Lemak Degil: Semua Yang Perlu Anda Tahu

Medically reviewed by Doktor David Wee on Jun 16, 2019

APA ITU LEMAK DEGIL?

Pernahkah anda perasan yang ada sesetengah bahagian badan kita yang lebih susah untuk dikecilkan berbanding bahagian badan yang lain? Ini adalah disebabkan pengumpulan ‘lemak degil’ atau lemak bawah kulit pada bahagian itu. Lemak subkutaneus (Lemak bawah kulit) adalah lebih susah untuk dihilangkan (sebab itulah ia dipanggil ‘degil’) berbanding lemak viseral (lemak tersembunyi) dan lemak intramuskular. Menurut satu kajian Harvard, kira-kira 90% daripada lemak di badan kita adalah subkutaneus, dan hanya 10% terdiri daripada lemak viseral.

Perbezaan di antara dua jenis lemak ini adalah lemak subkutaneus boleh dilihat dibawah kulit manakala lemak viseral berada jauh di bawah otot. Selain daripada itu, untuk menyingkirkan lemak degil ini adalah lebih sukar berbanding menyingkirkan lemak viseral.

What is Stubborn Fat

Secara umumnya, untuk wanita, lemak degil boleh didapati di bahagian sekeliling peha, perut, dan punggung manakala untuk lelaki, lemak degil boleh didapati di bahagian pinggang, juga dikenali sebagai ‘love handle’. Lemak degil juga dikenali sebagai lemak perut disebabkan oleh ini.

Malahan, ada juga atlet yang dilaporkan mengalami kesusahan untuk menurunkan berat badan kerana lemak degil ini, seperti Charles Barkley, Mike Tyson, dan Diego Maradona.

What is Stubborn Fat

BAGAIMANAKAH LEMAK TERBENTUK DI DALAM BADAN?

Sebelum mengetahui bagaimana untuk menyingkirkan lemak degil, adalah penting untuk kita tahu bagaimana lemak terbentuk terlebih dahulu.

Apabila kita makan makanan harian kita, kita akan mendapat protein, karbohidrat, dan lemak yang akan membekalkan tenaga dalam bentuk kalori kepada badan kita. Walaupun karbohidrat merupakan sumber tenaga utama kepada badan, lemak adalah nutrien yang mengandungi tenaga yang paling padat. Tenaga ini digunakan dalam kehidupan seharian kita apabila kita melakukan aktiviti seperti berjalan, bekerja, dan berenang.

Tenaga yang tidak digunakan ini akan diserap oleh sel lemak, menjadikannya lebih besar. Tidak seperti yang ramai fikirkan, sel lemak tidak bertambah. Jumlah sel lemak adalah kekal seumur hidup kita. Sel lemak ini walau bagaimanapun, boleh mengembang atau mengecil mengikut jumlah tenaga yang diserap.

Kebanyakan sel lemak ini akan berkumpul di bahagian perut, kerana bahagian ini boleh menyimpan lebih banyak tenaga. Sebab itulah adalah lebih sukar untuk menyingkirkan lemak di perut.

How is Fat Formed in the Body

How is Fat Formed in the Body

JENIS-JENIS LEMAK BADAN

Terdapat 3 jenis lemak badan :

Visceral Fat

Lemak Viseral

Lemak viseral ini adalah lemak perut dalam badan yang mengelilingi organ badan anda. Bergantung kepada peratus lemak, lemak viseral diperlukan untuk kesihatan tetapi boleh juga menyebabkan masalah kesihatan yang serius seperti masalah jantung, penyakit pulmonari, dan masalah berkaitan dengan kadar kolestrol tinggi yang lain. Peratus normal lemak viseral adalah 10% dan ini tidak menyebabkan masalah kesihatan, tetapi, peratusan lemak viseral yang berlebihan akan memberi kesan buruk kepada kesihatan anda.

Subcutaneous Fat

Lemak Subkutaneus

Subkutaneus atau lemak degil boleh didapati di bawah kulit. Lemak ini biasanya menentukan peratus ratio badan-lemak. Satu kajian di Eropah mendapati bahawa wanita dengan peha yang lebih besar lebih cenderung untuk mengalami penyakit jantung sebanyak dua kali ganda berbanding wanita yang berpeha kecil. Lelaki juga cenderung untuk mempunyai lemak di perut yang berlebihan. Jika badan anda mencatatkan antara skala 13 – 59 pada penganalisa lemak badan (body fat analyser), anda perlu mengubah cara hidup ke arah yang lebih sihat.

Intermuscular Fat

Lemak Intramuskular

Lemak intramuskular boleh didapati dalam serat otot tulang (skeletal muscle fibres). Sering dikaitkan dengan masalah insulin dan diabetes, lemak ini menghasilkan titisan lipid untuk melepaskan tenaga.

PUNCA LEMAK DEGIL

Terdapat beberapa sebab dan punca mengapa kita ada lemak degil. Tuntasnya, hal ini berbalik kepada kadar metabolisma anda serta faktor yang mempengaruhinya. Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan penghasilan lemak degil.

Stres: Mempunyai kadar stres yang tinggi akan membuatkan badan anda untuk merembeskan hormon yang dipanggil kortisol (cortisol), yang akan menaikkan kadar insulin dalam badan, Apabila hormon ini dirembeskan, anda akan menjadi teringin untuk makan makanan manis. Tenaga yang tidak digunakan daripada makanan manis itu akan diserap oleh sel lemak, menyebabkannya mengembang.

Diet: Pola pemakanan anda juga mempengaruhi pembentukan lemak dalam badan anda. Jika anda makan produk makanan yang berada dalam kategori tinggi karbohidrat, lemak, dan manis dengan berlebihan, ia semestinya akan menghasilkan lemak degil yang tinggi pada bahagian pinggang anda.

Kurang bersenam: Tuntasnya, segalanya berbalik kepada cara hidup anda. Untuk mengelakkan penghasilan lemak, tenaga daripada lemak itu seharusnya digunakan dalam bentuk senaman. Berenang, berlari, dan melakukan senaman angkat berat adalah antara senaman yang berkesan untuk menggunakan tenaga ini.

Kadar insulin: Jika bahagian tengah badan anda adalah tebal, ia mungkin disebabkan oleh badan anda tidak mampu untuk menguruskan insulin dengan baik, dan ini menyebabkan penghasilan lemak pada bahagian pinggang.

Causes of Stubborn Fat

BAGAIMANA MENYINGKIRKAN LEMAK BADAN?

Terdapat dua komponen utama dalam proses mengurangkan lemak badan atau cara menghilangkan lemak di peut : diet dan senaman. Dengan mengawal pengambilan makanan manis, anda boleh mengurangkan jumlah lemak yang anda makan dan gunakan dalam badan anda. Anda juga boleh mengamalkan puasa berkala (intermittent fasting) atau diet keto untuk mengurangkan lemak dengan lebih mudah.

Dengan senaman, badan anda akan melepaskan tenaga daripada sel lemak, menyebabkan sel lemak mengecil. Walaubagaimanapun, untuk memastikan senaman membantu mengurangkan saiz perut atau membuang lemak di perut, senaman yang dilakukan itu perlulah mengikut rejimen yang ketat.

HOW TO LOSE BODY FAT

Adalah penting untuk mengingat langkah pertama proses pengurangan lemak – makan kurang daripada apa yang badan anda perlukan. Kita disarankan untuk mengurangkan antara 20% – 30% pengambilan kalori dalam badan. Contohnya, kebanyakan orang memerlukan sekitar 2000 kalori setiap hari, jadi kami menyarankan anda mengambil hanya 1500 kalori setiap hari. Perlu diingat bahawa ini adalah berbeza dari seorang individu kepada individu lain. Jika anda adalah individu yang aktif, anda mungkin memerlukan lebih kalori.

HOW TO LOSE BODY FAT

MENGAPA ANDA TIDAK BERJAYA MENYINGKIRKAN LEMAK DEGIL?

Kata kunci untuk soalan ini adalah perkataan “degil”. Kerana lemak subkutaneus adalah lebih padat berbanding lemak viseral, untuk menyingkirkannya adalah lebih sukar. Untuk menyingkirkannya, anda perlu mengamalkan rejimen diet yang ketat serta senaman yang berintensiti tinggi untuk membantu membakar lemak itu. Hal ini kerana lemak di perut susah hilang. Proses mengurangkan lemak degil akan mengambil masa. Jadi, anda tidak boleh cepat berputus asa dengan perancangan dan proses senaman & diet yang anda lakukan serta konsisten meneruskannya.

DIMANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN MAKLUMAT MENGENAI MASALAH INI

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai lemak degil dan cara menyingkirkannya, anda boleh menghubungi kami untuk mengatur sesi konsultasi. Kami boleh dihubungi daripada pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam SETIAP HARI.

Hubungi/WhatsApp: 012-662-5552

Emel: contactus@premier-clinic.com

PILIHAN RAWATAN UNTUK MENYINGKIRKAN LEMAK DEGIL?Rawatan pilihan untuk menyingkirkan lemak degil

  • Rawatan Pembekuan Lemak (CoolSculpting Cryolipolysis)
    Learn More
  • Le Shape: Rawatan Pengurangan Berat & Pelangsingan Badan
    Learn More
  • Clatuu - Rawatan Pembekuan Lemak
    Learn More
  • Mesolipo - Rawatan Suntikan Memecahkan Lemak
    Learn More
  • ONDA Coolwaves: Rawatan Tegangan Kulit & Selulit
    Learn More
  • Ubat Pelangsingan Badan
    Learn More
  • Vanquish - Rawatan Pembuangan Lemak Vanquish
    Learn More
  • Easy 123 Pro Detox : Minuman Diet Bernutrisi Tinggi
    Learn More

Join The Beauty Loop

Be the first to know about our time-limited, exclusive promos