Juga dikenali sebagai rawatan “chemical peel” di Malaysia, rawatan ini disyorkan kepada lelaki dan wanita serta sesuai bagi semua peringkat umur. Rawatan ini membuang lapisan atas kulit dengan kaedah menyapu peeling solution, supaya kulit boleh mula mengelupas secara semulajadi. Proses ini membantu membuang sel kulit mati di permukaan dan menyerlahkan lapisan kulit baru yang tampak lebih lembut dan sihat.
Premier Clinic menggunakan trichloroacetic acid (TCA) peel, salah satu original peels yang digunakan untuk meremajakan semula kulit. Jenis-jenis kaedah pengelupasan kulit yang lain turut digunakan bergantung kepada keadaan kulit di mana ia akan ditentukan terlebih dahulu oleh doktor anda selepas konsultasi yang pertama.
Rawatan dimulakan dengan membersihkan kulit muka daripada make-up atau sebarang kekotoran. Selepas itu, chemical solution akan disapu di bahagian kulit yang ingin dirawat. Proses chemical peel ini akan menyebabkan berlakunya luka terkawal dan penggantian kulit baru. Lapisan kulit baru akan lebih lembut, kurang kedutan dan kurang kerosakan.
Antara kebaikan rawatan skin peel ialah:
Masalah ini dialami oleh hampir setiap individu yang berumur di antara 11 hingga 30 tahun, jerawat muncul apabila pori kulit disekat oleh minyak terkumpul. Pori-pori ini bersambung melalui folikel ke kelenjar minyak yang mengeluarkan sebum, cecair semula jadi yang membuang sel kulit mati melalui folikel. Pertumbuhan jerawat berlaku apabila pori tersebut tersumbat.
Remaja lelaki lebih berisiko kepada jerawat kerana jumlah testosterone yang tinggi di dalam badan memburukkan lagi keadaan, akan tetapi masalah ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Terdapat pelbagai rawatan muka atau rawatan facial untuk merawat parut jerawat antaranya ialah rawatan Chemical peel. Rawatan chemical peel berfungsi sebagai kaedah pengelupasan kulit dengan membuang sel kulit mati dengan berkesan. Ia membuang sel-sel kulit mati dan minyak berlebihan dari folikel rambut yang tersumbat, masalah pori dengan secara tidak langsung masalah jerawat dapat dikurangkan.
Salah satu punca berlakunya masalah kulit kusam adalah disebabkan oleh tidak cukup tidur – sering berlaku di kalangan individu yang menjalani kehidupan sibuk di bandar. Hal ini menyebabkan pembentukan lingkaran gelap bawah mata, kantung mata dan kedutan awal. Habuk dan pencemaran juga boleh mengakibatkan kulit kusa. Disamping itu pendedahan melampau kepada cahaya matahari juga memberi kesan buruk kepada kulit anda dalam jangka masa yang panjang. Membersihkan kulit dengan tidak betul juga boleh mengakibatkan kulit kusam kerana sisa kotoran yang berada di permukaan kulit menyebabkan pori sukar untuk bernafas. Rawatan TCA skin peel membantu mencerah dan menghilangkan kulit kusam, yang disebabkan faktor usia dan kulit yang mengumpulkan sel-sel kulit mati. Rawatan kulit kusam membantu menjadikan kulit anda kelihatan lebih berseri dan segar.
Tanda usia berlaku apabila kulit menghasilkan melanin untuk melindungi kulit daripada sinaran bahaya UV. Penghasilan melanin bermula dengan bintik-bintik kecil dan melarat hingga membentuk bintik-bintik hitam, kelabu atau coklat di seluruh kulit.
Penghasilan melanin yang cepat juga boleh menyebabkan berlakunya hiperpigmentasi, ini terjadi apabila melanin lebih tertumpu kepada tompokan kecil kulit dan berwarna lebih gelap. Rawatan chemical peel yang mengandungi bahan TCA yang paling kuat digunakan dan merupakan pilihan terbaik untuk merawat pigmentasi yang mampu memberi tekstur kulit halus dan segar, serta lebih cerah bersinar.
Minyak terkumpul dan sebum di bawah permukaan kulit menyebabkan berlakunya pembentukan pori besar dimana ianya biasa terjadi kepada individu yang memiliki jenis kulit berminyak. Kulit akan membengkak dan meregang, menjadikan pori lebih besar dari biasa. Pendedahan melampau kepada cahaya matahari membuatkan kulit menjana sel-sel tambahan di hujung pori untuk melindungi kulit daripada sinaran bahaya UV; menjadikan pori meregang. Penuaan juga antara penyebab kulit tidak ketat dan pori meregang apabila kulit mulai kendur dan tidak kembali seperti asal. Rawatan chemical peel ini bertindak untuk memperbaiki tekstur dan penampilan kulit apabila lapisan luar yang rosak itu dirawat menggunakan larutan asid. Hal ini menyebabkan pori tampak kurang jelas dan kelihatan.
Apabila usia meningkat, anda akan merasai perubahan lekuk dan lipatan pada kulit yang akhirnya membawa kepada pembentukan kedutan. Hal ini kerana sel kulit semakin menipis, kering, dan hilang keanjalannya. Kedutan ini kekal kelihatan dan tidak akan hilang walaupun raut wajah muka di dalam keadaan tenang. Sel kulit tidak mampu memperbaiki sel secara sendiri lagi apabila kolagen dan elastin tidak dapat dihasilkan. Penggunaan larutan TCA di dalam rawatan chemical peel akan membuang lapisan atas kulit dan membantu menghilangkan garis halus, kedutan dan tona kulit tidak sekata.
Chemical peel mengandungi ekstrak buah-buahan dan enzim yang membantu memecahkan sel pigmentasi kulit. Ia bertindak membersihkan muka secara mendalam dimana ia membuang sel kulit mati, habuk dan sebum berlebihan, serta memperbaiki warna kulit anda.
Pesakit akan mengalami rasa kurang selesa arau terbakar sewaktu sapuan larutan yang pertama; apabila larutan TCA bertindak balas pada kulit anda. Semasa tempoh ini, sejenis alat penyejuk yang meniup angin sejuk akan diletakkan ke arah wajah anda, bagi mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan disamping penggunaan cold compresses selepas rawatan bagi tujuan menyejukkan kulit.
Tahap kekuatan larutan chemical peel dan kesannya boleh ditingkatkan dengan menambah beberapa lapisan laritan. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada jenis kulit anda, situasi dan hasil yang diinginkan. Perubahan ketara dapat dilihat selepas setiap rawatan tanpa mengira jenis peel yang digunakan.
Tiada kesan sampingan utama disebabkan rawatan ini. Akan tetapi, rawatan pengelupasan pada kebiasaannya akan menyebabkan sedikit tanda kemerahan dan bersisik dimana ia mengambil masa selama 3-7 hari untuk hilang sepenuhnya.
Kebanyakan individu disaran untuk menjalani sebanyak 2-4 kali rawatan pengelupasan namun ia bergantung kepada keadaan pesakit dan hasil yang diinginkan. Anda boleh merujuk kepada doktor yang bertauliah bagi mendapatkan maklumat mengenai jumlah sesi yang bersesuaian bagi mendapatkan hasil yang optimum. Setiap sesi perlu dijarakkan selama 4 minggu. Anda harus mengurangkan pendedahan kepada cahaya matahari dan menggunakan krim pelindung matahari di atas SPF 30. Gunakan pelembap sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Bagi gred rawatan perubatan skin peel oleh doktor atau pakar, kos rawatan beranggaran di antara RM 450 hingga RM 2,000 bagi setiap sesi. Kos rawatan bergantung kepada jenis peeling yang digunakan sama ada light, medium atau deep.
Rawatan skin peel merupakan sejenis rawatan yang menggunakan sapuan nipis larutan asid di permukaan kulit untuk membuang lapisan luar kulit yang rosak. Kos rawatan di Premier Clinic beranggaran di antara RM 500 setiap sesi bagi seluruh muka dan RM 500 ke atas untuk bahagian badan yang lain. Langkah penjagaan yang rapi dan teratur perlu diambil berat semasa menjalani rawatan ini bagi menghindari kesan-kesan sampingan seperti parut, perubahan pigmen dan sensitiviti kepada cahaya matahari. Oleh itu, rawatan ini perlu dijalankan oleh doktor terlatih atau pakar yang mahir dengan rawatan skin peel ini.
Jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan SKIN PEEL, CHEMICAL PEEL atau mempunyai persoalan mengenai rawatan ini, doktor-doktor kami boleh membantu anda untuk sesi konsultasi perubatan dan juga menentukan jenis rawatan yang terbaik untuk masalah kulit anda.
Anda juga boleh mengunjungi di mana-mana cawangan klinik kami yang terletak di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan KL City untuk sesi temu janji.
WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com
Umumnya, rawatan ini dilakukan setiap 2-3 minggu sehingga mendapat hasil yang diinginkan. Maintenance peels atau dikenali sebagai rawatan pengelupasan berterusan pula boleh dilakukan sebulan sekali.
Rawatan ini mengambil masa lebih kurang 15-20 minit, bergantung kepada saiz dan bahagian yang dirawat.
Skin peel boleh dilakukan pada bahagian muka, leher dan tangan serta badan.
Be the first to know about our time-limited, exclusive promos