Get your FREE LED phototherapy session
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu English
  • Bahasa Melayu 中文
BOOK NOW
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
Home
Treatments
SilkPeel Dermalinfusion (Rawatan Pengelupasan Basah SilkPeel)

SilkPeel Dermalinfusion (Rawatan Pengelupasan Basah SilkPeel)

  • Apa itu SilkPeel Dermalinfusion
  • Bagaimana SilkPeel Dermalinfusion berfungsi
  • Kebaikan SilkPeel Dermalinfusion
  • Masalah yang boleh dirawat
  • Procedure videos
  • Langkkah keselematan rawatan SilkPeel Dermalinfusion
  • Kesan sampingan SilkPeel Dermalinfusion
  • Tempoh pemulihan rawatan SilkPeel Dermalinfusion
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After
Jump To ...
  • Apa itu SilkPeel Dermalinfusion
  • Bagaimana SilkPeel Dermalinfusion berfungsi
  • Kebaikan SilkPeel Dermalinfusion
  • Masalah yang boleh dirawat
  • Procedure videos
  • Langkkah keselematan rawatan SilkPeel Dermalinfusion
  • Kesan sampingan SilkPeel Dermalinfusion
  • Tempoh pemulihan rawatan SilkPeel Dermalinfusion
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After

Apa itu SilkPeel Dermalinfusion?

SilkPeel & Dermalinfusion

Silkpeel Dermalinfusion adalah rawatan pengelupasan inovatif yang meransang pengeluaran kolagen yang baharu sambil memberikan rawatan cecair yang meresap jauh ke lapisan kulit. Prosedur Silkpeel Dermalinfusion ini menggunakan berlian gred perubatan untuk menghilangkan sel-sel kulit mati, mengurangkan pigmentasi di atas kulit dan mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.

Cecair solusi digunakan semasa rawatan silk peel yang meresap jauh ke dalam lapisan kulit menjadikan kulit kelihatan lebih sihat dan segar.

Bagaimana Silkpeel Dermalinfusion Berfungsi?

Sama dengan teknik peremajaan kulit tanpa sayatan (microdermabrasion), Silkpeel Dermalinfusion dapat menghilangkan lapisan atas kulit untuk membantu menghilangkan sel kulit mati yang ada. Tekanan vakum menyedut kulit ke dalam ruang, yang mana kepala berlian digunakan untuk mengikis kulit samada dengan lembut atau kuat bergantung pada intensiti yang ditetapkan.

Kaedah ini mengatasi tahap dalam teknik peremajaan kulit mikrodermabrasi kerana ia memasukkan larutan topikal ke lapisan kulit yang lebih dalam, tepat di mana sel-sel kulit baru terbentuk untuk menggantikan yang lama. Ini juga mengaktifkan semula penghasilan kolagen baharu pada kulit, yang sangat penting bagi memperbaiki kulit. Dengan lapisan kulit dan kolagen yang baru dihasilkan, selulit pada kulit tua akan berkurangan dan kulit anda akan terasa halus dan sihat, serta kelihatan lebih muda.

SilkPeel & Dermalinfusion

Rawatan muka kusam ini akan membantu menyihatkan semula kulit anda, sementara kaedah topikal membolehkan anda melihat perubahan selepas sesi pertama. Rawatan seterusnya akan membantu memperbaiki kulit anda, dengan tempoh penjarakkan masa selama 2 minggu. Setelah kitaran pertama selesai, sesi akan datang akan berlangsung antara selang waktu yang lebih panjang, jika diperlukan. Doktor anda akan memberi nasihat mengenai sesi yang sesuai untuk mendapatkan hasil yang optimum.

SilkPeel & Dermalinfusion  SilkPeel & Dermalinfusion  SilkPeel & Dermalinfusion

Kebaikan SilkPeel Dermalinfusion

Silkpeel Dermalinfusion adalah rawatan ideal untuk kulit berjerawat, dan berminyak, serta meminimumkan kesan akibat terdedah kepada matahari. Teknik rawatan muka kusam ini akan membersihkan dan meremajakan, menghaluskan, melembabkan serta meratakan warna kulit. Kelebihan lain Silkpeel Dermalinfusion termasuklah yang berikut:

  • Merangsang pertumbuhan sel baharu
  • Menghidrat semula kulit kering
  • Mengurangkan kesan parut jerawat
  • Mengurangkan pigmentasi kulit
  • Melancarkan peredaran darah
  • Memperbaiki tekstur kulit
  • Merawat garis-garis halus, kedutan dan bintik-bintik hitam
  • Menyuburkan kulit dengan cecair rawatan topikal

SilkPeel & Dermalinfusion  SilkPeel & Dermalinfusion

Masalah yang boleh diarawat

Cellulite

Selulit

Selulit terdiri daripada lemak di bawah kulit dan kelihatan tidak rata kerana ia menekan tisu penghubung yang mengakibatkan kulit kelihatan bergelembung. Ia bukan merupakan petunjuk kegemukan dan tidak berbahaya, tetapi mungkin tidak cantik dipandang. Beberapa penyebab yang boleh menyumbang kepada selulit seperti diet yang tidak seimbang, kurang bersenam, dehidrasi dan kadar metabolisme yang perlahan. Ia juga boleh berpunca dari keturunan dan jika ia berlaku kepada keluarga anda, kemungkinan anda juga mengalami selulit.

Terdapat pelbagai jenis rawatan selulit yang terdapat di pasaran seperti Mesolipo, Microdermabrasion, Microneedling dan teknik Silkpeel Dermalinfusion. Tujuan rawatan selulit adalah untuk mengurangkan kewujudan selulit yang kelihatan di bahagian atas kulit. Oleh itu, teknik Silkpeel Dermalinfusion menawarkan rawatan selulit yang boleh mengurangkan kemunculan selulit dengan membuang sel-sel kulit mati pada lapisan atas kulit.

 

Dull skin

Kulit Kusam

Kulit kusam adalah keadaan di mana kulit tidak cukup terhidrat dan mempunyai penumpukan sel-sel kulit mati, menghasilkan kulit yang tidak berseri. Tidak cukup tidur pada waktu malam juga boleh menyebabkan keadaan ini sekaligus menghasilkan lingkaran gelap bawah mata, kantong mata(eye bags) dan kedutan yang akan menyebabkan penuaan kulit dan kehilangan seri. Terdapat juga keadaan di mana kekurangan nutrisi yang diperlukan kulit untuk sentiasa sihat, yang berpunca daripada diet yang tidak seimbang. Tidak membersihkan kulit dengan betul juga boleh menyebabkan kulit kusam, kerana liang pori akan tertutup dan sukar bernafas. Silkpeel Dermalinfusion akan membantu menghilangkan liang pori dan membuang sel kulit mati agar kulit kelihatan lebih sihat, lebih cerah dan licin. Di samping itu, rawatan muka kusam ini berfungsi secara berganda kerana ia merawat kulit serta memberikan nutrisi melalui penyerapan larutan topikal ke dalam kulit.

 

Pores

Pori & Tekstur

Keadaan ini sering dihadapi oleh individu yang mempunyai kulit berminyak. Pori-pori besar terbentuk kerana penumpukan sebum dan kotoran di bawah kulit. Akibatnya, kulit meregangkan liang pori, yang menjadikannya kelihatan lebih besar dari biasa. Faktor lain adalah proses penuaan, yang menyebabkan kulit hilang elastik, yang juga akan menyebabkan pori-pori kelihatan lebih besar daripada biasa. Terlalu banyak terdedah kepada cahaya matahari juga boleh menyebabkan masalah ini kerana kulit akan menebal, menghasilkan sel-sel kulit tambahan di tepi pori-pori untuk mewujudkan perlindungan daripada sinar UV, yang meregangkan liang. Pori-pori tidak akan tersumbat melalui penyedut kristal teknik Silkpeel Dermalinfusion. Rawatan chemical peel pengelupasan basah dan penyerapan larutan topikal ke dalam kulit akan menghasilkan kulit yang kelihatan cerah, licin dan sihat.

 

Stretch Marks

Tanda Regangan (Stretch Marks)

Kebiasaannya, kebanyakan individu mengalami stretch mark di mana kulit menjadi tegang dalam tempoh kenaikan berat badan yang mendadak atau pertumbuhan yang cepat serta garis-garis halus perlahan-lahan terbentuk kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan peningkatan tekanan. Penghasilan kolagen secara berkala yang diperlukan oleh kulit akan terganggu, dan tisu penghubung tidak tumbuh seperti biasa. Ini menyebabkan kulit teregang kerana tidak dapat meningkatkan keanjalannya dengan ketiadaan kolagen. Tanda regangan paling kerap berlaku semasa kehamilan bagi wanita atau tempoh baligh bagi kedua-dua jantina. Teknik Silkpeel Dermalinfusion adalah rawatan stretch mark yang mendorong penghasilan sel kulit baharu dengan teknik penggelupasan lapisan atas kulit untuk menghilangkan sel-sel kulit mati yang ada.

 

Pigmentation/Age spot

Pigmentasi / Tanda-Tanda Penuaan / Melasma

Kebiasaaanya disebabkan oleh terlalu banyak terdedah kepada cahaya matahari, tanda-tanda penuaan dan mungkin berwarna kelabu, hitam atau coklat. Ia berlaku kerana kulit menghasilkan melanin untuk melindungi daripada sinar UV yang berbahaya dari sinar matahari, tetapi pengeluarannya tertumpu pada bintik-bintik kecil di seluruh kulit. Keadaan ini juga mungkin disebabkan oleh regangan kulit, jerawat dan radang, perubahan hormon atau pengambilan ubat seperti antibiotik. Tanda-tanda penuaan umumnya tidak berbahaya tetapi sebilangan individu mungkin menganggapnya tidak menyenangkan. Teknik Silkpeel Dermalinfusion adalah rawatan pigmentasi / melasma yang dapat membantu mengurangkan kemunculan pigmentasi pada kulit.

Watch How the Procedure is Done

Play Video
×

Pengawasan Keselamatan Semasa Menjalani Rawatan SilkPeel Dermalinfusion

Ketidakselesaan atau rasa sesemut atau berdenyut mungkin dialami jika anda mempunyai kulit sensitif, tetapi ini sementara dan akan reda setelah beberapa jam. Rawatannya akan meninggalkan kulit dengan rasa sejuk dan segar.

SilkPeel & Dermalinfusion Treatment

Kesan Sampingan Rawatan Silkpeel Dermalinfusion

Tidak ada kesan sampingan bagi teknik Silkpeel Dermalinfusion yang diketahui. Walau bagaimanapun, pesakit yang mempunyai kulit yang sangat sensitif mungkin mengalami kerengsaan (kegatalan kulit) yang minimum.

SilkPeel & Dermalinfusion Treatment 07

Jangkaan Tempoh Kesan Rawatan Bagi Teknik SilkPeel Dermalinfusion

Tiada tempoh kesan rawatan, ia dapat diselesaikan dalam masa sekitar 20 minit tetapi ini mungkin berbeza bergantung pada individu. Doktor anda juga akan bersedia untuk membincangkan dan memberi nasihat mengenai penjagaan selepas rawatan.

Berapakah Kos Rawatan SilkPeel Dermalinfusion

Klinik Premier adalah salah satu pusat yang menawarkan khidmat yang dipercayai di Malaysia untuk teknik Silkpeel Dermalinfusion. Teknik Silkpeel Dermalinfusion umumnya berharga antara RM 400 hingga RM 800 bagi setiap sesi di Malaysia. Harga mungkin berbeza berbanding  premis-permis  lain bergantung pada jenis produk yang digunakan atau jika menggunakan khidmat doktor yang berpengalaman.

Untuk rawatan selama lebih kurang 45 minit ini, kos Klinik Premier adalah sekitar RM 500 setiap sesi. Harganya berdasarkan pengalaman doktor kami yang tinggi, penjagaan yang anda terima, faedah tambah nilai kami dan juga keaslian produk kami yang digunakan dalam rawatan. Kami yakin bahawa anda mungkin tidak mendapat tahap pengalaman dan perawatan estetik yang sama dari kemudahan lain.

SilkPeel & Dermalinfusion Treatment  SilkPeel & Dermalinfusion Treatment

DI MANAKAH UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN INI?

Sekiranya anda mencari rawatan muka kusam atau rawatan silk peel yang tidak invasif, bukan pembedahan dan minimum, teknik Silkpeel Dermalinfusion adalah pilihan terbaik untuk anda. Anda dialu-alukan untuk datang dan berunding dengan pakar kulit kami untuk memahami dan merawat ketidaksempurnaan kulit anda. Doktor kami akan menggabungkan pelbagai vitamin topikal dalam menyesuaikan rawatan berdasarkan keperluan kulit anda seperti hiperpigmentasi, jerawat. Photodamage atau dehidrasi..

Sebagai pilihan, anda boleh mengunjungi kami di cawangan Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan KL City untuk membuat sesi konsultansi bersama doktor kami.

Whatsapp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (Bahasa Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

Sebelum & Selepas Silkpeel Dermalinfusion

Before & After Silkpeel Dermalinfusion
Cellulite-removal-Before-After
StretchMarks
Before & After Silkpeel Dermalinfusion
StretchMarks_Before After

Frequently Asked Questions

Siapakah yang sesuai untuk menjalani rawatan ini?

Teknik Silkpeel Dermalinfusion adalah untuk pesakit yang mempunyai keadaan kulit seperti berikut:

· Pigmentasi, tanda-tanda penuaan dan bintik gelap
· Tona kulit tidak sekata
· Jerawat
· Kulit kering
· Garisan Halus
· Kulit kusam dan letih
· Kulit kering dan iritasi
· Rosacea

Adakah Teknik rawatan pengelupasan basah oleh SilkPeel menyakitkan?

Pesakit mungkin mengalami sedikit rasa tidak selesa, yang mana kulit akan terasa ‘ketat’ dan sedikit tidak selesa selama beberapa jam selepas rawatan.

Berapa lama rawatan diperlukan?

Teknik Silkpeel Dermalinfusion adalah rawatan mudah di mana rawatan akan memakan masa hanyalah sekitar 30 hingga 45 minit.

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  • https://www.clarionmedical.com/en-CA/aesthetics/technology/dermalinfusion-skin-resurfacing-treatment
  • https://www.beverlywilshiremedical.com/aesthetic-medicine/silk-peel-dermalinfusion/
  • https://www.lumierespa.ca/silk-peel-faq
  • https://www.aesthetica.com/silkpeel-dermalinfusion/
  • http://redo.com.my/redo-product/silkpeel-dermalinfusion/
  • https://www.lakesdermatology.com/procedures-services/services/silkpeel-dermalinfusion/
  • https://www.theyumlist.net/2018/12/silkpeel-dermalinfusion.html
  • http://www.dansysgroup.com/product/silk-peel/
  • https://www.drbonnettcosmetic.com/silkpeel
  • https://madonnaobgyn.com/what-is-a-silkpeel/
  • https://www.ramsayhealth.co.uk/cosmetic-surgery/non-surgical-treatments/silk-peel
  • https://venusmedical.ie/silkpeel/

About Us

Merupakan klinik kecantikan estetik terulung di Malaysia, Premier Clinic percaya bahawa setiap individu mempunyai kecantikan dan kami berazam untuk menonjolkan kecantikan tersebut. Kami berusaha untuk menyediakan rawatan perubatan estetik termaju bagi meningkatkan keyakinan dan penampilan pesakit. Tidak kiralah sama ada anda memerlukan perkhidmatan yang ringkas mahu pun yang rumit, kami sedia melayani anda dengan perkhidmatan yang disediakan melalui kakitangan terlatih dan profesional kami bagi memberikan penjagaan estetik yang terbaik.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service (Available 24 HOURS)
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Ask us anything about Price or Procedure!
      Click to start chat