Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu
terapi sel tunjang

Terapi Sel Tunjang Dan Manfaatnya

Keajaiban terapi sel tunjang sudah berpuluh-puluh tahun lamanya dinikmati, tetapi sel tunjang paling diketahui mampu merawat leukemia dalam bentuk pindahan sumsum tulang. Sel tunjang digunakan terutamanya untuk merawat jenis gangguan darah dan sistem imun yang tertentu. Terapi sel tunjang juga pernah digunakan untuk membina semula sistem darah selepas menjalani rawatan bagi jenis kanser yang tertentu.

 

Apakah Terapi Sel Tunjang?

Terapi sel tunjang menggunakan sel tunjang seseorang pesakit itu sendiri untuk membaiki tisu yang tercedera ataupun rosak. Rawatan ini cepat dan mudah dilakukan. Prosedurnya yang ringkas dilakukan dengan pantas secara suntikan sebagai kes pesakit luar.

Rawatan ini didapati berkesan mencepatkan proses penyembuhan kecederaan, mengurangkan rasa sakit (walau rasa sengal yang kronik pun), dan menambahkan kefungsian, julat pergerakan dan fleksibiliti. Antara penyakit yang paling lazim dirawat dengan terapi sel tunjang ialah sakit lutut akibat osteoartritis, spikondilitis, sakit bahu atau kecederaan otot bahu, tendonitis, dan kecederaan tendon tumit. Terapi sel tunjang juga mampu merawat kerosakan saraf, menambahkan kolagen, menyembuhkan luka pada kulit, dan mencegah pembentukan tisu parut, di samping mengurangkan keguguran rambut. Terapi ini juga boleh menumbuhkan tisu jantung dan salur darah baru. Secara keseluruhannya, pesakit boleh menyingkatkan tempoh pemulihan dan juga cepat kembali berkeadaan seperti biasa.

Pada masa ini, terdapat minat yang meluas terhadap penyelidikan sel tunjang di seluruh dunia, kerana sel tunjang berpotensi besar merawat pelbagai jenis penyakit. Beberapa negara, misalnya Jepun, Korea, Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom sedang menerajui bidang penyelidikan sel tunjang dan kerajaan negara-negara ini menyokong usaha sedunia ini dengan bantuan kewangan yang banyak.

 

Bagaimana Tindakan Terapi Sel Tunjang?

Sel tunjang diambil daripada satu atau dua lokasi pada badan pesakit, iaitu sumsum tulang ataupun tisu adipos (lemak) di dalam pangkal paha atau abdomen. Bahan yang diambil ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mesin pengempar yang berputar dengan sangat ligat untuk memekatkan bahan-bahan yang paling berharga, termasuklah faktor pertumbuhan semula jadi. Selepas itu, sel tunjang yang telah dipekatkan itu disuntik terus ke dalam kawasan badan pesakit yang terjejas itu. Faktor pertumbuhan sel-sel itu berperanan membina sel baru, tisu penyambung, dan sebagainya, yang baru.

Manfaatnya dirasai hampir serta-merta. Kebanyakan pesakit akan merasai kesakitannya berkurang, pergerakan anggotanya bertambah baik, dan kefungsian yang lebih bagus selepas satu atau dua rawatan sahaja. Namun begitu, kebanyakan pesakit perlu menjalani rawatan selama tempoh antara seminggu hingga tiga bulan, bergantung pada penyakit masing-masing.

Manfaat Terapi Sel Tunjang

Manfaat Terapi Sel Tunjang

Pertama sekali, terapi sel tunjang boleh digunakan untuk merawat kecederaan ortopedik (tulang). Sel tunjang jenis mesenkima (MSC) digunakan untuk merawat kecederaan ortopedik. Penyelidikan klinikal setakat ini berjaya menunjukkan bahawa MSC mampu menumbuhkan tisu ortopedik baru yang membezakan otot, tulang, tulang rawan dan tendon, serta ligamen dan tisu adipos. Dalam bidang penyelidikan penjagaan ortopedik, terutamanya penggantian tulang rawan, pembaikan tulang, dan pembaikan tisu lembut, kajian menunjukkan bahawa suntikan sel tunjang sumsum tulang dapat mengurangkan rasa sakit yang kronik, menyembuhkan kecederaan yang degil, dan menambah baik kefungsian. Pesakit boleh kembali melakukan rutin biasa selepas tempoh yang lebih singkat, ada kalanya dalam masa seminggu sahaja.

Kedua, terapi sel tunjang boleh digunakan untuk merawat penyakit kardiovaskular. Kajian klinikal mencadangkan bahawa sel tunjang yang diambil daripada sumsum tulang orang dewasa boleh dibezakan kepada sel-sel yang diperlukan untuk membaiki jantung dan salur darah. Ini disebabkan terutamanya oleh berbilang faktor pertumbuhan yang ada di situ.

Ketiga, hasil penyelidikan mendapati bahawa terapi sel tunjang boleh menggalakkan pertumbuhan tisu kulit baru yang sihat, dan penghasilan kolagen. Tisu parut boleh digantikan dengan tisu sihat yang baru dibentukkan. Malah, terapi sel tunjang mampu merangsang pertumbuhan rambut baru selepas rambut gugur atau kulit kepala dihiris.

Keempat, terapi sel tunjang boleh digunakan untuk merawat penyakit kemerosotan saraf. Penyelidikan tentang rawatan penyakit Parkinson, Huntington, Alzheimer dan strok (angin ahmar) mendapati bahawa sel tunjang orang dewasa yang dipindahkan boleh digunakan untuk membentuk sel otak, neuron dan sinaps yang baru, yang terhapus akibat kemerosotan kognitif atau kecederaan otak.

Akhir sekali, terapi sel tunjang mungkin dapat merawat gangguan ‘penolakan imun’, seperti diabetes (kencing manis) dan penyakit autoimun. Penyelidikan klinikal menunjukkan bahawa sel tunjang yang tertentu pada orang dewasa boleh membezakan dan menghasilkan sel pengeluar insulin yang akhirnya boleh digunakan untuk merawat pesakit diabetes. Walau bagaimanapun, penyelidikan ini masih berada pada peringkat awal, dan kajian yang lebih meluas perlu dijalankan, terutamanya dari segi menyusun strategi untuk menghasilkan sel dan tisu baru yang tidak akan ditolak oleh badan pesakit.

Rawatan Stem Cell Masa Depan

Harapan Masa Depan

Yang paling memberi harapan pada terapi sel tunjang adalah bahawa terapi ini dapat mengurangkan kesengsaraan orang yang hidup menanggung kesakitan kronik dan kecederaan yang sukar disembuhkan. Terapi sel tunjang dianggap sebagai suatu bentuk pengurusan kesakitan secara intervensi dan juga sebagai teknik yang tidak berapa melibatkan pembedahan. Yang terbaik mengenainya adalah terapi ini tidak memerlukan ubat dan pembedahan bentuk semula.

Agak besar kemungkinannya bahawa terapi sel tunjang dan kegunaannya akan terus berkembang dan berubah mengikut setiap perkembangan dan penemuan baru, kerana lebih banyak pencapaian dalam bidang penyelidikan sedang membuka laluan ke arah penjagaan kesihatan yang lebih baik dan lebih bermutu. Hari ini, para saintis sedang menjalankan penyelidikan tentang cara menggunakan terapi sel tunjang untuk merawat penyakit kronik seperti penyakit jantung, penyakit kemerosotan saraf dan diabetes. Legasi ini akan menambah baik kehidupan jutaan manusia merata dunia dan juga generasi yang akan datang.

 

Dapatkan Rawatan Sel Tunjang Di Klinik Premier

Terapi sel tunjang juga digunakan untuk merawat masalah keguguran rambut dan mencantikkan kulit.

Yang berikut ialah senarai rawatan yang disediakan:
Plasenta & Sel Tunjang Celebre untuk Pigmentasi
Rawatan Sel Tunjang untuk Mencerahkan Kulit
Rawatan Sel Tunjang untuk Merawat Kulit Kusam

Hubungi Premier Clinic untuk maklumat lanjut!