SIAPAKAH KAMI

Sebagai salah satu klinik estetik terkemuka di Malaysia, kami di Klinik Premier percaya bahawa semua individu memiliki kulit dan wajah cantik dan misi kami adalah untuk menonjolkan kecantikan dalaman dan luaran anda. Kami berusaha untuk memberikan rawatan terkini dalam bidang perubatan estetik bagi meningkatkan keyakinan semua pesakit kami. Sama ada anda memerlukan perkhidmatan asas atau rawatan yang rumit, pasukan profesional kami yang terlatih akan memastikan anda mendapat rawatan estetik yang terbaik.

Dengan cawangan-cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, serta di KL City, kami berada di lokasi yang strategik untuk melayani anda.

Premier Clinic's Doctors

PENERAJU INOVASI

Dilengkapi dengan teknologi moden dalam perubatan estetik, adalah menjadi visi Klinik Premier untuk membawakan anda prosedur dan perkhidmatan terkini dalam memastikan anda mempunyai sebanyak mungkin pilihan rawatan. Kami mengimport mesin-mesin canggih dan terbaharu bagi membolehkan kami mengaplikasikan teknologi moden kepada pesakit kami.

Kami juga mempunyai pelbagai perkhidmatan dan rawatan untuk mengatasi hampir kesemua ketidaksempurnaan yang mungkin anda miliki. Oleh kerana imej dan keselamatan anda sangat penting bagi kami, kami berhasrat untuk terus berada di hadapan untuk memastikan anda mendapat hasil rawatan yang diinginkan.

PRIVASI DAN KERAHSIAAN

Dengan beberapa pengecualian sahaja, apa-apa perkara yang dibincangkan antara anda dan doktor atau pasukan perubatan kami, menurut undang-undang, akan kekal sebagai rahsia antara anda, pasukan perubatan, dan organisasi kami. Ini dikenali sebagai kerahsiaan antara doktor dan pesakit.

Di Premier Clinic, kami mengutamakan privasi anda. Ini bermakna segala maklumat yang anda kongsikan dengan doktor kami, termasuk sejarah perubatan, keadaan kesihatan semasa, rawatan, dan ubat-ubatan anda, akan disimpan dengan ketat sebagai rahsia. Apa sahaja yang didokumentasikan oleh doktor kami mengenai anda, ubat-ubatan yang diberi, serta semua maklumat peribadi lain, akan kekal sulit. Kami komited untuk memastikan maklumat kesihatan peribadi anda dilindungi dan selamat, memberikan anda ketenangan fikiran sepanjang proses rawatan dan penjagaan anda.

ANDA KEUTAMAAN KAMI

Ramai pesakit merasa risau ketika memilih rawatan estetik, kerana itu, pasukan doktor kami bersedia untuk mengatasi semua kerisauan anda. Bergantung kepada keperluan anda, kami akan memberikan nasihat dan membimbing anda melalui semua pilihan yang ada. Kami akan memastikan bahawa anda benar-benar memahami dan bersetuju dengan kaedah rawatan tertentu sebelum meneruskan dengan pilihan yang anda mahukan.

Tidak pasti rawatan apa yang sesuai untuk anda? Kami akan membentangkan pelbagai pilihan yang ada untuk memberikan anda hasil yang terbaik. Anda tidak suka menjalani pembedahan? Kami mempunyai banyak prosedur yang tidak invasif untuk menangani pelbagai ketidaksempurnaan dan kekurangan, dengan hasil yang tetap sempurna Jangan biarkan rasa takut manghalang anda; kami akan membimbing anda di setiap prosedur. Aturkan temu janji dengan kami hari ini!

NILAI TERAS KAMI

  • Memberi khidmat nasihat yang jujur dan ikhlas kepada semua pesakit kami.
  • Mewujudkan persekitaran yang selesa bagi memastikan pesakit berasa tenang.
  • Memberikan rawatan dan berusaha untuk memberikan penampilan yang diinginkan oleh pesakit.
  • Membantu pesakit menyerlahkan keremajaan kulit mereka.
  • Menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan menyeronokkan, menanam semangat berpasukan, muhibah dan nilai baik untuk semua rakan kongsi dan pekerja kami.
PREMIERX- BEST LOYALTY REWARD PROGRAM AMONG AESTHETIC CLINIC IN MALAYSIA

Premier X

PROGRAM GANJARAN KESETIAAN TERBAIK ANTARA KLINIK ESTETIK DI MALAYSIA

PremierX adalah program ganjaran kesetiaan yang menawarkan faedah dalam bentuk pulangan tunai kepada pelanggan setia kami. Pelanggan kami akan diberi ganjaran berdasarkan urusniaga terkumpul 1 tahun sebelumnya, dari 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun.

Program ini adalah terbuka untuk semua pelanggan dan pesakit yang telah bersama kami selama ini. Ia adalah hadiah terbaik sebagai ganjaran untuk kesetiaan anda bersama kami.

Join The Beauty Loop

Be the first to know about our time-limited, exclusive promos