Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

 Kadar purata penilaian daripada 47 kajian di WhatClinic.com

Botox Mengurangkan Kedut

ANTI-WRINKLE BY BOTOX

APAKAH YANG MENYEBABKAN KEDUT / GARIS-GARIS HALUS

Apabila usia meningkat, kulit akan menunjukkan tanda-tanda penuaan, seperti kedut dan garis-garis halus. Kulit menjadi kering dan kurang kenyal dengan nyata. Ini disebabkan elastin dan kolagen kurang dihasilkan, iaitu komponen-komponen yang berperanan penting memantapkan kulit dan mencegah tanda-tanda penuaan. Tanpa kekenyalan kulit, kedut dan garis-garis halus akan beransur-ansur terbentuk apabila kulit berlipat. Faktor-faktor lain yang menyebabkannya ialah kerosakan akibat cahaya matahari, kekeringan dan tabiat merokok.

BAGAIMANAKAH MASALAH INI DIRAWAT?

Botoks ialah sejenis ubat serba boleh yang digunakan untuk merawat pelbagai masalah otot, dan boleh didapati di klinik-klinik estetik sejak tahun 1980. Rawatannya ringkas dan cepat, dan pembedahan tidak diperlukan.

Botoks disuntik ke dalam otot muka atau bahagian yang hendak dirawat untuk menyekat denyutan saraf di dalam otot yang dirawat itu. Ini mengurangkan aktiviti otot yang menyebabkan pembentukan kedut dan garis-garis halus, justeru melicinkan lapisan kulit itu dan menghilangkan kedut.

Bilangan kedut dan garis-garis halus yang ketara akan berkurangan secara mendadak dalam tempoh 3-5 hari, dan kulit akan kelihatan lebih licin tanpa kedut, manakala otot-otot muka yang tidak disasarkan akan terus berfungsi agar riak muka tetap kelihatan seperti biasa.

Kesan sampingan jarang-jarang sekali berlaku tetapi kulit mungkin lebam atau kebas seketika. Usah risau kerana kesan ini tidak lama dan akan hilang dengan agak cepat. Kening atau kelopak mata juga mungkin melorot sekejap tetapi ini berlaku pada kurang daripada 1% pesakit sahaja. Doktor bersedia menjawab pertanyaan anda jika anda bimbangkan kesan yang mungkin timbul selepas menjalani rawatan.

PEMELIHARAAN

Kesan Botox tahan agak lama (3-4 bulan) tetapi rawatan ulangan diperlukan untuk mengekalkan kesannya. Selepas beberapa suntikan Botox, kesannya tahan lebih lama dan rawatan hanya perlu diulangi setiap 6 bulan.

Di Premier Clinic, doktor akan berbincang dengan anda secara teliti tentang rawatan yang diperlukan dan kekerapannya untuk menentukan jadual rawatan yang memberikan hasil terbaik. Kami selalunya menjadualkan janji temu 2 minggu selepas rawatan pertama untuk memeriksa kesannya atau untuk menentukan sama ada rawatan tambahan diperlukan.


Klik butang anak panah pada video di atas ini untuk menyaksikan cara Botulinum Toksin diberikan

SEBELUM/SELEPAS:

1

2

3

1

2

3

4

5

6

7