Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

 Kadar purata penilaian daripada 47 kajian di WhatClinic.com

Laser CO2 Pecahan Mengurangkan Kedut

APAKAH YANG MENYEBABKAN KULIT BERKEDUT?

Kulit kita biasanya akan berkedut, berlipat atau bergaris-garis apabila usia kita meningkat. Ini sebahagian daripada proses penuaan dan tidak boleh dielakkan, tetapi sering juga disebabkan oleh air muka, kerosakan akibat cahaya matahari, tabiat merokok, atau badan yang kekurangan cecair. Apabila kita beransur tua, kulit kita semakin kering, semakin tipis, dan nyata semakin kurang kenyal. Ini menyebabkan kedut dan garis-garis lain terbentuk pada kulit apabila kulit hilang keupayaan melindungi dirinya sendiri daripada kerosakan.

BAGAIMANAKAH MASALAH INI DIRAWAT?

Kedut yang muncul pada kulit boleh dirawat dengan menggunakan teknik Menimbulkan Lapisan Baru Secara Laser Pecahan (Lux1540, bukan ablasi), iaitu teknologi baru dalam industri kecantikan. Pancaran halus tenaga laser digunakan untuk menguraikan tisu epidermis, yang kemudiannya akan digantikan dengan kulit sihat yang tumbuh pada bahagian yang dirawat itu. Serupa dengan kaedah pengelupasan mendalam secara kimia atau laser ablasi, teknologi baru ini mampu mencapai hasil yang sama tanpa rasa kurang selesa atau tempoh penyembuhan yang ada pada rawatan biasa. Oleh sebab kulit akan pulih secara semula jadi, lapisan kulit baru akan nampak bersinar dan jauh lebih berseri, dan anda akan berasa dan kelihatan lebih muda. Solekan boleh digunakan sejurus selepas menjalani prosedur ini dan tidak ada kesan luka pada kulit.

BERAPA KERAP?

Doktor akan berbincang dengan anda tentang bilangan rawatan yang sesuai tetapi bergantung pada kulit masing-masing, setiap rawatan biasanya dilakukan setiap selang 1-4 minggu sehingga mencapai 4-5 rawatan. Selepas setiap rawatan, kulit anda sepatutnya akan terasa beransur pejal dan segar, dan ini pula menyingkatkan tempoh penyembuhan bagi rawatan-rawatan selepas itu. Selain itu, rutin penjagaan kesihatan kulit yang terdiri daripada rawatan dan produk pencucian muka dapat membantu anda mengekalkan rupa kulit yang sinar berseri itu.

d6

d5

d4

d3

d2

Sebelum & Selepas

Screen Shot 2016-01-27 at 12.16.50 AM

d1