Dilabel oleh sesetengah orang sebagai facelift segera, microdermabrasion umumnya diterima sebagai alternatif yang lebih bermanfaat untuk prosedur lain yang mungkin lebih mahal dan kadang-kadang lebih invasif. Butir-butir kristal kecil digunakan untuk menghaluskan permukaan kulit; ini membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati dan menolak lapisan segar di bawah ke atas. Rawatan tidak dilakukan pada lapisan kulit yang lebih dalam kerana terdapat risiko biji-bijian masuk ke dalam kulit.
Ketika sesi konsultansi awal, kawasan atau bahagian rawatan akan diberitahu terlebih dahulu. Rawatan akan dimulakan dengan bebola kristal kecil ditujukan ke arah kawasan rawatan. Proses ini akan mengakibatkan berlakunya pengelupasan kulit dimana ia membantu membuang sel-sel kulit mati yang terdapat di permukaan. Bahagian vakum microdermabrasion akan menarik dan mengangkat bahagian kulit yang lembut untuk mikroabrasi.
Prosedur ini akan dilakukan dengan menyemburkan aliran kristal ke seluruh kulit yang disasarkan dan ini secara aktif merangsang peredaran darah atau menimbulkan pembengkakan ringan pada kulit. Bahagian penyedut juga akan mengumpulkan kristal yang digunakan serta kulit mati di dalam bekas supaya mudah untuk dibuang.
Sesi rawatan microdermabrasion secara berkala dapat “melatih” kulit anda untuk menumbuhkan sel baru dengan kadar yang lebih cepat, membawa sel kulit yang sihat ke permukaan wajah dengan lebih cepat daripada biasa. Ini juga boleh mengakibatkan penurunan noda kulit anda dari masa ke masa, yang bermaksud kulit anda akan kelihatan lebih muda. Faedah microdermabrasion lain termasuklah:
Jerawat akan terjadi pada kulit apabila liang pori-pori tersekat disebabkan oleh penumpukan sebum – bahan rawatan ini dapat membantu menghilangkan sel-sel kulit mati dengan membawanya ke permukaan kulit melalui folikel. Apabila jerawat mereda, ia akan meninggalkan bekas luka yang akan memakan masa yang lama untuk memudar. Cara lain yang pasti akan membuat jerawat menjadi lebih teruk adalah dengan memecahkan jerawat, yang mana akan menyebarkan jangkitan serta meninggalkan bekas luka yang kurang menarik untuk kelihatan.
Rawatan parut jerawat microdermabrasion berfungsi untuk memudarkan parut jerawat yang rata pada epidermis. Rawatan untuk jerawat ini juga berguna untuk individu yang aktif mahupun sederhana aktif. Ia akan membantu membuang sel kulit mati yang menyumbat liang pori. Prosedur ini juga mengurangkan lebihan minyak dari liang pori.
Kulit akan menghasilkan melanin apabila terkena atau terdedah kepada cahaya matahari – melanin merupakan bahan yang memberikan kulit perlindungan terhadap sinar UV yang berbahaya. Pigmentasi boleh berlaku apabila kulit menghasilkan terlalu banyak melanin yang mana tertumpu di satu kawasan, lalu membentuk tompok-tompok yang gelap dan kelihatan. Walaupun pigmentasi tidak berbahaya kepada individu yang mempunyainya, ia mungkin kelihatan tidak cantik dipandang oleh sesetengah individu. Prosedur microdermabrasion akan dilakukan ke seluruh kulit dengan cepat tetapi lembut untuk menghilangkan epidermis. Terdapat pelbagai sesi rawatan pigmentasi diperlukan untuk mencapai hasil yang ideal.
Salah satu tanda-tanda penuaan adalah akan mula perasan kehadiran kedutan dan lipatan pada kulit anda, yang akhirnya menyebabkan tanda penuaan dan garis-garis halus. Ini kerana kulit anda tidak lagi anjal akibat kurangnya atau ketiadaan kolagen, dimana kolagen merupakan bahan yang diperlukan oleh kulit anda untuk memperbaiki kulit yang tidak anjal. Akibatnya, kulit tidak lagi terpaut kembali ke tempatnya, dan kerutan serta garis halus yang terbentuk menjadi lekapan kekal. Terdapat pelbagai sesi rawatan wajah anti-penuaan microdermabrasion yang akan membantu menghilangkan stratum corneum bagi menampilkan sel-sel kulit yang lebih muda dan lebih sihat di bawahnya.
Microdermabrasion memberikan kesan pembersihan yang mendalam, menghilangkan sel-sel kulit mati, debu dan sebum tambahan yang menyebabkan kulit kusam. Ketika lapisan atas kulit dikeluarkan, penyedut microdermabrasion yang kuat menyebabkan sel mikro terkoyak di kulit anda, yang akan meningkatkan pengeluaran kolagen. Kolagen adalah agen penahan air yang kuat, yang meningkatkan kelembapan pada kulit anda. Hasilnya, anda boleh mendapatkan kulit yang lebih cerah.
Saiz pori dapat dikurangkan dengan ketara dengan microdermabrasion. Rawatan ini dilakukan dengan membersihkan kulit dari sel-sel kulit mati, habuk dan sebum berlebihan yang mengisi liang-liang pori, menjadikannya lebih besar daripada biasa. Kulit kita elastik, dan liang pori dapat kembali ke ukuran semula seperti lensa zoom kamera. Sekiranya kulit bebas dari unsur-unsur yang membuatnya tersumbat, akan menjadikannya lebih mudah untuk mengecil kembali ke ukuran semula.
Anda dinasihatkan agar memakai alat pelindung mata atau kacamata sebelum memulakan rawatan microdermabrasion.
Perhatikan keadaan kulit anda dalam tempoh 24 jam selepas rawatan, dimana akan kelihatan kemerah-merahan, dan bengkak. Keadaan yang akan anda alami ini adalah mirip dengan selaran matahari (sunburn) yang ringan dan anda digalakkan untuk menggunakan pelembap muka dan elak dari memakai make-up selama 24 jam ke atas. Anda juga harus mengelakkan dari terkena sinar matahari selama beberapa hari, dan terus menggunakan pelembap.
Rawatan ini tidak memerlukan waktu untuk pemulihan kerana pesakit boleh meneruskan rutin harian mereka seperti biasa sebaik sahaja selesai rawatan. Bergantung pada keadaan kulit anda dan hasil yang diinginkan, doktor anda akan mengesyorkan beberapa sesi untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Rawatan facial microdermabrasion akan dilakukan secara bersenggang masa agar anda dapat melihat peningkatan hasil rawatan secara beransur-ansur. Keadaan kulit anda akan bertambah baik dari setiap rawatan,iaitu lebih cerah dan lebih sihat.
Kos prosedur microdermabrasion sangat berbeza, bergantung kepada kepakaran pengendali , kelayakan doktor serta faktor-faktor lain. Anggaran kos rawatan microdermabrasion adalah diantara RM 400 hingga RM 1,000 setiap sesi. Hal ini kerana rawatan ini membantu pengelupasan lapisan luar sel kulit mati anda dan juga merangsang pengeluaran kolagen.
Di Klinik Premier harganya rawatan microdermabrasion adalah sekitar RM 500 untuk satu sesi. Rawatan microdermabrasion disesuaikan sepenuhnya mengikut keadaan kulit serta masalah kulit yang dialami. Lazimnya pesakit lebih memilih rawatan microdermabrasion berbanding rawatan muka yang lain seperti pengelupasan kimia atau rawatan laser disebabkan oleh fakta yang mengatakan rawatan microdermabrasion lebih selamat dan lebih menjimatkan.
Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai maklumat rawatan anti-penuaan wajah serta RAWATAN MICRODERMABRASION, dengan menghubungi wakil khidmat pelanggan kami. Kami di Klinik Premier, menawarkan sesi PERUNDINGAN profesional bersama doktor berpengalaman tanpa sebarang komitmen untuk mendaftar. Wakil khidmat pelanggan kami sentiasa bersedia dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari untuk menjawab dan melayani sebarang pertanyaan anda atau membuat janji temu.
Atau anda boleh terus mengunjungi klinik kami di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan KL City untuk membuat janji bersama doktor. Sila hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut:
WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com
Teknik ini tidak menyakitkan seperti dermabrasi tradisional, jadi pesakit tidak memerlukan ubat bius.
Kulit boleh menjadi lebih licin walaupun selepas satu rawatan dan menyerap pelembap dengan lebih baik.
Selalunya, rawatan microdermabrasion wajah boleh diulang setiap tiga hingga empat minggu untuk hasil yang optimum.
Be the first to know about our time-limited, exclusive promos