Get your FREE LED phototherapy session
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu English
  • Bahasa Melayu 中文
BOOK NOW
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
Home
Treatments
Rawatan Laser Pico

Rawatan Laser Pico

  • Rawatan Pico Laser
  • Cara rawatan Pico Laser berfungsi
  • Kelebihan rawatan Pico laser
  • Masalah yang boleh diatasi
  • Procedure videos
  • Langkah penjagaan semasa rawatan
  • Kesan sampingan rawatan
  • Tempoh masa pemulihan rawatan
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After
Jump To ...
  • Rawatan Pico Laser
  • Cara rawatan Pico Laser berfungsi
  • Kelebihan rawatan Pico laser
  • Masalah yang boleh diatasi
  • Procedure videos
  • Langkah penjagaan semasa rawatan
  • Kesan sampingan rawatan
  • Tempoh masa pemulihan rawatan
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After

APAKAH ITU RAWATAN PICO LASER?

WHAT IS PICO LASER

Pico laser adalah salah satu laser yang paling terkini dalam pasaran. Dengan menggunakan teknologi rawatan laser yang termaju, 92% pesakit berpuas hati dan bersetuju bahawa rawatan Pico Laser berjaya mengembalikan keremajaan kulit mereka.

Premier Clinic menawarkan prosedur Pico Laser dengan menggabungkan kaedah rawatan dan teknologi laser yang terkini bagi memastikan pelanggan mendapat hasil rawatan yang sempurna.

BAGAIMANA RAWATAN PICO LASER BERFUNGSI?

Pico Laser mengeluarkan tenaga laser pico-second yang kuat  bagi menggalakkan pemecahan sel (laser-induced breakdowns (LIOB) di antara lapisan dermis dan epidermis. Tenaga laser yang dikeluarkan mempunyai daya tekanan bagi memecahkan struktur sel kulit berpigmentasi dan berwarna tidak sekata, sebelum menggantikannya dengan kulit baru yang lebih sihat.

Semasa proses penyembuhan berlaku, kulit menghasilkan kolagen bagi memastikan kulit baru yang terbentuk akan kelihatan lebih sihat, tegang, muda dan berseri. Rawatan Pico Laser juga tidak memudaratkan jika dibandingkan dengan teknologi laser lain yang menyebabkan kulit merasa sakit, mengalami iritasi dan memerlukan masa yang lama untuk sembuh.

HOW DOES PICO LASER WORKS?

HOW DOES PICO LASER WORKS?  HOW DOES PICO LASER WORKS?

KELEBIHAN RAWATAN PICO LASER

Semestinya rawatan Pico Laser adalah lebih berkualiti kerana selain daripada merawat kulit badan yang rosak, ia juga mampu:

  • Membuang tatu badan
  • Meremajakan kulit
  • Merawat parut jerawat
  • Mengurangkan pigmentasi dan tanda penuaan kulit
  • Melicinkan dan mengurangkan kedutan
  • Memperbaiki tekstur kulit
  • Menegangkan kulit
  • Membuang sel kulit rosak dan mati
  • Menggalakkan pengeluaran kolagen yang baru
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

BENEFITS OF PICO LASER  BENEFITS OF PICO LASER

BENEFITS OF PICO LASER  BENEFITS OF PICO LASER

APAKAH MASALAH YANG BOLEH DIATASI?

Acne Scars

Parut Jerawat

Kulit berjerawat dapat dirawat tetapi parut yang ditinggalkan berkekalan. Parut terjadi apabila lapisan dermis kulit yang cedera atau luka menghasilkan serat kolagen yang berlebihan semasa proses penyembuhan badan..

Manakala, parut jerawat terjadi apabila folikel dan liang pori kulit tersumbat dengan sel kulit mati, minyak yang berlebihan dan jangkitan bakteria lantas menghasilkan lepuhan kulit.  Apabila pori membengkak, berlakulah pemecahan dinding folikel kulit dan barulah lepuhan tersebut akan mula sembuh.

Kulit akan menghasilkan kolagen baru daripada protein semula jadi bagi mengembalikan keanjalan kulit yang rosak. Walaupun kulit sembuh, namun parut yang ditinggalkan menjadikan kulit kurang berseri dan tidak lagi licin. Oleh itu, sinaran yang dikeluarkan oleh Pico Laser akan menembusi lapisan epidermis kulit, bagi menggalakkan proses penyembuhan sebelum kulit kelihatan lebih sihat dan muda.

Tattoo removal

Pembuangan Tatu

Sejak dahulu lagi dikatakan, tatu yang dilukis tidak dapat dibuang atau dihapuskan. Namun keajaiban sains menemui cara bagi membuang tatu dengan menggunakan kaedah laser. Penghapusan tatu biasanya dilakukan dengan menggunakan pancaran laser bagi memecahkan partikel-partikel dakwat yang digunakan untuk melukis tatu kepada partikel-partikel yang lebih kecil. Beberapa sesi rawatan laser tatu atau pembuangan tatu dalam jarak beberapa minggu diperlukan bagi melengkapkan keseluruhan sesi rawatan. Tatu akan menjadi semakin terang dari masa ke masa sebagai hasil prosedur. Kaedah penutupan tatu diperlukan bagi menjadikan tatu lama tidak kelihatan lagi, walaupun ia bergantung kepada saiz, stail dan warna tatu.

Pico Laser menghasilkan gelombang pendek (satu trilion sesaat) bagi memberikan tekanan terhadap kulit untuk memecahkan dakwat tatu kepada zarah-zarah yang kecil sebelum diserap sistem imun dan dibuang keluar oleh badan.

Oleh kerana kemajuan teknologi dan keberkesanan prosedur ini, hanya 4-6 sesi rawatan sahaja diperlulan. Terdahulu, untuk membuang tatu sebesar 5cm persegi, sebanyak 10 – 20 sesi rawatan laser diperlukan. Ini menjimatkan wang dan masa – faktor utama mengapa rawatan laser tatu ini mendapat sambutan yang menggalakkan!

Pigmentation/Age spot

Pigmentasi/ Kesan Penuaan / Melasma

Selain daripada kulit terdedah kepada sinaran UV cahaya matahari, pigmentasi boleh berlaku disebabkan oleh jerawat, masalah iritasi kulit, perubahan hormon, serta kesan ubat dan antibiotik. Walaupun tidak merbahaya, tetapi pigmentasi akan menyebabkan kulit kelihatan hodoh, bertompok-tompok dan gelap. Jadi rawatan Pico Laser adalah sesuai untuk mengatasi masalah ini.

Walaupun melanin membantu untuk melawan sinaran UV cahaya matahari, tetapi ia membuatkan kulit mengalami tanda-tanda penuaan seperti kulit menjadi gelap dan tidak bermaya.

Zarah melanin dan pigmen yang dipecahkan oleh sinaran Pico Laser akan diserap dan dibuang keluar daripada badan. Manakala gelombang PicoSecond pula membantu untuk memulihkan keadaan kulit dengan cepat serta menghindari risiko hiper-pigmentasi. Akhir sekali, kulit bukan sahaja kelihatan lebih muda, tetapi lebih segar dan bersih.

 

Dull skin

Kulit Kusam

Sinaran yang dihasilkan oleh Pico Laser menembusi lapisan kulit bagi merangsang penghasilan kolagen dan memperbaiki struktur kulit kusam. Kolagen yang dihasilkan dapat menyerap air dan menjadikan kulit kelihatan lebih lembab, licin dan cerah.

 

Pores

Liang Pori & Tekstur Kulit

Rawatan ini menggalakkan kulit menghasilkan lebih banyak kolagen. Kolagen yang dihasilkan menjadikan kulit lebih muda, anjal, kuat dan membantu mengecilkan liang pori.

 

Skin Lightening

Pencerahan Kulit

Pigmen kulit yang dipecahkan oleh foto-termolisis Pico Laser akan diserap dan dibuang keluar oleh badan bagi menghasilkan kulit baru yang cerah dan licin. Rawatan ini sesuai di lakukan di seluruh badan termasuklah di bahagian ketiak, pinggul, punggung dan lipatan-lipatan kulit berlemak

 

Pembuangan Tanda Lahir

Tanda lahir terdiri daripada gumpalan sel pigmen kulit. Gelombang pendek yang dihasilkan oleh Pico Laser dapat menangani masalah ini dengan memecahkan sel kulit berpigmen kepada bahagian-bahagian kecil sebelum diserap dan dibuang keluar daripada badan. Kesan rawatan ini dapat dilihat seawal 2 minggu.

Watch How the Procedure is Done

Play Video
Play Video
Play Video
Play Video
Play Video
×

LANGKAH PENJAGAAN SEMASA MENJALANI RAWATAN PICO LASER

Dalam masa seminggu rawatan, kulit bermasalah akan mula menggelupas dan digantikan dengan kulit baru yang lebih sihat. Bagi mengekalkan kelembapan, memberikan lebih nutrien serta mempercepatkan proses penyembuhan kulit, pesakit disarankan untuk meminum lebih banyak air.

Mereka juga tidak dibenarkan untuk berenang atau melakukan sebarang aktiviti air bagi menghindari berlakunya jangkitan kuman. Bagi mengelakkan kulit daripada terkena cahaya matahari, mereka disarankan untuk memakai krim pelindung cahaya matahari kerana semasa proses penyembuhan, kulit menjadi sangat sensitif terhadap sinaran UV.

Sekiranya pesakit merasa tidak selesa atau sakit semasa menjalani rawatan, mereka boleh meminta krim bius daripada doktor atau jururawat yang bertugas. Selepas selesai rawatan, pemakaian produk penjagaan kulit juga digalakkan bagi mengurangkan kerengsaan kulit.

KESAN SAMPINGAN RAWATAN PICO LASER

Prosedur ini merawat masalah pigmentasi kulit, kurang invasif dan tidak melibatkan pembedahan. Maka, pesakit tidak akan mengalami sebarang kesan sampingan dan kulit akan kekal segar.

WHAT IS PICO LASER

TEMPOH MASA PEMULIHAN BAGI RAWATAN PICO LASER

Tiada masa pemulihan dan kesan sampingan daripada rawatan ini kerana ia tidak melibatkan sebarang pembedahan.

BERAPAKAH KOS YANG DIPERLUKAN?

Disebabkan permintaan yang menggalakkan terutamanya bagi menyelesaikan masalah kulit dan pembuangan tatu, maka rawatan ini menjadi agak mahal bergantung kepada masalah yang ingin diselesaikan. Dianggarkan harga bagi setiap sesi rawatan bermula daripada RM900 sehingga RM5,000.

Manakala harga rawatan di Premier Clinic bagi menyelesaikan masalah kulit bermula daripada RM1,500. Untuk pembuangan tatu pula, harga bagi satu sesi rawatan mencecah RM600 dan ke atas bergantung kepada saiz, kepekatan warna dan masalah pigmen yang dihadapi kulit bertatu.

Hal ini kerana, kami hanya menggunakan teknologi rawatan yang terkini dan doktor yang berpengalaman sahaja untuk merawat pesakit. Rawatan ini tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan dan tempoh pemulihan adalah tidak diperlukan.

WHAT IS PICO LASER

DI MANAKAH UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN INI?

Bagi mendapatkan hasil rawatan yang memuaskan, hanya mesin Pico Laser yang terkini sahaja digunakan di Premier Clinic. Selain itu, kami juga menawarkan pelbagai lagi jenis rawatan perubatan bagi menyelesaikan masalah estetik anda. Kesemua rawatan ini dilakukan oleh doktor terlatih dan berpengalaman sesuai dengan harga yang ditawarkan.

Oleh yang demikian, sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat lanjut atau ingin mengadakan rundingan bersama doktor kami, sila hadir ke cawangan kami yang terletak di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan KL City. Anda juga boleh menghubungi kami di:

WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (Bahasa Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

SEBELUM & SELEPAS RAWATAN PICO LASER

Before & After PICO Laser
Before & After PICO Laser
Before & After PICO Laser
Before & After PICO Laser

Frequently Asked Questions

Bolehkan parut ditanggalkan atau dihilangkan sepenuhnya?

Parut adalah sukar untuk dihilangkan sepenuhnya walau dengan apa jua rawatan sekali pun. Walaupun rawatan Pico Laser dapat membantu mengurangkan kesan parut terhadap kulit, tetapi ia tidak sesuai bagi menghilangkan keloid dan parut hipertrofik.

Bilakah hasil rawatan dapat dilihat?

Hasil rawatan dapat dilihat dengan serta merta kerana selepas selesai sesi rawatan yang pertama kulit akan mula merah dan menggelupas bagi menggantikan sel mati kulit kepada kulit baru yang lebih sihat.

Adakah rawatan Pico Laser ini selamat?

Sudah semestinya rawatan ini selamat, tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan atau memerlukan penjagaan pemakanan.

Adakah rawatan ini menyakitkan?

Walaupun terdapat sedikit rasa panas, tetapi rawatan Pico Laser tidak menyakitkan.

Berapakah jumlah rawatan Pico Laser yang diperlukan bagi merawat parut sepenuhnya?

Jumlah rawatan yang diperlukan sebenarnya tidak dapat dipastikan bergantung kepada keadaan klinikal semasa kulit dan respon kulit terhadap rawatan. Namun kebiasaannya pesakit memerlukan sekurang-kurangnya 2 sehingga 5 sesi rawatan yang direka khas untuk mereka.

Berapa lamakah kesan rawatan ini akan kekal?

Pembuangan tatu dan parut jerawat adalah kekal. Walaupun selepas rawatan kulit akan kembali muda tetapi kedutan dan pigmentasi boleh berlaku lagi. Masalah ini dapat di atasi sekiranya pesakit mengulangi rawatan Pico laser sekali dalam masa 6 bulan

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  • https://www.healthline.com/nutrition/13-acne-remedies
  • https://thriveglobal.com/stories/5-main-benefits-of-acne-scar-laser-treatment/
  • https://www.healthline.com/health/laser-treatment-for-scars#pictures
  • https://www.facingacne.com/acnelasertreatment/
  • https://www.rd.com/health/healthcare/laser-treatment-benefits/
  • https://www.elle.com/beauty/makeup-skin-care/a26521859/what-is-laser-facial/
  • https://www.chelseaclinic.com.sg/picosure-laser-advantages/
  • https://www.priveclinic.com/clinic-services/pigmentation-dull-skin/discovery-pico/
  • https://www.cynosure.com/product/picosure/
  • http://www.picosure.com/how-does-it-work/
  • https://drsiew.com/picosure-laser-pigmentation-acne-scars-pores-tattoos-hype-lawsuits/

About Us

Merupakan klinik kecantikan estetik terulung di Malaysia, Premier Clinic percaya bahawa setiap individu mempunyai kecantikan dan kami berazam untuk menonjolkan kecantikan tersebut. Kami berusaha untuk menyediakan rawatan perubatan estetik termaju bagi meningkatkan keyakinan dan penampilan pesakit. Tidak kiralah sama ada anda memerlukan perkhidmatan yang ringkas mahu pun yang rumit, kami sedia melayani anda dengan perkhidmatan yang disediakan melalui kakitangan terlatih dan profesional kami bagi memberikan penjagaan estetik yang terbaik.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service (Available 24 HOURS)
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Ask us anything about Price or Procedure!
      Click to start chat