya.

*Ikuti arahan doktor apabila menggunakan ekstrak ini.

2

3

4