Get your FREE LED phototherapy session
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu English
  • Bahasa Melayu 中文
BOOK NOW
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
Home
Treatments
Terapi Sel Tunjang (Kintaro)

Terapi Sel Tunjang (Kintaro)

  • Apa itu Terapi Sel Tunjang Kintaro
  • Bagaimana Rawatan Kintaro berfungsi
  • Kebaikan Rawatan Kintaro
  • Procedure videos
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Tempoh pengawawan Rawatan Kintaro
  • Kesan sampingan Rawatan Kintaro
  • Tempoh kesan rawatan Kintaro
  • Kos rawatan Kintaro
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
Jump To ...
  • Apa itu Terapi Sel Tunjang Kintaro
  • Bagaimana Rawatan Kintaro berfungsi
  • Kebaikan Rawatan Kintaro
  • Procedure videos
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Tempoh pengawawan Rawatan Kintaro
  • Kesan sampingan Rawatan Kintaro
  • Tempoh kesan rawatan Kintaro
  • Kos rawatan Kintaro
  • Lokasi perkhidmatan rawatan

Apa itu Terapi Sel Tunjang Kintaro?

Kintaro Stem Cell Therapy

Sel tunjang adalah sel yang tidak mempunyai peranan tertentu dalam tubuh badan kita. Kebanyakan sel tunjang boleh dijumpai dalam tali pusat atau tulang sum-sum. Sel tunjang boleh digunakan di bahagian-bahagian badan tertentu untuk membaikpulih dan menjadikan sistem tubuh lebih baik. Sel tunjang adalah sel ‘permulaan’ yang boleh diproses kepada pelbagai bentuk dan fungsi semasa pertumbuhan awal. Sel tunjang boleh membahagi dan menghasilkan ‘sel anak’ yang baharu yang boleh membantu dalam membaikpulih fungsi tubuh seperti otak, pembuluh darah, atau kecederaan tulang.

Terapi Sel Tunjang Kintaro mempunyai ciri-ciri tersendiri dimana ia diekstrak dari tulang sum-sum penderma yang sihat. Sel tunjang menggunakan Mesenchymal Stem Cells (MSCs) yang mampu menghasilkan sistem sel tunjang yang berbeza. Sel tunjang juga berupaya membahagi kepada beberapa sel dan membentuk pelbagai tisu seperti tulang dan tulang rawan.

Sel tunjang Kintaro Mesenchymal mempunyai keupayaan untuk membentuk semula (recreating) yang boleh membantu membaikpulih organ yang lebih besar. Ini menjadikannya mampu merawat penyakit seperti penyakit jantung, penyakit hati, kencing manis, penyakit berkaitan saraf, masalah tulang, alergi dan masalah mata.

Keupayaan sel tunjang Kintaro Mesenchymal dalam memulih dan meremajakan kulit membolehkan terapi ini digunakan dalam rawatan anti-penuaan, rawatan pencegahan dan rawatan kecantikan yang melibatkan proses mengurangkan kedutan, merawat parut, membaikpulih tona kulit, meremajakan dan menyegarkan kulit.

Kintaro Stem Cell Therapy  

Bagaimana Terapi Sel Tunjang Kintaro berfungsi?

Sel tunjang Kintaro yang telah diproses akan disuntik ke dalam tubuh pesakit dalam masa 48 jam setelah diambil daripada penderma. Ini bertujuan untuk mengekalkan kesegaran sel dan sel dapat bertahan lama sekaligus memastikan keberkesanan terapi ini. Sel tunjang Kintaro menghasilkan hormon, faktor pertumbuhan, dan kompleks imun dalam kuantiti yang besar dan aktif secara organik. Bahan-bahan ini kemudiannya mengaktifkan sel tunjang masing-masing bagi menggantikan sel-sel yang telah rosak. Sel tunjang Kintaro juga mencetuskan pembentukan fibroblasts yang menghasilkan kolagen dan elastin yang membantu meremajakan kulit dan mengurangkan kedutan.

Benefits of Celebre Placenta & Stem Cell  Benefits of Celebre Placenta & Stem Cell

Kebaikan Terapi Sel Tunjang Kintaro

Sel Tunjang Kintaro mempunyai keupayaan menjana semula sel yang mampu membantu meningkatkan fungsi tubuh. Kebaikan terapi sel tunjang adalah membantu membaikpulih sistem tubuh dan meningkatkan kesejahteraan tubuh secara menyeluruh dari dalam. Terapi Sel Tunjang Kintaro membantu dalam:

Heart Disease

Penyakit Jantung

Terapi Sel Tunjang Kintaro membantu merawat masalah pembuluh darah seperti serangan jantung dan kegagalan jantung. Terdapat beberapa kajian dan ujian klinikal dibuat bagi membuktikan bahawa terapi sel tunjang adalah berkesan secara saintifik untuk pesakit jantung. Sehingga hari ini, semua pesakit kami menunjukkan peningkatan selepas menerima rawatan dengan kami.

 

Bioidentical Hormones & Anti-aging

Anti-Penuaan dan Terapi Pencegahan

Dengan keupayaannya dalam membantu menjana semula sel tubuh, sel tunjang Kintaro mampu bertindak merawat tanda-tanda penuaan. Sebaik sahaja fungsi tubuh semakin merosot, sel tunjang akan mengesan bahagian yang rosak dan mengaktifkan penghasilan sel baharu dan sihat akan berlaku serta merta. Hasilnya, terapi ini membantu meningkatkan penampilan anda dari akar rambut ke  hujung kulit, meningkatkan tahap tenaga dan juga kekuatan otot.

 

Kidney Disease

Penyakit Buah Pinggang

Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan bahawa Mesenchymal Stem Cells (MSCs) seperti Sel Tunjang Kintaro menggalakkan dan merangsang sel buah pinggang, atau menggantikan sel tisu yang rosak. Hasilnya, buah pinggang kembali berfungsi dengan baik. Pesakit buah pinggang yang menjalani terapi Sel Tunjang Kintaro telah merekodkan peningkatan sehingga 30% selepas menerima rawatan.

 

Benefits of Celebre Placenta & Stem Cell

Masalah Saraf

Pesakit yang mengalami strok, kecederaan otak dan penyakit lain yang berpunca daripada sistem saraf tunjang juga boleh mendapat kebaikan dari Mesenchymal Stem Cells (MSCs). Pesakit yang mempunyai penyakit seperti di atas mengatakan bahawa mereka menjadi kurang letih dan psikologi serta emosi mereka juga lebih stabil. MSCs juga memberi kesan terapeutik yang meningkatkan koordinasi, sistem musculoskeletal, dan kemahiran motor.

 

Liver Disease

Penyakit Hati

Terdapat banyak kajian yang membuktikan bahawa MCSs seperti suntikan Sel Tunjang Kintaro membantu menyembuhkan penyakit hati seperti cirrhosis. Sel Tunjang Kintaro membantu menjana semula hati dan menggantikan sel yang berpenyakit dengan sel yang lebih sihat. Ini membantu hati untuk terus memainkan peranan pentingnya dalam mengekalkan tahap metabolisma di dalam tubuh.

 

Diabetes

Kencing Manis (Diabetes)

Selain berupaya menjana sel baharu, Sel Tunjang Kintaro juga mengawal sistem metabolisma tubuh supaya pankreas dapat menghasilkan insulin dengan baik. Kehadiran insulin yang optimum dapat membantu mengurangkan simptom kencing manis. Hasilnya, fungsi jantung dapat ditingkatkan dan tahap gula dalam darah dapat dikurangkan.

 

Benefits of Celebre Placenta & Stem Cell

Lain-lain

Terapi Sel Tunjang Kintaro juga bermanfaat dalam merawat masalah tulang, penyakit kronik, alergik, masalah mata, dan lain-lain.

Watch How the Procedure is Done

Play Video
Play Video
Play Video
×

MASALAH YANG BOLEH DIBANTU

Penuaan

Semua orang menginginkan & mengimpikan masa tua yang indah namun impian ini tidak semudah yang disangka. Proses penuaan akan memperlahankan sistem metabolisma anda. Ini mengakibatkan sistem tubuh anda juga menjadi perlahan. Proses penuaan akan memperlahankan kadar degupan jantung anda, sistem penapisan buah pinggang, ketegangan kulit, fungsi otak dan kadar ketumpatan tulang.

Dalam usaha untuk memperlahankan kesan buruk akibat proses penuaan, rawatan perubatan yang berasaskan penjanaan semula sel seperti terapi sel tunjang adalah sangat sesuai.

Kintaro Stem Cell Therapy

Di Klinik Premier, rawatan ini boleh dilakukan dalam beberapa kaedah termasuklah:

Kaedah Intravena

Titisan intravena (IV drip) boleh digunakan dalam Terapi Sel Tunjang Kintaro dimana sel tunjang ini boleh membaikpulih bahagian organ dan tisu yang telah rosak. Sel Tunjang Kintaro juga bersifat anti-oksida.

Suntikan

Kaedah suntikan sangat popular dalam rawatan sel tunjang. Kaedah ini sangat berkesan dalam mendapatkan hasil yang optimum dengan merawat bahagian badan yang bermasalah secara langsung.  .

Terapi Sel Tunjang Kintaro untuk anti-penuaan direka untuk meminimumkan simptom penyakit kronik yang sedia ada dan meningkatkan sistem imun tubuh serta keupayaan untuk menyesuaikan diri. Rawatan ini tidak boleh menghalang proses penuaan dari berlaku, akan tetapi boleh membantu meningkatkan dan menggantikan sel-sel tubuh yang telah rosak.

Kintaro Stem Cell Therapy    

Tempoh Pengawasan Keselamatan Semasa Melakukan Terapi Sel Tunjang Kintaro

Pesakit diminta & disaran untuk menghindari pengambilan alkohol selama 3 hari serta dilarang melakukan senaman berat sebelum rawatan.

Kesan Sampingan Terapi Sel Tunjang Kintaro

Terapi Sel Tunjang Kintaro adalah 100% selamat, TIDAK mempunyai apa-apa risiko kesihatan dan jelas TIDAK memberikan kesan sampingan kerana sel tunjang tulang sum-sum diambil dari penderma yang sihat.

Penggunaan Terapi Sel Tunjang Kintaro untuk rawatan anti-penuaan sangat menakjubkan kerana ia mampu meningkatkan kualiti hidup anda dan menyumbang kepada kesihatan tubuh anda secara menyeluruh sekaligus menjadikan anda kelihatan muda dan bertenaga.

KINTARO STEM CELL THERAPY  KINTARO STEM CELL THERAPY  KINTARO STEM CELL THERAPY

Jangkaan Tempoh Kesan Rawatan Terapi Sel Tunjang Kintaro

Terapi Sel Tunjang Kintaro tidak mempunyai jangkaan tempoh kesan rawatan. Akan tetapi, pesakit dinasihatkan untuk menjalani rawatan berjarak 1 bulan, 3 bulan atau 6 bulan, bergantung kepada nasihat doktor dan juga kesan ke atas tubuh selepas rawatan yang sebelumnya.

Kos Rawatan Terapi Sel Tunjang Kintaro

Terapi sel tunjang merupakan hasil kajian saintifik yang memberi harapan dalam membantu memperlahankan kesan proses penuaan. Secara umumnya, bayaran bagi rawatan ini adalah antara RM50,000 hingga RM150,000 per sesi. Kos rawatan adalah berbeza bergantung kepada sumber sel tunjang diekstrak, lokasi makmal, tempat rawatan dilakukan, dan tahap perkembangan sel.

Bayaran bagi Terapi Sel Tunjang Kintaro secara suntikan di Klinik Premier adalah sekitar RM 98,000 ke atas. Sebelum sebarang bayaran dikenakan, doktor kami akan menilai tahap kesihatan anda terlebih dahulu, menjelaskan dengan terperinci tentang rawatan ini, dan memberikan pencerahan yang menyeluruh tentang sumber sel tunjang yang diekstrak sebelum sel tersebut disuntik ke dalam tubuh anda. Faktor yang paling penting adalah sel tunjang berkenaan perlu disuntik dalam masa 48 jam selepas diesktrak dari sumber.

KINTARO STEM CELL THERAPY

DI MANAKAH UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN INI?

Adakah anda menginginkan pengalaman Terapi Sel Tunjang Kintaro ini sebagai satu pengalaman yang menenangkan? Klinik Premier menawarkan ruang terapi yang tenang dan luas dengan fasiliti yang selesa.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Terapi Sel Tunjang Kintaro atau terapi sel tunjang untuk anti-penuaan di Malaysia, anda boleh hubungi kami untuk menempah sesi RUNDINGAN. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar perubatan sebelum menjalani rawatan. Doktor akan menasihatkan anda tentang kaedah rawatan mengikut umur dan keadaan kesihatan anda serta beberapa syarat lain.

Anda juga boleh mengunjungi klinik kami di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan Kuala Lumpur untuk membuat temu janji. Sila hubungi kami untuk mendapatkan info lebih lanjut:

WhatsApp: https://wa.me/60126625552?text=TreatmentInfo
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2094 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

Frequently Asked Questions

Berapa lama rawatan ini dijalankan?

Secara keseluruhan, bermula dari sesi rundingan sehingga suntikan dilakukan mengambil masa 2 hingga 7 hari. Semasa sesi rundingan, doktor akan mengambil sampel darah anda dan ujian dilakukan. Proses ini mengambil masa 2 hari. Kemudian, keputusan ujian darah akan dihantar ke ibu pejabat Kintaro untuk proses pengekstrakan sel tunjang yang sepadan.

Sel tunjang yang diekstrak akan dihantar terus ke Klinik Premier dalam masa 2 hari atau 48 jam bagi menjamin keputusan terbaik untuk anda selepas rawatan.

Adakah kesan rawatan ini kekal?

Kesan dari rawatan Sel Tunjang Kintaro akan kekal selamanya walaupun sebilangan sel akan mati secara semulajadi. Walau bagaimanapun, proses ini sangat perlahan dan tidak akan menjejaskan aktiviti harian anda.

Pesakit yang pernah menerima Sel Tunjang Kintaro dinasihatkan untuk melakukan rawatan sekali setahun untuk mengekalkan kesihatan mereka.

Adakah waris saya boleh menjadi penderma saya?

Ya, penderma anda boleh datang dari kalangan waris anda sekiranya mereka memenuhi kriteria. Walau bagaimanapun, untuk pilihan yang lebih selamat kami akan mencadangkan penderma Kintaro.

Bagaimana sekiranya saya tidak sesuai untuk menerima rawatan ini?

Sel Tunjang Kintaro sesuai untuk kebanyakan orang. Walau bagaimanapun, sekiranya anda didapati tidak sesuai terdapat banyak lagi rawatan lain yang boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan anda.

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  1. www.kintaro.family
  2. www.kintarocells.com/benefits
  3. www.yourgenome.org
  4. https://kintarocells.com/
  5. https://www.businessinsider.my/kintaro-cells-power-establishes-new-partnership-with-tokyo-medical-university-to-advance-stem-cell-research/

About Us

Merupakan klinik kecantikan estetik terulung di Malaysia, Premier Clinic percaya bahawa setiap individu mempunyai kecantikan dan kami berazam untuk menonjolkan kecantikan tersebut. Kami berusaha untuk menyediakan rawatan perubatan estetik termaju bagi meningkatkan keyakinan dan penampilan pesakit. Tidak kiralah sama ada anda memerlukan perkhidmatan yang ringkas mahu pun yang rumit, kami sedia melayani anda dengan perkhidmatan yang disediakan melalui kakitangan terlatih dan profesional kami bagi memberikan penjagaan estetik yang terbaik.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service (Available 24 HOURS)
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Ask us anything about Price or Procedure!
      Click to start chat