Turkey Neck - Leher ayam belanda adalah keadaan yang mana kulit di leher menjadi bergaris, berkedut dan menggeleber. Keadaan ini sangat menyerupai keadaan leher ayam belanda dan dari situlah masalah kulit ini mendapat namanya.
Pori-pori muka adalah bukaan kecil di kulit anda di mana sebum & peluh keluar dari badan anda. Pori-pori muncul di setiap inci kulit, dari bahagian atas kulit kepala anda hingga ke telapak kaki anda. Ia membolehkan minyak & toksin keluar dari badan kita supaya kita dapat hidup dengan sihat.
Ekzema merupakan sejenis penyakit kulit yang akan menyebabkan pembentukan tompokan kulit gatal, keradangan, kemerah-merahan, kerekahan dan mewujudkan permukaan kulit yang kasar. Kadangkala, kulit juga akan melepuh. Keadaan ini dikenali sebagai atopic dermatitis yang merupakan masalah ekzema yang paling kerap berlaku. Dermatitis ditakrifkan sebagai keadaan keradangan pada kulit.
Psoriasis ialah suatu kondisi kulit yang menyebabkan pengumpulan sel kulit dengan pantas. Kesan daripada proses pengumpulan ini adalah pembentukan sisik dan tompok-tompok merah pada kulit. Kitaran hidup sel kulit normal biasanya adalah dalam masa satu bulan.
Kayap ialah penyakit atau jangkitan kulit yang disebabkan oleh virus yang ada dalam sistem saraf. Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster. Kayap terjadi apabila tisu dorman seperti virus cacar air, varicella zoster menjadi aktif semula dalam tisu saraf.
Osteoarthritis adalah arthritis yang paling biasa, dan ianya juga dikenali sebagai penyakit sendi merosot. Ia boleh berlaku di mana-mana bahagian sendi di dalam badan dan ianya berkait rapat dengan kerosakan rawan di dalam sendi.
Vitiligo ialah penyakit kulit di mana tompok putih terbentuk pada kulit di bahagian berbeza tubuh manusia. Vitiligo berlaku apabila sel pigmen kulit (melanosit) musnah disebabkan faktor yang pelbagai. Penyakit kulit ini juga boleh menjangkiti mata & bahagian tubuh lain seperti membran mukus seperti mulut & hidung.
Human immunodeficiency virus (HIV) adalah virus yang menyerang sistem imun badan. Virus ini menyerang secara khusus sel yang dipanggil sel CF4 atau sel T. Sel T sangat penting dalam melawan virus yang mungkin menyebabkan penyakit. Jika tidak dirawat, virus HIV akan menyebabkan sistem imun berkurangan, menyebabkan tubuh terdedah kepada jangkitan. Oleh itu, pesakit HIV perlu mempunyai perlindungan dari penyakit.
Pengenduran payudara ditakrifkan sebagai sebarang perubahan bentuk yang berlaku pada payudara dimana ia kerap kali dialami oleh wanita yang meningkat usia. Usah risau kerana perubahan ini adalah semula jadi, namun sudah pasti ada di antara mereka yang tidak menyukai akan keadaan payudara yang mula mengendur.
Be the first to know about our time-limited, exclusive promos