Get your FREE LED phototherapy session
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu 中文
  • Bahasa Melayu English
BOOK NOW
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
Home
Treatments
Mesotherapy : Rawatan Rambut Gugur & Eyebag

Mesotherapy : Rawatan Rambut Gugur & Eyebag

  • Apa itu Mesotherapy
  • Bagaiamana Mesotherapy berfungsi
  • Kebaikan Mesotherapy
  • Masalah yang boleh diatasi
  • Procedure videos
  • Langkah penjagaan semasa rawatan
  • Kesan sampingan rawatan
  • Tempoh masa pemulihan rawatan
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After
Jump To ...
  • Apa itu Mesotherapy
  • Bagaiamana Mesotherapy berfungsi
  • Kebaikan Mesotherapy
  • Masalah yang boleh diatasi
  • Procedure videos
  • Langkah penjagaan semasa rawatan
  • Kesan sampingan rawatan
  • Tempoh masa pemulihan rawatan
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After

Apa itu Mesotherapy?

WHAT IS MESOTHERAPY

Mesotherapy atau mesoterapi pertama kali diperkenalkan di negara Perancis, dimana ia  boleh merawat pelbagai masalah kulit. Mesotherapy adalah sejenis cecair yang mengandungi asid amino, ubat-ubatan, vitamin, dan mineral yang akan disuntik ke dalam lapisan kulit paling atas dan juga lapisan tengah. Rawatan ini menggunakan vitamin untuk meremajakan semula dan mengetatkan kulit serta membuang lemak berlebihan.

Bagaimana Rawatan Mesotherapy berfungsi?

Kaedah suntikan mikro akan digunakan untuk memasukkan larutan cecair ini ke kawasan yang anda inginkan. Kemudian, ianya akan bertindak mengaktifkan sesi pemulihan sel badan dan peremajaan semula kulit. Proses ini juga mewujudkan laluan-laluan kecil di dalam sel kulit di mana ia membantu meningkatkan pengeluaran kolagen dan elastin sekaligus membantu proses pemulihan. Selain itu, mesotherapy juga boleh menyelesaikan isu-isu perubatan seperti kitaran darah tidak stabil dan keradangan yang menyebabkan kulit rosak.

Mesotherapy sangat popular dalam kalangan masyarakat kerana ianya tidak memerlukan proses pembedahan serta fungsinya yang serba boleh dalam menyelesaikan pelbagai masalah.

MESOTHERAPY  MESOTHERAPY  MESOTHERAPY

Kebaikan Rawatan Mesotherapy

Mesotherapy menawarkan pilihan alternatif  bagi pesakit yang mencari rawatan selain pembedahan. Ianya juga boleh merawat pelbagai jenis masalah dengan hanya satu sumber. Cecair yang digunakan boleh diubah suai bergantung kepada kondisi pesakit mahupun keperluan kulit pesakit, di mana ia sama sekali berbeza dengan krim yang hanya menggunakan satu formula. 

Kebaikan mesotherapy yang lain termasuk: 

  • Mencairkan lemak di bahagian perut, peha, punggung, pinggul, kaki, tangan dan muka
  • Mengurangkan selulit
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus
  • Mengetatkan & menegangkan kulit
  • Membaik-pulih bentuk badan 
  • Mencerahkan kulit 
  • Mengurangkan rambut gugur dan kebotakan 
  • Meratakan tekstur kulit

MESOTHERAPY  MESOTHERAPY

 Cellulite

MASALAH APA YANG BOLEH DIATASI?

MESOTHERAPY

Rambut Gugur/ Botak

Kebiasaannya, rambut akan gugur disebabkan proses penuaan, hormon yang tidak stabil, masalah kesihatan dan juga genetik. Gumpalan rambut boleh jatuh dan dilihat ketika mandi mahupun bersikat. Hal ini disebabkan oleh liang pori rambut yang semakin membesar dan longgar. Adalah sangat penting untuk sentiasa memeriksa bahagian permukaan kulit kepala, masalah tiroid atau masalah kulit yang lain yang mana mungkin boleh mempercepat dan mengakibatkan rambut gugur.

Rawatan rambut gugur mesotherapy menumpukan larutan cecair yang mengandungi asid amino, vitamin, mineral dan lain-lain zat kepada kawasan rambut gugur.Ini membantu merawat kulit kepala dan mengurangkan rambut gugur. Ia juga menggalakkan pengaliran darah di bahagian kulit kepala agar membantu akar rambut tumbuh lebih subur dan cepat.

Dull skin

Kulit Kusam

Ada beberapa faktor yang menyebabkan kulit menjadi kusam. Salah satu daripadanya adalah kurang rehat (tidur kurang dari 7 jam setiap malam). Situasi ini adalah normal dalam kalangan masyarakat bekerja yang sibuk dengan kerja dan komitmen seharian, dimana hanya sedikit masa sahaja yang diperuntukkan untuk waktu rehat. Hali ini  menyebabkan kulit kelihatan kusam dan menunjukkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan, lingkaran gelap bawah mata, ‘eyebag’, dan simptom kulit yang lain. Tona kulit akan tampak lebih gelap, menyebabkan anda kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Suntikan mesotherapy ini membantu meningkatkan kualiti kulit, mencerahkan muka dan tona kulit agar tampak lebih sekata.

Pores

Liang Roma Besar / Tekstur Kulit

Bagi mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak, liang roma mereka biasanya besar, disebabkan oleh sebum dan kotoran yang terkumpul. Hal ini menyebabkan struktur kulit hilang keupayaan untuk kembali kepada saiz dan bentuk asalnya disebabkan oleh kolagen yang hilang dalam proses penuaan. Keadaan ini secara langsung menyebabkan liang roma mengembang, menjadikannya lebih besar dari keadaan biasa. Kaedah rawatan mesotherapy menggunakan jarum yang bersaiz kecil untuk menyuntik larutan nutrien yang diperlukan terus ke dalam lapisan kulit. Hal ini akan membantu mengembalikan keupayaan kulit untuk mengecil kembali kepada saiz asalnya.

eye bags and dark eye circles

Lingkaran Bawah Mata/ Kelopak Mata

Eyebag dan lingkaran gelap bawah mata merupakan  masalah yang biasa dialami oleh masyarakat pada hari ini. Rata-rata mereka berumur 20 tahun ke atas dan mereka mengalaminya sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Punca utama masalah eyebag ini adalah kurang tidur, rehat dan bersenam, ditambah  dengan diet yang kaya dengan garam, menyebabkan mata menjadi sembab. Mata yang sembab menyebabkan kulit bawah mata meregang – punca kepada eyebag dan lingkaran gelap bawah mata. Suntikan mesotherapy akan menyebabkan sel-sel lemak bawah mata hilang di mana ia  diserap oleh badan secara semulajadi.

Wrinkles

Kedutan / Garis Halus

Seiring dengan pertambahan usia, kulit akan menampakkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis halus. Kulit akan kelihatan lebih kering dan kurang anjal – disebabkan oleh elastin dan kolagen yang berkurang. Kedua-dua elemen ini adalah komponen penting yang menghubungkan sel-sel kulit dan melambatkan proses penuaan. Tanpanya, kedutan dan garis-garis halus akan membentuk. Dengan bantuan rawatan suntikan mesotherapy yang mengandungi nutrien penting dapat membantu kulit menjadi sihat dan tampak lebih muda.

Facial Sculpting

Pembentukan Wajah

Rawatan mesotherapy dapat membantu anda untuk mendapatkan bentuk wajah yang diidamkan seperti berbentuk-V atau tulang pipi yang lebih ketara. Rawatan ini berfungsi dengan mengurangkan sel-sel lemak di pipi yang tembam sekaligus menaikkan penampilan tulang pipi.

Cellulite

Selulit

Selulit merupakan hasil daripada lapisan lemak di bawah kulit. Ianya mengakibatkan kulit anda nampak beralun dan tidak sekata. Dengan bantuan rawatan mesotherapy, ia membantu mengurangkan lapisan lemak ini dengan suntikan yang tertumpu kepada kawasan tersebut. Hasil daripada rawatan mesotherapy ini boleh dilihat seawal seminggu dari tarikh rawatan.

Watch How the Procedure is Done

Play Video
Play Video
×

Langkah Penjagaan Semasa Rawatan Mesotherapy

Kesan alergi mungkin terjadi sekiranya anda mempunyai alergi terhadap bahan-bahan semulajadi dalam rawatan ini. Maka, anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk mengetahui jika anda ada terdedah kepada alergi sebelum menjalani prosedur.

Kesan Sampingan RawatanMesotherapy

Rawatan ini adalah tidak menyakitkan akan tetapi pesakit akan merasai sedikit ketidak selesaan selepas rawatan. Ubat kebas akan digunakan bagi mengurangkan kesakitan tersebut. Kesan kemerah-merahan, bengkak dan lebam mungkin berlaku, akan tetapi ianya akan berkurang dan mula hilang selepas 24 jam. Bergantung kepada keadaan kulit anda, kesannya akan berlanjut kepada 2 hari, tetapi keadaan ini adalah bergantung kepada individu itu sendiri.

Tempoh Pemulihan Rawatan Mesotherapy

Salah satu kelebihan mesotherapy adalah ianya tidak memerlukan tempoh masa yang panjang untuk pulih.

MESOTHERAPY  MESOTHERAPY  MESOTHERAPY

KOS RAWATAN?

Kos rawatan mesotherapy bergantung kepada kawasan rawatan dan berapa sesi yang diperlukan untuk mendapatkan hasil yang elok. Secara umumnya, anda boleh mendapatkan rawatan ini bermula dengan harga RM400 – RM2500 per sesi rawatan.

Di Premier Clinic, kami menawarkan harga rawatan sebanyak RM500 per sesi. Setiap sesi rawatan akan dipantau, di konsultasi dan didiagnos oleh doktor kami terlebih dahulu. Doktor kami akan melihat hasil daripada sesi sebelumnya untuk mengetahui sejauh mana ianya memberi kesan kepada anda. Doktor-doktor kami adalah berpengalaman dan telah menjalankan beratus rawatan mesotherapy.

MESOTHERAPY

DI MANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN RAWATAN INI?

Kami di Premier Clinic bersedia membantu merawat masalah anda. Untuk info yang lebih lanjut mengenai rawatan MESOTHERAPY, anda boleh datang dan berjumpa dengan doktor -doktor kami. Doktor kami menawarkan sesi konsultasi tanpa sebarang komitmen untuk mendapatkan rawatan ini. Pasukan khidmat pelanggan kami bersedia menjawab persoalan and dari 8am ke 12 tengah malam setiap hari.

Atau, anda juga boleh terus datang ke klinik-klinik kami yang terletak Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan KL City untuk mendapatkan slot perjumpaan bersama doktor. Sila hubungi kami untuk lebih info.

Whatsapp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2094 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

Sebelum & Selepas Mesotherapy

Before & After Mesotherapy
MESOTHERAPY
Before & After Mesotherapy
Before & After ONDA Coolwaves
Before & After Mesotherapy

Frequently Asked Questions

Berapa lama masa yang diambil untuk saya melihat hasil rawatan?

Hasil rawatan adalah bergantung kepada keadaan individu dan masalah yang dirawat. Kebiasaannya, pesakit boleh melihat kesannya dalam 2-3 sesi. Untuk sesetengah rawatan, hasilnya boleh dilihat selepas sesi pertama.

Adakah rawatan ini menyakitkan?

Anda mungkin merasai sedikit rasa ketidakselesaan seperti rasa cubitan dan panas ketika jarum masuk ke kulit anda. Doktor akan memberi anda sedikit ubat bius untuk mengurangkan rasa sakit ketika rawatan dan meningkatkan hasil rawatan.

Adakah mesotherapy menyebabkan kulit anda kelihatan lebih elok?

Ya, mesotherapy adalah teknik estetik yang
mengaktifkan fibroblast yang menghasilkan kolagen dan elastin di bawah lapisan kulit. Rawatan ini akan membekalkan nutrien kepada fibroblast mengikut umur dan kondisi pesakit.

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  • https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3513770/
  • https://www.stylecraze.com/articles/mesotherapy-for-face/#gref
  • http://www.pinnaclefigure.com/how-mesotherapy-injections-help-in-treating-wrinkles-and-facial-imperfections/
  • http://www.mesotherapy.com/faq/
  • https://www.harpersbazaar.com/uk/beauty/skincare/a22726814/mesotherapy-dr-dray-review/
  • https://www.glamourmagazine.co.uk/article/what-is-mesotherapy
  • https://www.byrdie.com/mesotherapy
  • https://www.healthline.com/health/mesotherapy#preparation
  • https://www.webmd.com/diet/features/french-way-to-lose-weight#1
  • https://www.medicalnewstoday.com/articles/95640.php

About Us

Merupakan klinik kecantikan estetik terulung di Malaysia, Premier Clinic percaya bahawa setiap individu mempunyai kecantikan dan kami berazam untuk menonjolkan kecantikan tersebut. Kami berusaha untuk menyediakan rawatan perubatan estetik termaju bagi meningkatkan keyakinan dan penampilan pesakit. Tidak kiralah sama ada anda memerlukan perkhidmatan yang ringkas mahu pun yang rumit, kami sedia melayani anda dengan perkhidmatan yang disediakan melalui kakitangan terlatih dan profesional kami bagi memberikan penjagaan estetik yang terbaik.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Ask us anything about Price or Procedure!
      Click to start chat