Parut Jerawat: Jenis Parut Jerawat & Cara Menghilangkannya

Medically reviewed by Doktor Chen Tai Ho on Jun 20, 2019

APA ITU PARUT JERAWAT?

Parut jerawat adalah kesan daripada jerawat yang terbentuk jauh ke dalam lapisan kulit. Parut jerawat boleh menjadi semakin gelap, kusam, timbul atau berlubang. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, parut ini akan mengambil masa yang lama untuk hilang.

Acne scars

BAGAIMANA PARUT JERAWAT BOLEH TERBENTUK PADA WAJAH?

Parut jerawat bermula dengan liang pori yang tersumbat. Secara semulajadi, kulit kita akan menghasilkan minyak yang dipanggil sebum untuk melembapkan kulit dan melindungi kulit daripada kesan negatif sinaran matahari. Debu dan sel kulit mati yang terkumpul pada permukaan kulit akan mengakibatkan kalenjar minyak tersumbat sepenuhnya.

Sebum berlebihan di bawah permukaan kulit akan dijangkiti oleh sel kulit mati dan debu sekaligus mengakibatkan pembengkakan – yang juga dipanggil jerawat. Jerawat akan mengakibatkan kecederaan pada bahagian bawah kulit.

Apabila dinding tisu pada kulit mengalami kecederaan, kolagen akan dirembeskan bagi membaiki dinding tisu yang telah cedera tadi. Walau bagaimanapun, kolagen yang terhasil mungkin tidak akan menjadikan kulit licin seperti sebelum ini. Kulit mungkin menjadi semakin gelap, kasar dan mempunyai tekstur yang berbeza dari bahagian kulit yang lain. Tisu kulit yang rosak akan menjadi gelap dan berpigmentasi dan menyebabkan kemunculan parut.

causes-of-acne

JENIS-JENIS PARUT JERAWAT & TAHAP-TAHAPNYA

Parut keloid (Hyperthropic)

Parut keloid juga dikenali sebagai parut timbul. Parut keloid adalah kesan daripada keradangan yang teruk – yang bermaksud parut terbentuk jauh di dalam lapisan kulit yang dikenali sebagai reticular dermis. Apabila kecederaan tisu kulit mencapai kedalaman tersebut, kulit akan menghasilkan kolagen untuk membantu ‘membaiki’ dinding kulit berkenaan. Keloid terbentuk apabila kulit menghasilkan tisu berlebihan untuk merawat kecederaan berkenaan. Ini mengakibatkan bahagian yang terlibat akan timbul lebih tinggi daripada permukaan kulit.

Hyperthropic

Parut berlubang (Athropic)

Parut berlubang melengkung (concave) ke dalam lapisan kulit. Terdapat dua jenis parut berlubang yang biasa terjadi; icepicks dan boxcarIcepicks adalah lubang-lubang kecil di kulit anda manakala boxcar biasanya berbentuk bulat atau bujur. Parut berlubang terjadi apabila kulit tidak pulih secara semulajadi selepas terjadinya kecederaaan tisu kulit. Keadaan ini membentuk regangan kulit yang berserat (fibrous strain) di bawah lapisan kulit. Regangan yang terhasil itu menarik kulit ke dalam dan mengakibatkan kulit melengkung ke bawah.

Rawatan menghilangkan parut jerawat berbeza bergantung kepada jenis parut. Jadi, bagi memastikan anda mendapatkan penyelesaian yang terbaik, adalah lebih baik bagi anda untuk mengetahui jenis parut jerawat yang ingin dirawat.

Athropic

APAKAH PUNCA PARUT JERAWAT?

Genetik

Sekiranya anda berpotensi untuk mendapat parut, kemungkinan besar anda akan mengalami isu ini. Maklumat ini sangat penting terutamanya apabila melibatkan parut jenis keloid.

Tidak Dirawat

Sekiranya jerawat anda tidak dirawat dengan betul dari awal, kemungkinan besar parut akan terjadi. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pakar untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.

Memicit dan Menyentuh

Memicit atau menyentuh jerawat akan menyebabkan trauma yang serius kepada kulit kerana bakteria dari tangan anda akan masuk ke dalam luka jerawat berkenaan. Bakteria tersebut kemudiannya akan terkumpul di bawah kulit dan menyebabkan lagi banyak masalah.

CARA MENCEGAH PARUT JERAWAT

Rutin mencuci muka yang teratur boleh membantu mencegah pembentukan jerawat sekaligus mengurangkan risiko parut jerawat.

Jangan sentuh atau picit jerawat anda bagi mengelakkan jangkitan bakteria atau mengakibatkan trauma lain pada kulit.

Elakkan sinaran matahari atau gunakan krim pelindung sinaran matahari setiap kali anda keluar rumah. Pendedahan kepada sinaran matahari boleh mengubah tona kulit anda, menjadikan parut kelihatan lebih jelas.

Dapatkan bantuan pakar di peringkat awal masalah jerawat anda. Kami boleh membantu mencegah jerawat menjadi lebih teruk.

Gunakan losyen topikal yang mengandungi vitamin C, asid glycolic atau retinol. Vitamin C terkenal dengan khasiat yang bermanfaat kepada kulit dan asid glycolic bermanfaat dalam proses penyingkiran sel kulit mati. Retinol pula terkenal dalam membantu proses penyembuhan.

HOW TO PREVENT ACNE SCARRING

CARA PENJAGAAN KULIT SECARA SEMULAJADI BAGI MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

Mask Madu + Lemon

Madu dan lemon mempunyai keupayaan yang menakjubkan dalam mencerahkan kulit. Ini menjadikan parut jerawat dan pigmentasi kurang kelihatan pada mata kasar. 

Minyak Tea Tree

Minyak Tea Tree telah lama dikenali kerana kuasa pembersihannya. Setitik minyak tea tree pada permukaan kulit boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan jangkitan bakteria.

Aloe Vera

Terkenal dengan kemampuan penyembuhannya, aloe vera boleh membantu mempercepatkan proses pemulihan luka. Aloe vera juga membantu melembapkan kulit.

Vitamin C & E

Sekiranya kulit anda sentiasa terdedah kepada sinaran matahari, mengambil vitamin A boleh membantu mencegah kulit berkedut dan parut pada kulit. Vitamin E dan C membantu menyembuhkan dan membaikpulih tisu kulit. Vitamin C juga menggalakkan penghasilan kolagen yang diperlukan untuk membaikpulih kulit.

NATURAL WAYS OF ACNE SCAR REMOVAL

Available Treatments

Join The Beauty Loop

Be the first to know about our time-limited, exclusive promos