Soalan Lazim (FAQ)

Kad pembayaran apa yang diterima?

Kami menerima pelbagai kad kredit dan debit tempatan serta antarabangsa seperti Mastercard, Visa, China UnionPay, Alipay, American Express (Amex) dan WeChat Pay.

Apakah pelan ansuran yang tersedia?

Kami turut menyediakan pilihan pelan ansuran tanpa faedah (0%), tertakluk kepada bank berikut:

  • Maybank
  • Public Bank
  • Hong Leong Bank
Bagaimanakah saya boleh membuat janji temu?

Untuk membuat janji temu, anda boleh menghubungi kami melalui ruangan chat di bawah atau WhatsApp di +6012-662-5552. Kami juga boleh dihubungi melalui e-mel di contactus@premier-clinic.com. Waktu operasi: 8.00 pagi – 12.00 tengah malam, setiap hari.

Bagaimanakah cara untuk menebus promosi?

Untuk menebus mana-mana promosi, sila hubungi atau hantarkan mesej WhatsApp kepada kami di +6012-662-5552. Pasukan khidmat pelanggan kami sedia membantu setiap hari dari 8.00 pagi – 12.00 tengah malam.

Bagaimanakah kelayakan dan pengiktirafan doktor kami diperoleh?

Semua doktor di Premier Clinic berdaftar serta bertauliah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah menjalani latihan profesional dalam bidang perubatan estetik. Rekod kelayakan doktor boleh dirujuk di sini:https://premier-clinic.com/our-doctors/ 

Apakah jenis rawatan yang ditawarkan?

Premier Clinic menawarkan pelbagai rawatan estetik merangkumi rawatan kulit, masalah keguguran rambut, penambahbaikan wajah, pembentukan badan, masalah kulit, pembuangan tatu, rawatan dengkur serta rawatan kesihatan intim lelaki dan wanita. Rawatan ini ditawarkan melalui pelbagai kaedah termasuk suntikan, teknologi laser dan penggunaan mesin estetik perubatan terkini.

Di manakah lokasi klinik anda?

Premier Clinic terletak secara strategik di Lembah Klang, iaitu di TTDI, Bangsar, KL City, Mont Kiara, Cheras dan Puchong. Anda boleh merujuk lokasi cawangan kami di pautan berikut: https://premier-clinic.com/our-locations/

Mengapa Premier Clinic merupakan pilihan terbaik?
  • Top 3 Klinik Estetik Terbaik di Lembah Klang 2016 (TallyPress)
  • Pemenang 8 Anugerah Estetik Klinikal 2019 (Harper’s Bazaar)
  • Doktor & staf yang berkelayakan serta berpengalaman
  • Harga kompetitif tanpa mengorbankan kualiti
  • Khidmat pelanggan 8.00 pagi – 12.00 tengah malam, setiap hari
  • Liputan rawatan yang komprehensif
  • Keutamaan kepada keselamatan dan hasil yang optimum
  • Konsultasi peribadi dan profesional
  • Pilihan pelan pembayaran fleksibel
  • Parkir percuma & mudah, betul-betul di hadapan klinik