Get your FREE LED phototherapy session
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu English
  • Bahasa Melayu 中文
BOOK NOW
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
Home
Treatments
Dermaroller (Microneedling)

Dermaroller (Microneedling)

  • Apa itu Dermaroller
  • Bagaimana Dermaroller berfungsi
  • Kebaikan Dermaroller
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Procedure videos
  • Langkah penjagaan semasa rawatan
  • Kesan sampingan Dermaroller
  • Tempoh kesan rawatan Dermaroller
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After
Jump To ...
  • Apa itu Dermaroller
  • Bagaimana Dermaroller berfungsi
  • Kebaikan Dermaroller
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Procedure videos
  • Langkah penjagaan semasa rawatan
  • Kesan sampingan Dermaroller
  • Tempoh kesan rawatan Dermaroller
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After

Apa itu Dermaroller?

What is Derma Roller

Dermaroller adalah satu rawatan yang akan mengakibatkan luka-luka kecil pada kulit muka anda untuk meningkatkan penyerapan ubat-ubatan. Terdapat beberapa saiz jarum Dermaroller dengan ukuran bermula dari 0.2 mm hingga 2.5 mm diameter. Saiz jarum yang digunakan dipilih berdasarkan keadaan kulit anda.

Juga dikenali sebagai rawatan microneedling, tujuan Dermaroller adalah untuk merangsang pengeluaran kolagen dalam kulit bagi menyegarkan lapisan atas kulit. Ia juga menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baharu yang boleh membentuk lapisan tisu baharu.

BAGAIMANA DERMAROLLER BERFUNGSI?

Roller dengan jarum-jarum halus yang telah dinyahkuman akan dilalukan di permukaan kulit untuk membentuk lubang-lubang yang sangat halus di sepanjang laluannya. Kecederaan kecil ini bertujuan untuk menggalakkan pengeluaran kolagen dan elastin dari tubuh untuk memulihkan kembali kecederaan tersebut dan pada masa yang sama menghasilkan sel-sel kulit yang baharu.

Hasilnya, kulit anda akan lebih segar dan tegang menjadikan anda kelihatan lebih muda. Lubang-lubang halus yang terbentuk di sepanjang laluan roller akan tertutup dengan cepat dan kulit anda akan sembuh dalam tempoh yang singkat.

What is Derma Roller

What is Derma Roller

KEBAIKAN DERMAROLLER

Disebalik bunyinya yang agak menggerunkan, rawatan ini sebenarnya dianggap rawatan yang paling ringkas dengan jangkamasa kesan rawatan yang singkat.  Dermaroller atau micro-needling mempunyai banyak kebaikan termasuklah:

  • Menjadikan wajah kelihatan lebih muda
  • Meningkatkan ketebalan kulit
  • Mengurangkan parut jerawat dan warna kulit tidak sekata 
  • Mengurangkan kedutan dan tanda regangan 
  • Mempercepatkan penyerapan produk rawatan kulit 
  • Mengecilkan liang pori 
  • Menjadikan tona warna kulit lebih sekata dan mengurangkan pigmentasi

What is Derma Roller  What is Derma Roller  What is Derma Roller

MASALAH YANG AKAN DIBANTU

Acne Scars

Masalah Jerawat / Parut Jerawat

Jerawat berlaku apabila liang-liang pori di permukaan kulit wajah tersumbat oleh sejenis cecair semulajadi yang dipanggil sebum. Sebum berfungsi menyingkirkan sel kulit mati dengan membawa sel-sel berkenaan ke permukaan kulit; apabila laluan berkenaan tersumbat, jerawat mula terbentuk. Kolagen baharu yang terhasil daripada proses rawatan ini akan membantu melicinkan kulit dengan mengisi parut-parut jerawat berkenaan. 

 

Pores

Pori & Tekstur

Apabila sebum dan kotoran terkumpul dalam kulit yang berminyak, kulit anda akan mula membengkak dan meregang. Ini mengakibatkan pori anda kelihatan lebih besar dari biasa. Selain itu, pendedahan kepada sinaran matahari juga boleh mengakibatkan masalah ini. Kulit akan menebal kerana sel kulit tambahan akan tumbuh disekeliling pori untuk melindungi pori dari sinaran UV. Ini menyebabkan pori mengembang lebih besar dari kebiasaan. Sebaik sahaja jarum-jarum dermaroller menembusi kulit, kolagen baharu akan mula terhasil untuk menyokong pembentukan sel kulit baharu dan pengecilan liang pori.

 

Stretch Marks

Tanda Regangan

Kebanyakan orang akan mengalami tanda regangan pada satu tahap dalam hidup mereka. Dalam tempoh pertambahan berat badan atau pertumbuhan yang cepat, garis-garis halus mula terbentuk supaya kulit boleh bertindakbalas dengan perubahan drastik ini.  Keadaan ini mengganggu penghasilan kolagen normal oleh kulit dan menyebabkan gangguan dalam pertumbuhan tisu-tisu baharu. Kesannya, kulit akan merekah kerana keanjalan kulit berkurang tanpa kehadiran kolagen.  Untuk masalah tanda regangan, jarum-jarum dermaroller akan menembusi kulit dan membentuk lubang-lubang halus dipermukaan kulit. Kulit akan bertindak balas dengan merangsang pembentukan serat kolagen tambahan untuk memulihkan lubang-lubang berkenaan.  Ia juga membantu dalam menggebukan kulit dan merangsang peredaran darah dan sekaligus mengurangkan tanda regangan pada kulit.

 

Wrinkles

Kedutan / Garis-garis Halus

Kedutan dan garis-garis halus adalah perkara biasa dan tidak dapat dielakkan seiring dengan peningkatan usia. Semakin meningkat usia, kulit akan semakin kering, menipis dan kurang anjal. Ini bermaksud kulit akan lebih cepat rosak dan kurang keupayaan untuk kembali ke bentuk asal dan menyebabkan pembentukan kedutan dipermukaan kulit mula terjadi.

 

Dull skin

Kulit Kusam

Kulit kusam adalah disebabkan oleh pengumpulan sel-sel kulit mati, debu dan lebihan sebum. Semua ini terbentuk di permukaan kulit dan menyebabkan kulit anda kelihatan kusam dan gelap. Dermaroller membantu membersih dari dalam dengan menanggalkan lapisan kotoran berkenaan dari permukaan kulit dan menggalakkan pembinaan kolagen.  Semakin meningkat  kolagen, semakin banyak air dan lembapan terbentuk. Ini menjadikan kulit anda kelihatan lebih segar dan berseri.

Watch How the Procedure is Done

Play Video
×

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MELAKUKAN DERMAROLLER

Sejenis serum yang direka khas akan disapu dipermukaan kulit anda semasa proses rawatan untuk mengenalpasti keperluan individu anda. Ubat bius juga akan disapu untuk mengelakkan sakit dan tidak selesa. Roller baharu akan digunakan bagi setiap individu untuk memastikan kebersihan dijaga. Jarum-jarum halus yang diperbuat daripada aloi titanium mampu mengurangkan risiko alergik. Penggunaan dermaroller tidak disyorkan kepada wanita mengandung dan menyusukan bayi.

KESAN SAMPINGAN DERMAROLLER

Kadar jangkitan adalah rendah kerana lubang-lubang halus dipermukaan kulit akan tertutup dengan cepat, tetapi anda berkemungkinan akan mengalami sedikit keradangan kulit. Ini termasuk tanda kemerahan kulit dan sedikit kegatalan. Walau bagaimanapun, keadaan ini akan semakin berkurang dalam beberapa jam dan akan hilang sepenuhnya dalam masa 1 hari.

JANGKAAN TEMPOH KESAN RAWATAN BAGI DERMAROLLER

Jangkaan tempoh kesan rawatan bagi Dermaroller adalah singkat berbanding rawatan lain. Secara purata, anda disyorkan untuk menjalani sekurang-kurangnya 3 kali rawatan dalam masa 6 minggu untuk rawatan anti-penuaan atau 5 kali rawatan untuk parut jerawat atau parut-parut lain. Walau bagaimanapun, bilangan rawatan dan kesan hasil rawatan mungkin berbeza bagi setiap individu. Doktor anda akan menasihatkan dan mengesyorkan bilangan rawatan yang sesuai untuk anda.

What is Derma Roller  What is Derma Roller

BERAPAKAH BAYARANNYA?

Menggolekkan jarum-jarum halus di muka anda mungkin kedengaran menyakitkan. Tetapi, hasilnya sangat menakjubkan kerana rawatan ini membantu kulit anda kelihatan muda, merawat parut dan parut jerawat yang teruk serta mengurangkan tanda-tanda penuaan.  Rawatan Dermaroller atau micro-needling di Malaysia dianggarkan sekitar RM 300 hingga RM 2,800 per sesi. Harga adalah  bergantung kepada bahagian yang dirawat, saiz jarum dan masalah yang dialami.

Di Premier Clinic, rawatan Dermaroller bermula dengan harga sekitar RM 500/sesi  dan ke atas. Prosedur ini termasuklah jarum yang dinyahkuman, doktor yang berpengalaman dan berkemahiran serta prosedur keselamatan. Doktor – doktor kami akan memastikan jarum-jarum halus menembusi kulit pada kedalaman yang sesuai bagi mendapatkan hasil yang maksimum tanpa merosakkan permukaan kulit luar atau keradangan.

What is Derma Roller  KINTARO STEM CELL THERAPY

DI MANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN RAWATAN INI?

Memasukkan rutin dermaroller bersama-sama rutin penjagaan kulit anda mungkin kelihatan menyeramkan. Walau bagaimanapun, ia telah terbukti membantu dalam merawat kesan parut, garis-garis muka dan juga tanda regangan di kulit. Anda boleh mendapatkan rawatan ini di semua 6 cawangan kami. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk menghubungi wakil khidmat pelanggan kami untuk membuat temu janji dengan pakar kulit dan mendapatkan maklumat lanjut sebelum mendapatkan khidmat kami.

Anda juga boleh datang ke klinik kami di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan Kuala Lumpur untuk membuat temu janji.  Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut:

Whatsapp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (Bahasa Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

SEBELUM & SELEPAS RAWATAN DERMAROLLER

Before & After Dermaroller (Microneedling)
StretchMarks_Before After
Before & After Dermaroller (Microneedling)
Before & After Dermaroller (Microneedling)
StretchMarks

Frequently Asked Questions

Adakah rawatan Dermaroller menyakitkan?

Tahap kesakitan rawatan Dermaroller bergantung kepada saiz jarum yang digunakan. Saiz jarum yang besar boleh menimbulkan sedikit rasa sakit. Seluruh proses rawatan direka untuk mewujudkan tindak balas keradangan kerana ianya akan menggalakkan proses penyembuhan. Anda mungkin akan berasa kurang selesa sepanjang rawatan, tetapi ianya tidak menyakitkan.

Berapa kerap anda perlu mendapatkan rawatan Dermaroller?

Ia bergantung kepada saiz jarum yang akan digunakan. Semakin besar saiz jarum, semakin lama tempoh masa senggang antara rawatan. Ini disyorkan bagi memastikan kulit telah betul-betul sembuh sebelum memulakan sesi rawatan seterusnya.

Siapakah yang sesuai untuk rawatan Dermaroller?

Sesuai untuk semua individu tanpa mengira jenis kulit dan mereka yang mencari rawatan kulit yang menawarkan kulit yang lebih tegang, berseri, warna kulit sekata dan tekstur kulit yang lebih baik pada muka, leher dan dada. Rawatan ini juga sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah tanda regangan pada mana-mana bahagian tubuh.

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  • https://www.healthline.com/health/beauty-skin-care/dermarolling-how-it-works-before-and-after
  • https://www.healthline.com/health/microneedling-for-acne-scars#efficacy
  • https://healthyy.net/stretch-marks/professional/how-to-treat-stretch-marks-with-dermaroller
  • https://www.byrdie.com/dermaroller-for-stretch-marks
  • https://www.womenshealthmag.com/beauty/a19898408/microneedling/
  • https://www.medicalnewstoday.com/articles/324138.php
  • https://www.healthline.com/health/microneedling#preparation

About Us

Merupakan klinik kecantikan estetik terulung di Malaysia, Premier Clinic percaya bahawa setiap individu mempunyai kecantikan dan kami berazam untuk menonjolkan kecantikan tersebut. Kami berusaha untuk menyediakan rawatan perubatan estetik termaju bagi meningkatkan keyakinan dan penampilan pesakit. Tidak kiralah sama ada anda memerlukan perkhidmatan yang ringkas mahu pun yang rumit, kami sedia melayani anda dengan perkhidmatan yang disediakan melalui kakitangan terlatih dan profesional kami bagi memberikan penjagaan estetik yang terbaik.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Ask us anything about Price or Procedure!
      Click to start chat