Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

 Kadar purata penilaian daripada 47 kajian di WhatClinic.com

Peremajaan Faraj Secara Laser

lvr2

APAKAH PEREMAJAAN FARAJ SECARA LASER?

Tajuk peremajaan faraj masih agak baru di Malaysia, kerana orang ramai masih berfikiran kolot dan terlalu segan membincangkannya. Walau bagaimanapun, kaum Hawa sangat berminat tentang rawatan ini kerana mereka tercari-cari cara menambah nikmat syahwat atau meningkatkan kepuasan seks bagi diri mereka dan juga bagi pasangan masing-masing. Prosedur mengetatkan faraj secara laser ini tidak menyebabkan rasa sakit, dan mengembalikan faraj kepada keadaan remaja tanpa tempoh pemulihan yang panjang selepas menjalaninya.

Wanita yang aktif melakukan seks atau yang pernah bersalin inginkan rawatan ini kerana mereka mengidamkan faraj ketat agar dapat mengalami semula seks yang senikmat-nikmatnya. Peremajaan secara laser juga boleh mengatasi masalah membeser, iaitu terkencing apabila bersin, batuk atau ketawa. Wanita yang mengalami masalah ini harus berjumpa dengan doktor kami untuk menentukan sama ada rawatan ini dapat meringankan masalah tersebut.

CARANYA

Tisu otot faraj sesetengah wanita kekal dalam keadaan kendur. Ini mengurangkan kepejalannya dan wanita itu pula kurang mampu mengawalnya. Otot perineum menjadi sangat lemah dan akibatnya, faraj menjadi kurang sempurna lalu tahap kepuasan seks akan menurun.

Rawatan laser ini dapat mengembalikan kekuatan, kepejalan dan kawalan terhadap tisu otot faraj untuk memberi anda faraj yang lebih tegang dan remaja. Tenaga haba dipancarkan oleh laser, yang mencetuskan penghasilan kolagen dan elastin, yang seterusnya pula menguatkan salur faraj dan lajur serviks. Selepas selesai rawatan, anda boleh kembali menjalani kehidupan seharian, seperti bekerja atau bersenam, tanpa rasa bimbang.

Prosedur ini selamat dan mudah dilakukan, dan siap dalam masa 15 minit. Tidak ada kesan sampingan, dan faraj tidak berdarah atau bengkak akibat prosedur ini. Rawatan ini sebaik-baiknya dilakukan sekali sebulan, sehingga 3 kali untuk mendapatkan hasil yang paling memuaskan, namun setiap orang akan mendapat hasil yang berbeza.

Di Klinik Premier, perundingan dan rawatan akan dilakukan hanya oleh doktor wanita agar anda sentiasa berasa selesa sepanjang proses. Doktor akan membincangkan kemusykilan anda dan mencadangkan bilangan rawatan yang sesuai bagi keadaan anda khususnya.


Watch our aesthetic doctor, Dr Aarthi Maria talk about laser vaginal rejuvenation


lvr3

lvr4