Klinik Premier merupakan salah satu klinik terbaik untuk menghilangkan lebihan lemak degil dengan rawatan yang direka khas untuk menyingkirkan lemak degil daripada tubuh dengan semulajadi. Apabila bercakap mengenai rawatan pelangsingan tubuh, terdapat banyak rawatan yang boleh didapati seperti rawatan pembekuan lemak, Coolsculpting. Walau bagaimanapun, terdapat satu kaedah rawatan pembekuan lemak yang telah ditambahbaik; Klinik Premier dengan bangganya ingin memperkenalkan Rawatan Pembekuan Lemak Cryolipolysis kepada para pelanggan. Kaedah rawatan ini mampu menyingkirkan lemak degil di dalam tubuh anda.
Tidak jauh berbeza daripada CoolSculpting, Rawatan Pembekuan Lemak CoolAdvantage ini berfungsi menyingkirkan lemak-lemak degil di bahagian tubuh anda seperti perut, paha, dan juga punggung! Sel lemak akan dibekukan sebelum dimusnahkan secara sistematik dan semulajadi. Tubuh anda kemudiannya akan menyingkirkn lebihan lemak degil berkenaan secara semulajadi dan ini membantu melangsingkan tubuh anda secara semulajadi.
Ciri paling ketara untuk Rawatan Pembekuan Lemak CoolAdvantage ini adalah pada aplikatornya (alat rawatan) yang digunakan: inilah pencetus kepada nama rawatan ini. Aplikator Rawatan Pembekuan Lemak CoolAdvantage disambung kepada mesin yang sama digunakan dalam rawatan CoolSculpting, tetapi aplikator ini mengurangkan ketidakselesaan, lebam dan kebas kesan daripada rawatan ini. Tambahan pula, aplikator pelangsingan badan tersebut boleh ditukar ganti dan boleh didapati dalam pelbagai saiz dan bentuk yang membenarkan rawatan dilakukan di beberapa bahagian badan yang berlainan – rawatan CoolSculpting biasa tidak mempunyai kelebihan ini.
Rawatan Pembekuan Lemak CoolAdvantage merupakan rawatan pembekuan lemak yang masih lagi baharu di Malaysia, tetapi rawatan ini mempunyai kelebihan hampir 50% lebih cepat berbanding rawatan CoolSculpting yang biasa. Rawatan ini sesuai bagi mereka yang bekerja dan mempunyai waktu rehat yang singkat. Sesi rawatan ini boleh dilakukan dengan cepat pada waktu rehat tengah hari menjadikan rawatan ini satu pilihan yang menarik bagi mereka yang sibuk.
Rawatan ini juga merupakan rawatan pelangsingan badan yang cekap dan berkesan kerana aplikator yang telah ditambah baik dari segi bentuk membolehkan aplikator digunakan di kawasan tisu kulit yang lebih luas. Ini memberi kesan yang lebih baik kerana proses pembekuan lemak sekata boleh dilakukan di kawasan yang diingini sewaktu rawatan. Ini bukan sahaja membantu mengurangkan suhu tisu badan, tetapi juga menjadikan rawatan ini lebih berkesan dan mengambil masa yang singkat.
Selain daripada keputusan rawatan yang lebih baik, ujian klinikal juga membuktikan bahawa pesakit yang menjalani Rawatan Pembekuan Lemak CoolAdvantage mengalami peningkatan keselesaan sebanyak 45% semasa sesi rawatan. Selain itu, 85% responden ujian ini memberi maklumbalas bahawa mereka lebih memilih Rawatan Pembekuan Lemak CoolAdvantage daripada rawatan CoolSculpting yang biasa. Secara purata, setiap rawatan boleh mengurangkan sel lemak sebanyak 25% dan menjadikan rawatan ini salah satu kaedah yang paling cepat untuk menyingkirkan lemak degil daripada tubuh anda.
Lemak subkutan (lemak bawah kulit) lebih sukar untuk disingkirkan berbanding lemak viseral (lemak di sekeliling organ dalaman) biasa dan lemak dalam otot menjadikan lemak subkutan lebih dikenali. Bagi wanita, lemak subkutan lebih tertumpu pada bahagian sekitar punggung, pinggul, dan paha. Bagi lelaki pula, lemak subkulan lebih banyak berkumpul di bahagian pinggul. Terdapat banyak punca terjadinya lemak degil yang tidak diingini di dalam tubuh kita. Mereka yang terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk bersenam biasanya terdedah kepada pembentukan lemak yang tidak diingini. Pilihan makanan merupakan faktor yang paling besar dalam menyumbang kepada pembentukan lemak yang tidak diingini. Makanan ringan, makanan yang diproses, makanan manis, dan minuman beralkohol selalunya menyumbang kepada penghasilan lebih banyak lemak yang tidak diingini. Selain itu, mengandung dan bawaan genetik juga boleh menjadi punca kepada pembentukan lemak yang berlebihan di dalam tubuh kita.
Rawatan Pembekuan Lemak CoolAdvantage membantu pesakit menyingkirkan lemak yang tidak diingini melalui cryolipolysis. Rawatan Pembekuan Lemak akan mengawal proses pembekuan lemak secara tepat dan mensasarkan sel-sel lemak yang tidak diingini di bawah kulit. Sel-sel lemak yang terlibat akan menjadi keras (crystallised), dihancurkan dan tubuh akan menyingkirkan sel-sel mati ini melalui perkumuhan semulajadi.
Pesakit mungkin akan merasa tarikan (tugging), menyengat atau sakit di bahagian yang dirawat semasa sesi proses rawatan dijalankan. Kemerahan yang bersifat sementara, bengkak, lebam dan kulit menjadi sensitif mungkin akan kelihatan di bahagian yang dirawat kerana kulit terdedah kepada suhu yang sejuk semasa sesi rawatan. Semua kesan ini akan hilang dalam tempoh yang singkat.
Rawatan Pembekuan Lemak CoolAdvantage tidak sesuai kepada mereka yang mempunyai penyakit cryoglobulinemia, cold agglutinin disease atau paroxysmal cold hemoglobinuria. Sila elakkan daripada menjalani rawatan pembekuan lemak untuk mencegah daripada kesan-kesan negatif daripada berlaku.
Kesan sampingan yang jarang seperti bahagian yang dirawat semakin membesar mungkin berlaku dalam tempoh dua hingga lima bulan selepas rawatan dilakukan. Sila berunding dengan pakar sebelum menjalani rawatan.
Rawatan Pembekuan Lemak ini tidak melibatkan pembedahan menjadikannya sesuai bagi individu yang takut untuk menjalani pembedahan. Tiada kesan sampingan yang diketahui untuk rawatan ini melainkan kesan lebam yang tidak serius atau kulit menjadi kemerahan hasil daripada rawatan pelangsingan ini. Doktor anda akan sentiasa bersedia untuk membimbing anda dan memberi nasihat selepas rawatan serta mencadangkan sesi rawatan susulan jika perlu. Rawatan ini bukan rawatan mengurangkan berat badan. Rawatan ini direka sebagai rawatan mengurangkan lemak yang akan membantu menyingkirkan lemak yang tidak diingini di bahagian tubuh tertentu.
Aplikator bagi Rawatan Pembekuan Lemak CoolAdvantage ini direka khas untuk bertindak balas dengan lemak degil di kawasan perut, pinggul dan bahagian dalam paha. Kos bagi rawatan ini adalah sekitar RM 2,800 ke atas bagi setiap sesi. Berbanding klinik-klinik di Kuala Lumpur dan Selangor, kami mempunyai lebih daripada satu mesin yang boleh digunakan secara serentak dalam satu masa bagi dua jenis aplikator dan ini membantu menjimatkan masa anda.
Walaupun kesan rawatan mungkin berbeza antara individu, besar kemungkinan anda akan memerlukan rawatan susulan untuk menegangkan bahagian tubuh selepas proses penyingkiran lemak tersebut supaya kelihatan lebih cantik.
Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut mengenai Rawatan Pembekuan Lemak atau rawatan pembekuan lemak yang lain dan rawatan Coolsculpting yang terdapat di Malaysia, sila hubungi kami.
Anda juga boleh datang ke klinik kami di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan Kuala Lumpur untuk membuat temu janji.
WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com
Pesakit boleh melihat pengurangan lemak secara beransur-ansur sekurang-kurangnya 6 bulan selepas rawatan. Telah terbukti bahawa pendedahan kepada proses pembekuan lemak menyebabkan tisu lemak mula disingkirkan secara semulajadi dan secara beransur-ansur akan menipiskan lapisan lemak. Sel-sel lemak yang terlibat dalam rawatan ini akan disingkirkan daripada tubuh melalui proses metabolism semulajadi.
Calon yang paling sesuai untuk Rawatan Pembekuan Lemak Cryolipolysis ini adalah mereka yang sihat tetapi mempunyai bonjolan lemak yang tidak diingini yang sukar dihilangkan melalui diet dan senaman. Rawatan ini juga sesuai kepada mereka yang sedang mencari rawatan mengurangkan lemak tanpa perlu melalui pembedahan.
Tidak. Sebarang ketidakselesaan semasa proses rawatan adalah minimum dan biasanya hanya berlaku pada awal proses rawatan kerana tubuh anda sedang menyesuaikan diri dengan suhu penyejukan yang terlibat. Kebanyakan pesakit hanya bertenang, membaca buku, atau menggunakan telefon pintar sepanjang tempoh rawatan. Malah, sesetengah pesakit boleh tidur semasa rawatan.
Be the first to know about our time-limited, exclusive promos