Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

All posts by premier clinic

4 Manfaat Peremajaan Faraj Secara Laser Yang Perlu Anda Tahu

Apa Maksudnya Pengenduran Faraj?

Apa Maksudnya Pengenduran Faraj?

vaginal relaxation

Faraj ialah bahagian asas yang sangat penting pada tubuh wanita. Faraj tidak hanya menjadi suatu unsur sistem pembiakan tetapi juga melambangkan kewanitaan.

Walau bagaimanapun, apabila kita meningkat tua, semua bahagian badan kita menjadi kendur, termasuklah faraj. Pengenduran faraj bukanlah tajuk yang digemari ramai. Oleh itu, anda mungkin tidak tahu bahawa ribuan wanita menjalani rawatan peremajaan faraj setiap tahun untuk mengatasi simptom-simptom yang memalukan akibat otot faraj yang tidak lagi kuat.

Antara simptom ini ialah kulit yang menggeleber, faraj yang berbonjol-bonjol, masalah membeser, dan kurang kepuasan seks. Antara sebab lain wanita menjalani peremajaan faraj ialah tampon yang mudah terkeluar, tisu parut di sekeliling faraj, kedengaran bunyi letupan kecil semasa melakukan senaman yoga atau apabila berjalan, dan kesukaran membuang air besar. Semua kesulitan ini sudah tentulah akan merendahkan keyakinan diri mana-mana wanita.

Apa Maksudnya Pengenduran Faraj?

Apakah Peremajaan Faraj Secara Laser?

Jika pengenduran faraj merunsingkan anda, maka pembedahan peremajaan faraj pasti dapat mengubah hidup anda. Namun begitu, jika anda tidak mahu bahagian sulit anda dipotong dengan pisau bedah, anda tidak perlu bimbang kerana kini terdapat cara lain.

Dengan tercapainya kejayaan teknologi yang terbaru, peremajaan faraj secara laser kini mampu menawarkan penyelesaiannya. Tenaga haba dipancarkan oleh laser, yang mencetuskan penghasilan kolagen dan elastin, yang seterusnya pula menguatkan salur faraj dan lajur serviks. Prosedur ini lembut tindakannya dan memberikan hasil yang jitu. Pisau tidak digunakan.

Apakah Peremajaan Faraj Secara Laser?

Manfaat Peremajaan Faraj

Yang berikut ialah empat manfaat terbesar yang diperoleh melalui peremajaan faraj secara laser.

#1 – Menguatkan dan Mengetatkan

Laser mencetuskan penghasilan kolagen dan elastin yang menguatkan salur faraj dan lajur serviks. Beginilah caranya peremajaan faraj secara laser menguatkan dan mengetatkan dinding faraj, dengan itu mengembalikan bentuknya yang asal dan menguatkan otot. Hasilnya ialah faraj yang lebih ketat dan lebih remaja.

#2 – Selamat dan Ringkas

Rawatan ini selamat dan ringkas. Prosedur rawatan dapat disiapkan dalam masa 15 minit sahaja. Sebaik-baiknya sesi rawatan dijalani sekali setiap bulan. Sejumlah 3 sesi disyorkan untuk memperoleh hasil yang terbaik. Walau bagaimanapun, rawatannya mungkin berbeza bagi setiap orang.

#3 – Tiada Kesan Sampingan

Prosedur peremajaan faraj secara laser tidak melibatkan pembedahan ataupun kemasukan alat ke dalam badan. Oleh itu, rawatan ini tidak menyebabkan kesan sampingan, pendarahan mahupun kesan bengkak. Selepas menjalaninya, anda boleh menyambung aktiviti harian seperti kerja atau senaman.

#4 – Keselesaan dan Keyakinan

Selepas menjalani aturan rawatan yang disyorkan, kawasan faraj anda sepatutnya bertambah baik, khususnya menjadi lebih rapat, kuat dan pejal. Kesan ini dapat meringankan simptom yang dahulunya membuatkan anda kurang selesa dan anda akan berasa lebih yakin secara keseluruhannya. Anda dan pasangan anda juga akan mendapat pengalaman seks yang lebih nikmat.

Keselesaan dan Keyakinan

Krim Faraj PK24

Krim faraj PK24 juga kini boleh dibeli di Klinik Premier. Kaedah mengetatkan faraj PK24 yang tidak melibatkan pembedahan ini dibuat dengan adunan bahan semula jadi yang diluluskan oleh FDA. Produk perapat faraj ini dapat menimbulkan kesan pengetatan di dalam dinding dalaman tanpa risiko yang ada pada pembedahan seperti vaginoplasti. Keselamatan dan kemujaraban PK24 telah diuji secara klinikal oleh Institut Penyelidikan Klinikal Kebangsaan di Log Angeles.

Hubungi Kami Untuk Mengatur Sesi Perundingan

Untuk menjamin keselesaan dan privasi, anda akan menjalani perundingan dan rawatan dengan doktor wanita sahaja. Doktor akan menjawab soalan anda dan mencadangkan bilangan sesi yang sesuai dengan keperluan anda.

Jika anda ingin mengetahui lagi tentang peremajaan faraj secara laser hubungi kami melalui talian 012-662 5552 (cawangan TTDI/ Bangsar/ Pusat Bandar KL) atau 016-706 0101 (cawangan Puchong) untuk mengatur sesi perundingan percuma.

Anda juga boleh mengirimkan e-mel kepada kami di alamat contactus@premier-clinic.com dan kami akan menjawabnya dengan secepat yang boleh.

Baca Lagi:

Rawatan PRP untuk Meremajakan Faraj
Prosedur Peremajaan Faraj Secara Laser bersama Dr Maria

Read More

5 Soalan Yang Harus Ditanya Tentang Pembekuan Lemak Clatuu Disiarkan oleh klinik premier

5 Questions To Ask About Clatuu Fat Freezing

Sebelum kali pertama anda mencuba rawatan perautan tubuh CLATUU, terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui. Yang berikut ialah jawapan bagi 5 soalan yang paling kerap ditanya, disusun demi kemudahan anda.

1. Bagaimana Tindakan Clatuu?

 

CLATUU ialah hasil teknologi pembekuan lemak yang tidak melibatkan pembedahan. Rawatan ini bertindak berdasarkan hakikat bahawa sel-sel lemak lebih rentan terhadap kesejukan. Proses penyejukan dikawal dengan jitu dan disasarkan pada sel-sel lemak untuk memusnahkannya. Sel lemak yang dimusnahkan itu disingkirkan secara semula jadi daripada badan melalui proses-proses metabolisme sepanjang tempoh 6 hingga 12 bulan. Hasilnya ialah mendapan lemak yang mengecut dengan ketara tanpa menjejaskan kulit dan tisu sekelilingnya.

Mula-mula, CLATUU menarik kawasan berlemak yang disasarkan perlahan-lahan ke dalam aplikator 360° yang berpaten. Kemudian, kawasan yang dipilih itu disejukkan sehingga mencapai suhu yang rendah untuk mengaktifkan proses-proses apoptosis badan yang semula jadi. Penderia keselamatan di dalamnya mencegah kesan sampingan yang tidak diingini dengan cara mengekalkan suhu yang malar.

How Does Clatuu Work?

2. Apakah Yang Berlaku Semasa Prosedur Dijalankan?

 

Apabila aplikator diletakkan pada badan, anda akan merasai kawasan rawatan ditarik dengan kuat kerana disedut oleh kuasa vakum sebelum rawatan bermula. Apabila proses penyejukan bermula, kulit anda mungkin terasa pedih atau kurang selesa selama 10 minit pertama. Selepas itu, kawasan tersebut akan terasa sejuk dan kebas tetapi tidak sakit.

Setelah selesainya rawatan, apabila aplikator dialihkan, kawasan yang dirawat akan terasa sejuk dan keras. Doktor akan mengurut kawasan itu untuk melembutkannya balik.

What Can Be Expected During the Procedure?

3. Siapakah Yang Sesuai Menjalani Rawatan CLATUU?

 

Pembekuan lemak CLATUU yang dapat meraut tubuh tanpa pembedahan sesuai untuk lelaki dan wanita di Malaysia. Orang yang berbadan tegap tetapi berisi sedikit sesuai menjalaninya. Dia mungkin bersenam dengan tetap dan memakan sajian yang berkhasiat tetapi masih mempunyai ketulan-ketulan lemak yang degil pada bahagian pangkal lengan, perut, belakang, garis coli, paha dan sebagainya.

Kawasan yang paling lazim dirawat ialah:
● Di bawah pusat
● Rusuk
● Pinggang
● Pangkal paha
● Garis coli
● Belakang
● Pangkal lengan

Pesakit yang menjalani rawatan perautan tubuh CLATUU dinasihatkan mengamalkan program pemakanan dan senaman yang sihat selepas itu untuk memanfaatkan manfaat yang diperoleh.

Siapakah Yang Sesuai Menjalani Rawatan CLATUU?=

4. Bilakah Boleh Saya Mula Melihat Hasilnya?

 

Oleh sebab rawatan CLATUU menggunakan sistem badan sendiri untuk membuang sel lemak yang rosak, hasilnya hanya kelihatan selepas 4 hingga 12 minggu. Untuk mendapatkan kesan dan hasil yang sebaik-baiknya, pesakit dinasihatkan bersenam dengan tetap dan memakan sajian yang berkhasiat. Jika dijaga dengan betul dan melalui gaya hidup yang sihat, anda dapat mengekalkan hasilnya. Selain itu, oleh sebab rawatan ini tidak melibatkan alat dimasukkan ke dalam badan, anda tidak perlu melalui tempoh penyembuhan. Pesakit biasanya boleh meneruskan aktiviti harian hampir serta-merta.

Harap maklum bahawa CLATUU bukan program menurunkan berat badan tetapi dimaksudkan untuk mencantikkan raut tubuh agar anda kelihatan lebih menarik. Rawatan ini tidak dapat menggantikan kebaikan mengikuti amalan pemakanan dan senaman yang betul, dan tidak mengatasi masalah badan yang gemuk.

Bilakah Boleh Saya Mula Melihat Hasilnya?

5. Adakah Terdapat Kesan Sampingan?

 

Oleh sebab rawatan ini tidak melibatkan pembedahan, risiko yang boleh timbul jauh lebih kecil berbanding dengan rawatan lain. Kebanyakan pesakit tidak mengalami sebarang kesan sampingan yang buruk. Walau bagaimanapun, beberapa pesakit mungkin mengalami sedikit rasa sakit atau lebam pada kawasan yang dirawat. Rasa kebas pernah dilaporkan berlaku pada kawasan yang terlibat selepas menjalani rawatan ini, tetapi hal ini jarang-jarang sekali berlaku. Namun demikian, simptom begini selalunya dapat diatasi dengan cepat.

Hubungi kami hari ini untuk mengetahui tentang rawatan pembekuan lemak ini di Malaysia. Kami menawarkan perundingan PERCUMA. Hubungi kami secara telefon atau WhatsApp melalui talian 012-6625552 untuk mendapatkan butir-butirnya.

Anda juga boleh mengirimkan e-mel kepada kami di alamat contactus@premier-clinic.com dan kami akan menjawabnya dengan secepat yang boleh.Hubungi Kami Sekarang

Baca Lagi:

https://premier-clinic.com/bm/zeltiq-cool-advantage : Apa itu Zeltiq CoolAdvantage – Teknologi pembekuan lemak yang terbaru :
https://premier-clinic.com/bm/rawatan-penguran…tuk-meraut-tubuh : Rawatan Pengurangan Lemak Vanquish Untuk Meraut Tubuh

Read More
terapi sel tunjang

Terapi Sel Tunjang Dan Manfaatnya

Keajaiban terapi sel tunjang sudah berpuluh-puluh tahun lamanya dinikmati, tetapi sel tunjang paling diketahui mampu merawat leukemia dalam bentuk pindahan sumsum tulang. Sel tunjang digunakan terutamanya untuk merawat jenis gangguan darah dan sistem imun yang tertentu. Terapi sel tunjang juga pernah digunakan untuk membina semula sistem darah selepas menjalani rawatan bagi jenis kanser yang tertentu.

 

Apakah Terapi Sel Tunjang?

Terapi sel tunjang menggunakan sel tunjang seseorang pesakit itu sendiri untuk membaiki tisu yang tercedera ataupun rosak. Rawatan ini cepat dan mudah dilakukan. Prosedurnya yang ringkas dilakukan dengan pantas secara suntikan sebagai kes pesakit luar.

Rawatan ini didapati berkesan mencepatkan proses penyembuhan kecederaan, mengurangkan rasa sakit (walau rasa sengal yang kronik pun), dan menambahkan kefungsian, julat pergerakan dan fleksibiliti. Antara penyakit yang paling lazim dirawat dengan terapi sel tunjang ialah sakit lutut akibat osteoartritis, spikondilitis, sakit bahu atau kecederaan otot bahu, tendonitis, dan kecederaan tendon tumit. Terapi sel tunjang juga mampu merawat kerosakan saraf, menambahkan kolagen, menyembuhkan luka pada kulit, dan mencegah pembentukan tisu parut, di samping mengurangkan keguguran rambut. Terapi ini juga boleh menumbuhkan tisu jantung dan salur darah baru. Secara keseluruhannya, pesakit boleh menyingkatkan tempoh pemulihan dan juga cepat kembali berkeadaan seperti biasa.

Pada masa ini, terdapat minat yang meluas terhadap penyelidikan sel tunjang di seluruh dunia, kerana sel tunjang berpotensi besar merawat pelbagai jenis penyakit. Beberapa negara, misalnya Jepun, Korea, Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom sedang menerajui bidang penyelidikan sel tunjang dan kerajaan negara-negara ini menyokong usaha sedunia ini dengan bantuan kewangan yang banyak.

 

Bagaimana Tindakan Terapi Sel Tunjang?

Sel tunjang diambil daripada satu atau dua lokasi pada badan pesakit, iaitu sumsum tulang ataupun tisu adipos (lemak) di dalam pangkal paha atau abdomen. Bahan yang diambil ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mesin pengempar yang berputar dengan sangat ligat untuk memekatkan bahan-bahan yang paling berharga, termasuklah faktor pertumbuhan semula jadi. Selepas itu, sel tunjang yang telah dipekatkan itu disuntik terus ke dalam kawasan badan pesakit yang terjejas itu. Faktor pertumbuhan sel-sel itu berperanan membina sel baru, tisu penyambung, dan sebagainya, yang baru.

Manfaatnya dirasai hampir serta-merta. Kebanyakan pesakit akan merasai kesakitannya berkurang, pergerakan anggotanya bertambah baik, dan kefungsian yang lebih bagus selepas satu atau dua rawatan sahaja. Namun begitu, kebanyakan pesakit perlu menjalani rawatan selama tempoh antara seminggu hingga tiga bulan, bergantung pada penyakit masing-masing.

Manfaat Terapi Sel Tunjang

Manfaat Terapi Sel Tunjang

Pertama sekali, terapi sel tunjang boleh digunakan untuk merawat kecederaan ortopedik (tulang). Sel tunjang jenis mesenkima (MSC) digunakan untuk merawat kecederaan ortopedik. Penyelidikan klinikal setakat ini berjaya menunjukkan bahawa MSC mampu menumbuhkan tisu ortopedik baru yang membezakan otot, tulang, tulang rawan dan tendon, serta ligamen dan tisu adipos. Dalam bidang penyelidikan penjagaan ortopedik, terutamanya penggantian tulang rawan, pembaikan tulang, dan pembaikan tisu lembut, kajian menunjukkan bahawa suntikan sel tunjang sumsum tulang dapat mengurangkan rasa sakit yang kronik, menyembuhkan kecederaan yang degil, dan menambah baik kefungsian. Pesakit boleh kembali melakukan rutin biasa selepas tempoh yang lebih singkat, ada kalanya dalam masa seminggu sahaja.

Kedua, terapi sel tunjang boleh digunakan untuk merawat penyakit kardiovaskular. Kajian klinikal mencadangkan bahawa sel tunjang yang diambil daripada sumsum tulang orang dewasa boleh dibezakan kepada sel-sel yang diperlukan untuk membaiki jantung dan salur darah. Ini disebabkan terutamanya oleh berbilang faktor pertumbuhan yang ada di situ.

Ketiga, hasil penyelidikan mendapati bahawa terapi sel tunjang boleh menggalakkan pertumbuhan tisu kulit baru yang sihat, dan penghasilan kolagen. Tisu parut boleh digantikan dengan tisu sihat yang baru dibentukkan. Malah, terapi sel tunjang mampu merangsang pertumbuhan rambut baru selepas rambut gugur atau kulit kepala dihiris.

Keempat, terapi sel tunjang boleh digunakan untuk merawat penyakit kemerosotan saraf. Penyelidikan tentang rawatan penyakit Parkinson, Huntington, Alzheimer dan strok (angin ahmar) mendapati bahawa sel tunjang orang dewasa yang dipindahkan boleh digunakan untuk membentuk sel otak, neuron dan sinaps yang baru, yang terhapus akibat kemerosotan kognitif atau kecederaan otak.

Akhir sekali, terapi sel tunjang mungkin dapat merawat gangguan ‘penolakan imun’, seperti diabetes (kencing manis) dan penyakit autoimun. Penyelidikan klinikal menunjukkan bahawa sel tunjang yang tertentu pada orang dewasa boleh membezakan dan menghasilkan sel pengeluar insulin yang akhirnya boleh digunakan untuk merawat pesakit diabetes. Walau bagaimanapun, penyelidikan ini masih berada pada peringkat awal, dan kajian yang lebih meluas perlu dijalankan, terutamanya dari segi menyusun strategi untuk menghasilkan sel dan tisu baru yang tidak akan ditolak oleh badan pesakit.

Rawatan Stem Cell Masa Depan

Harapan Masa Depan

Yang paling memberi harapan pada terapi sel tunjang adalah bahawa terapi ini dapat mengurangkan kesengsaraan orang yang hidup menanggung kesakitan kronik dan kecederaan yang sukar disembuhkan. Terapi sel tunjang dianggap sebagai suatu bentuk pengurusan kesakitan secara intervensi dan juga sebagai teknik yang tidak berapa melibatkan pembedahan. Yang terbaik mengenainya adalah terapi ini tidak memerlukan ubat dan pembedahan bentuk semula.

Agak besar kemungkinannya bahawa terapi sel tunjang dan kegunaannya akan terus berkembang dan berubah mengikut setiap perkembangan dan penemuan baru, kerana lebih banyak pencapaian dalam bidang penyelidikan sedang membuka laluan ke arah penjagaan kesihatan yang lebih baik dan lebih bermutu. Hari ini, para saintis sedang menjalankan penyelidikan tentang cara menggunakan terapi sel tunjang untuk merawat penyakit kronik seperti penyakit jantung, penyakit kemerosotan saraf dan diabetes. Legasi ini akan menambah baik kehidupan jutaan manusia merata dunia dan juga generasi yang akan datang.

 

Dapatkan Rawatan Sel Tunjang Di Klinik Premier

Terapi sel tunjang juga digunakan untuk merawat masalah keguguran rambut dan mencantikkan kulit.

Yang berikut ialah senarai rawatan yang disediakan:
Plasenta & Sel Tunjang Celebre untuk Pigmentasi
Rawatan Sel Tunjang untuk Mencerahkan Kulit
Rawatan Sel Tunjang untuk Merawat Kulit Kusam

Hubungi Premier Clinic untuk maklumat lanjut!

Read More