LED Fototerapi merupakan rawatan yang menggunakan gelombang cahaya secara spesifik yang mana akan diserap oleh bahagian badan yang disasarkan dan dalam masa yang sama meningkatkan tahap tenaga molekul yang terjejas. Tenaga ini kemudiannya akan dibebaskan melalui perubahan tubuh anda dalam menyesuaikannya samada secara fizikal atau kimia, dan tisu-tisu sekeliling akan turut sama mengalami kesan biologi.
Hal ini meningkatkan fungsi sel dalam tubuh yang mana dapat mempercepatkan proses penyembuhan dan peremajaan kulit dengan menggunakan gelombang yang ideal. Gelombang cahaya ahaya ini cukup kuat untuk temenembusi jauh ke dalam bahagian yang dikehendaki, dan juga boleh digunakan untuk merawat beberapa masalah secara serentak.
Sama seperti proses fotosintesis, tubuh anda memerlukan cahaya matahari untuk membentuk adenosine triphosphate (ATP) yang digunakan sebagai ‘bahan bakar’ kepada proses metabolisme yang menggabungkan elemen-elemen penting seperti protein, enzim, dan lain-lain. Tisu-tisu tubuh juga menggunakan ATP untuk menggalakkan proses penyembuhan dan peremajaan pada bahagian yang dirawat.
Hasil rawatan adalah bergantung kepada keadaan fizikal, umur, pemakanan, dan juga gaya hidup anda. Anda mungkin memerlukan sehingga 8 – 10 sesi rawatan sebelum anda boleh melihat kesannya, akan tetapi sesetengah pesakit boleh terus melihat kesannya sejurus selepas rawatan. Selepas setiap sesi Rawatan LED Fototerapi, anda akan dapat melihat perubahan secara perlahan-lahan dan anda boleh melihat perbezaan sebelum dan selepas rawatan.
Dalam mengembalikan keremajaan kulit anda, Rawatan LED Fototerapi semakin menjadi pilihan bagi teknik anti-penuaan yang membantu memberi kesan semulajadi. Rawatan ini meningkatkan penghasilan kolagen dan elastin kulit anda dan menggalakkan penjanaan sel-sel kulit dan menghilangkan hiperpigmentasi dan tanda-tanda penuaan. Antara kebaikan lain Rawatan LED Fototerapi termasuk:
Secara purata, rambut kita akan gugur sekitar 50 hingga 100 helai sehari; biasanya tanpa kita sedari. Walau bagaimanapun, sesetengah orang mengalami masalah rambut gugur yang berlebihan yang menyebabkan tompokan botak muncul di kulit kepala. Rawatan rambut gugur LED fototerapi ini membantu merangsang sel-sel pertumbuhan rambut di bahagian yang menipis atau botak kerana liang yang tidak lagi tumbuh rambut akan diransang supaya pertumbuhan rambut baharu berlaku.
Apabila sebum (minyak) yang terkumpul dan menghalang liang pori, jerawat akan mula tumbuh dan menyebabkan masalah jerawat dan parut jerawat. Rawatan LED fototerapi parut jerawat ini meningkatkan penghasilan kolagen dan elastin kulit anda dan merangsang penjanaan tisu yang membantu mengurangkan jerawat dan parut jerawat.
Hiperpigmentasi dan tanda-tanda penuaan biasanya berlaku disebabkan oleh pendedahan kulit yang berlebihan kepada cahaya matahari dan kesannya kulit akan menghasilkan melanin untuk melindungi kulit daripada sinaran UV matahari yang berbahaya. Tanda-tanda penuaan terbentuk disebabkan oleh penghasilan melanin yang bertumpu pada satu bahagian kecil dan membentuk tompokan berwarna coklat, hitam atau kelabu di permukaan kulit. Rawatan tanpa pembedahan ini mmbantu menghilangkan hiperpigmentasi dan tanda penuaan dengan meningkatkan penghasilan kolagen dan elastin dan juga merangsang penjanaan sel-sel kulit.
Kulit kusam adalah perkara normal yang sering berlaku dalam kalangan orang yang berumur (tetapi boleh juga berlaku kepada golongan yang lebih muda). Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kulit kusam berlaku, tetapi faktor yang paling biasa adalah tidak cukup tidur (kurang daripada 7 jam) – biasanya berlaku kepada mereka yang mempunyai gaya hidup yang sibuk di bandar. Keadaan ini menyebabkan timbulnya masalah kedutan, mata sembap, lingkaran hitam pada mata dan masalah-masalah lain kerana kulit anda tidak mendapat kelembapan yang mencukupi dan sel kulit mati akan terus terkumpul. Rawatan kulit kusam menggalakkan pertumbuhan semula sel kulit untuk menggantikan sel kulit mati dengan cepat dan meningkatkan penghasilan kolagen dan elastin dalam kulit. Ini akan membuatkan kulit anda kelihatan lebih segar dan muda apabila sel kulit baharu mula terbentuk.
Liang pori besar biasanya berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak disebabkan sebum (minyak) dan kotoran yang terkumpul. Ini menyebabkan kulit membengkak dan menjadikan liang pori kelihatan lebih besar daripada saiz sebenar. Usia juga merupakan salah satu faktor kepada masalah ini kerana kulit semakin kurang tegang dan hilang keanjalan menjadikan masalah liang pori semakin memburuk kerana liang pori akan kelihatan lebih besar. Rawatan ini akan mencetuskan penghasilan kolagen dan elastin yang baharu dalam kulit yang akan membantu membentuk jaringan untuk mengikat sel-sel kulit bersama menjadikan sel-sel berkenaan semakin padat dan mengurangkan saiz liang pori.
Anda tidak boleh menjalani Rawatan LED Fototerapi sekiranya anda menggunakan apa-apa produk pada kulit anda yang menyebabkan kulit anda sensitif kepada cahaya matahari. Anda juga perlu mengelak daripada mendapatkan rawatan ini sekiranya anda sedang mengalami alahan kulit yang teruk.
Para doktor dan pelbagai organisasi kerajaan juga menggunakan teknologi ini dalam bidang pembinaan semula otot dan penyembuhan luka. Rawatan ini tidak melibatkan pembedahan dan tidak mencederakan kulit. Rawatan ini selamat dan tidak mempunyai risiko trauma ataupun memberi kesan haba pada kulit dan rawatan ini sesuai untuk semua peringkat umur.
Tiada jangkaan tempoh kesan bagi rawatan ini. Anda boleh terus melakukan rutin harian anda sejurus selepas rawatan. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai bilangan sesi yang sesuai bagi anda kerana beberapa sesi ulangan diperlukan untuk mengekalkan pertumbuhan semula rambut. Bilangan sesi mungkin berbeza antara individu tetapi rawatan tambahan akan memastikan rambut kekal tumbuh dengan sihat, banyak dan kuat.
Tatacara rawatan ini telah diuji pada semua jenis kulit dan sesuai untuk kulit cerah atau gelap. Anda boleh mendapatkan Rawatan LED Fototerapi dengan harga bermula dari RM 100 hingga RM 300 bagi setiap sesi. Pelbagai kajian dalam bidang perubatan telah membuktikan bahawa rawatan ini berkesan.
Di Klinik Primier, bayaran Rawatan LED Fototerapi adalah sekitar RM 100 bagi setiap sesi. Anda boleh memilih untuk melakukan rawatan ini sahaja atau anda juga boleh menggabungkan rawatan ini dengan rawatan-rawatan lain. Rawatan ini sangat membantu dalam mengurangkan kemerahan pada kulit, mempercepatkan proses pemulihan dan menggalakkan peremajaan kulit.
RAWATAN LED FOTOTERAPI digunakan secara meluas oleh perunding kecantikan untuk membantu meremajakan kulit. Penggabungan rawatan LED fototerapi membantu mempercepatkan proses pembaharuan kulit. Bagi membantu anda mendapatkan maklumat lanjut mengenai Rawatan LED Fototerapi bagi muka atau mana-mana rawatan yang kami tawarkan, doktor-doktor kami menawarkan satu sesi RUNDINGAN tanpa perlu mendaftar.
Anda boleh datang ke cawangan klinik kami di Bangsar, Puchong, Mont Kiara, TTDI dan Kuala Lumpur bagi mendapatkan temu janji. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:
WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2094 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com
Rawatan LED Fototerapi muka mengambil masa selama 30 minit sehingga 1 jam. Anda perlu membuang semua solekan dan memakai satu produk khas semasa proses rawatan.
Anda boleh melihat perbezaan pada kulit anda selepas sesi rawatan pertama. Kulit anda akan menjadi lebih licin, lembap dan berseri secara semula jadi. Anda akan memerlukan antara 3 hingga 5 sesi rawatan untuk melihat kesan jangka panjang pada bahagian yang dirawat. Sudah tentunya tahap masalah kulit dan jenis kulit anda akan menentukan jangka masa yang diambil untuk melihat kesan rawatan.
Rawatan kecantikan lain hanya merawat bahagian luar kulit sahaja, tetapi Rawatan LED Fototerapi menguatkan dan meremajakan tisu anda dari dalam. Ini membolehkan anda mendapatkan kesan yang hebat dari dalam dan juga luar kulit anda.
Be the first to know about our time-limited, exclusive promos