Terdapat banyak ubatan semula jadi yang boleh memberi kulit khasiat dalaman yang diperlukan untuk kulit kelihatan sihat. Berikut adalah cara semula jadi yang mudah untuk menghilangkan dan mencerahkan kulit kusam.

Lemon – Menggunakan lemon sebagai pembersih adalah cara yang baik untuk memulakan hari. Lemon yang kaya dengan vitamin C, antioksida dan anti-radang membantu dalam mencegah penuaan pramatang daripada berlaku.
Gula – Skrub kulit anda dengan gula sememangnya bagus untuk kulit kusam. Ia membantu mengelupaskan sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan semula sel kulit baru.
Madu – Terdiri daripada sifat antioksida, anti-radang dan pencerahan kulit. Ia boleh digunakan sebagai pupur (masker) untuk mencerahkan kulit. Memandangkan lemon digunakan sebagai agen peluntur, madu digunakan untuk menenangkan kulit, menjadikannya berseri.
Coklat – Makan atau jadikannya pupur muka (mask). Pilih coklat paling gelap yang terdapat di pasaran. Coklat dipenuhi dengan antioksida yang secara semula jadi membantu dalam penyembuhan kulit. Dengan memakainya sebagai pupur muka (mask), antioksida dalam koko membersihkan kulit, menjadikannya segar dan sihat lalu menghapuskan kulit yang kering dan kusam.
Badam – Packed with moisturising and nourishing properties. It can help in enhancing skin complexion, rejuvenating new and healthy skin.
Coconut oil – Hydrates skin as it helps in keeping your skin from dullness. A healthy dose of moisture in the skin improves its appearance and health.
Strawberi – Strawberi adalah snek yang sempurna kerana ia kaya dengan vitamin C, serat dan rendah gula. Sifat antioksida menghilangkan kedutan, garis halus dan bintik hitam sambil mengekalkan keanjalan dan kelembutan kulit. Pengambilan strawberi secara konsisten sama ada memakannya atau menggosokkannya ke kulit membantu menjadikan kulit lebih berseri.
Yogurt – Mengandungi pelindung matahari semula jadi dan agen pembersih yang menjadikan kulit selembut sutera dan licin.
Jus limau nipis – Sama seperti lemon, limau berfungsi sebagai agen detoksifikasi yang membantu mengekalkan keserian muka yang semula jadi. Limau nipis mempunyai sifat antibakteria dan antiseptik yang membantu mengecilkan pori-pori dan menghapuskan sel kulit mati lalu menghasilkan kulit yang lebih cerah dan sihat.
