DR CHEN TAI HO
Dr Chen Tai Ho merupakan Pengasas Klinik Premier Malaysia. Dengan fokus yang tinggi untuk menyediakan perkhidmatan estetik berkualiti tinggi, Dr Chen mengasaskan Klinik Premier pada Mei 2014. Berkat sokongan berterusan dari para pelanggan, Klinik Premier kini mempunyai 5 cawangan.
Sehingga kini, Klinik Premier mempunyai 8 orang doktor yang sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan. Klinik Premier menawarkan pelbagai rawatan estetik.
Dr Chen adalah nama yang tidak asing lagi dalam kalangan komuniti estetik di Malaysia. Sebelum menubuhkan rangkaian Klinik Premier, beliau mengasaskan Mediviron UOA Clinic yang mana sangat maju di bawah pimpinannya.
PENTAULIAHAN
Memperolehi dwi ijazah iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan (dengan Kepujian) dan Ijazah Perubatan (MD) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Chen membuktikan tekad dan kerja keras menjadi komponen penting dalam kejayaan beliau.
Meneruskan minat beliau dalam bidang estetik, beliau kemudiannya memperolehi Sijil Perubatan Estetik dari American Academy of Aesthetic Medicine (AAAM) dan menamatkan pengajiannya dalan Diploma Perubatan Estetik.
Dengan pengalaman lebih dari 18 tahun, Dr Chen Tai Ho adalah doktor estetik yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
HEBAHAN MEDIA
Sebagai nama yang tidak asing lagi dalam industri estetik & bidang kesihatan, Dr Chen sering diundang sebagai kolumnis dalam surat khabar seperti The Star (sejak 2014) dan dipaparkan di The Edge dan Kosmo. Dr Chen juga muncul di media arus perdana dalam wawancara bersama Astro, TV 1 dan NTV 7.
Kami bangga dengan dasar kerahsiaan pesakit-doktor kami dan kami melindungi maklumat anda. Kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga.
KEANGGOTAAN PROFESIONAL
Dengan misi untuk menyumbang kepada kejayaan amalan estetik di Malaysia, Dr Chen menyertai Persatuan Anti-Penuaan, Estetik & Perubatan Regeneratif Malaysia (SAAARM) dan Persatuan Perubatan Estetik Malaysia (MSAM) sebagai ahli.
Dr Chen juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan pertubuhan amal seperti Pertiwi Soup Kitchen dan Pit Stop Center di mana beliau memberikan perkhidmatan perubatan percuma.
MINAT PERIBADI
Walaupun sibuk dan jarang mendapat cuti, Dr Chen akan mengambil peluang meneroka dunia dan mengenali budaya dan masyarakat setempat. “Sekiranya prosedur estetik meningkatkan penampilan luar anda, melancong adalah cara untuk memperkaya kecantikan dalaman seseorang,” kata Dr Chen.
Selain menjadikan percutian sebagai cara melepaskan tekanan dan memperoleh perspektif baru dalam kehidupan, beliau juga sukakan aktiviti lasak. Sekiranya bernasib baik, anda mungkin terserempak dengan beliau melakukan parasailing di Phuket atau Bungee Jumping di Australia!