Get your FREE LED phototherapy session
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu 中文
  • Bahasa Melayu English
BOOK NOW
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
Home
Treatments
Ubat Pelangsingan Badan

Ubat Pelangsingan Badan

  • Apa itu Ubat Pelangsingan Badan?
  • Jenis & Bagaimana Ubat Pelangsingan Badan berfungsi
  • Kelebihan Ubat Pelangsingan Badan
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Procedure videos
  • Langkah pengawasan semasa pengambilan Ubat Pelangsingan Badan
  • Kesan sampingan Ubat Pelangsingan Badan
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After
Jump To ...
  • Apa itu Ubat Pelangsingan Badan?
  • Jenis & Bagaimana Ubat Pelangsingan Badan berfungsi
  • Kelebihan Ubat Pelangsingan Badan
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Procedure videos
  • Langkah pengawasan semasa pengambilan Ubat Pelangsingan Badan
  • Kesan sampingan Ubat Pelangsingan Badan
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After

Apa itu Ubat Pelangsingan Badan?

Oral Weight Loss Slimming Pills

Ubat untuk kuruskan badan adalah ubat yang ditetapkan (dipreskipsikan) dan biasanya digunakan sebagai rawatan alternatif kepada mereka yang mengalami masalah untuk menguruskan badan melalui rawatan tradisional. Mereka yang tidak berjaya mengurangkan berat badan dengan berdiet atau bersenam boleh membahayakan kesihatan dalam jangka masa panjang, terutamanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan disebabkan oleh berat badan berlebihan. Sejarah perubatan dan BMI anda akan diambilkira sebelum sebarang ubat kuruskan badan diberikan.

Jenis & Bagaimana Ubat Pelangsingan Badan berfungsi?

Duromine  Duromine

Duromine

Ubat ini merupakan ubat yang biasa diberikan untuk penurunan berat badan dan senang didapati di mana-mana sahaja; ubat ini juga mendapat kelulusan daripada Food and Drug Authority (FDA).

Ubat ini berfungsi dengan mengurangkan selera makan dan juga keinginan untuk makan. Kesannya anda akan makan dengan kadar yang sedikit. Semasa pengambilan ubat ini, sejenis bahan kimia akan dihasilkan di dalam otak untuk mengawal selera makan sekaligus membantu mengawal tabiat makan secara berlebihan.

 

Zenoctil™  Xanitrol™

Zenoctil™

Campuran bahan semulajadi menggunakan formula bukan-ubat, Zenoctil™ tidak mempunyai kesan sampingan yang berbahaya dan selamat untuk diambil dalam jangka masa panjang. Zenoctil™ merupakan satu-satunya  pembakar lemak yang mengandungi Xanitrol™, sejenis campuran yang diperbuat daripada bahan bio-aktif dari sumber makanan harian.Selain membakar lemak tersimpan dan menghalang penyimpanan lemak berlebihan, Zenoctil™ juga membantu mengurangkan stress akibat berdiet dan membantu mengekalkan kadar gula dalam darah pada tahap yang sihat.*

Xanitrol™

Bahan yang bernama Xanitrol™ boleh didapati dalam Zenoctil™dan merupakan sejenis bahan yang diperbuat daripada pati bahan bio-aktif dari sumber semulajadi. Produk ini merupakan hasil kajian yang dilakukan selama berdekad dan bahan semulajadi yang digunakan membantu membakar lemak dan juga menghalang pembentukan lemak. Secara ringkasnya, Xanitrol™ digunakan untuk menggalakkan pengurangan lemak.

 

Liposinol™  Liposinol™

Liposinol™

Liposinol™ digunakan untuk mengawal berat badan dan merupakan produk pembakaran lemak yang membantu merawat dan mencegah masalah obesiti. Ubat ini diperbuat daripada Litramine®, sejenis bahan semulajadi yang akan mengikat lemak di dalam badan anda. Ubat ini diperbuat sepenuhnya dari bahan semulajadi  iaitu daun pokok kaktus yang dikeringkan dan Liposinol™ bukanlah ubat. Liposinol™ digunakan untuk mengawal berat badan kerana kelebihannya yang mampu mengikat lemak dalam badan dan juga tidak memberi kesan sampingan yang berbahaya.

Kelebihan Ubat Pelangsingan Badan

Kombinasi pengambilan ubat untuk kuruskan badan dan diet sihat serta senaman boleh membantu mengekalkan pengurangan berat badan seseorang.  Antara kesan lain pengambilan ubat untuk kuruskan badan adalah :

  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Meningkatkan kesihatan dengan mengurangkan kadar gula dalam darah, tekanan darah, dan triglycerides
  • Mengurangkan sakit sendi dan penyakit gangguan tidur
  • Meningkatkan kadar metabolisma anda
  • Menghalang keinginan anda terhadap makanan
  • Menahan selera makan anda
  • Menggalakkan pembakaran lemak
  • Mengurangkan kadar penyerapan lemak
  • Menghalang peningkatan peratus lemak dalam badan

Oral Weight Loss Slimming Pills  Oral Weight Loss Slimming Pills  Oral Weight Loss Slimming Pills

MASALAH YANG AKAN DIBANTU?

Berat badan berlebihan  / Obesiti

Obesiti bermaksud mempunyai BMI 30 atau lebih. Seseorang individu dianggap mempunyai berat badan berlebihan apabila mempunyai BMI antara 25 hingga 30. Berat badan berlebihan atau obes boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan. Berat badan berlebihan dan obes adalah masalah kesihatan yang kronik. Ubat untuk kuruskan badan boleh dipertimbangkan kepada sesetengah pesakit yang tidak berjaya mengurangkan berat badan walaupun telah mengubah cara hidup mereka, terutamanya mereka yang masih mempunyai faktor risiko berkaitan dengan obesiti.

Oral Weight Loss Slimming Pills

Watch How the Procedure is Done

Play Video
×

Langkah pengawasan semasa pengambilan ubat pelangsingan badan

Kebanyakan ubat untuk kuruskan badan tidak digalakkan bagi wanita hamil, wanita yang sedang berusaha untuk hamil dan wanita yang menyusukan bayi. Ini bagi mengelakkan  sebarang risiko kecacatan kelahiran atau apa-apa kesan kepada bayi anda.

Sekiranya anda sedang mengambil ubat kurus Duromine, sila elakkan pengambilan alkohol kerana Duromine boleh meningkatkan kesan alkohol.

Kesan sampingan Ubat Pelangsingan Badan

Sebarang kesan sampingan adalah bergantung kepada jenis ubat dan bagaimana tubuh anda bertindakbalas dengan ubat tersebut. Kebanyakan kesan sampingan adalah ringan dan biasanya akan semakin hilang sekiranya anda terus mengambil ubat berkenaan. Sangat jarang berlaku sebarang kesan sampingan yang serius. Pesakit mungkin akan mengalami kesukaran untuk tidur, jantung berdegup laju atau tidak sekata, gangguan deria rasa, dan sakit kepala semasa peringkat awal pengambilan ubat untuk kuruskan badan. Walau bagaimanapun, kesan ini akan semakin hilang dari masa ke semasa.

Oral Weight Loss Slimming Pills  Oral Weight Loss Slimming Pills  Oral Weight Loss Slimming Pills

KOS RAWATAN

Terdapat pelbagai jenis ubat untuk kuruskan badan di Klinik Premier bergantung kepada program yang anda sertai. Jenis ubat yang akan disyorkan juga bergantung kepada berat badan dan diagnosis serta nasihat doktor kepada anda.  Ubatan ini berharga dari RM 250 sehingga RM 440 sebulan. Anda akan diberikan 30 biji tablet untuk diambil setiap hari dalam masa 30 hari.

Setiap produk adalah berlainan antara satu sama lain bergantung kepada jumlah dan kekuatan bahan dalam setiap tablet. Anda dinasihatkan untuk melengkapkan semua sesi dengan doktor kami sekiranya anda ingin mendapatkan mana-mana ubat ini bagi mengelakkan sebarang masalah.Ubat untuk kuruskan badan di klinik kami hanya akan diberikan atas nasihat doktor.

Oral Weight Loss Slimming Pills

DI MANAKAH UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN INI?

Mengurangkan berat badan atau lemak bukanlah satu perkara mudah. Walaupun anda mengambil ubat untuk kuruskan badan, tanpa sebarang pelan rawatan dan gaya hidup yang betul, berat anda mungkin akan naik kembali. Walau bagaimanapun, rawatan ini boleh membantu anda untuk menyesuaikan diri dengan perubahan gaya hidup yang anda perlukan untuk menguruskan badan dan meningkatkan kesihatan anda. Kebanyakan ubat untuk kuruskan badan yang diluluskan oleh FDA boleh didapati atas nasihat doktor.

Anda juga boleh berkunjung ke klinik kami di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan Bandar KL untuk membuat temujanji. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut:

WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi:+6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

Sebelum & Selepas Pengambilan Ubat Pelangsingan Badan

Before & After Oral Weight Loss Slimming Pills
Before & After Oral Weight Loss Slimming Pills
Before & After Oral Weight Loss Slimming Pills
Before & After Oral Weight Loss Slimming Pills
Before & After Oral Weight Loss Slimming Pills

Frequently Asked Questions

Berapa lama saya perlu ambil ubat untuk kuruskan badan?

Jangka masa anda perlu mengambil ubat untuk kuruskan badan bergantung kepada samada ubat tersebut membantu anda untuk mengurangkan berat badan tanpa sebarang masalah atau sebaliknya. Sekiranya anda berjaya mengurangkan berat badan cukup untuk meningkatkan kesihatan anda dan anda tidak mengalami sebarang kesan sampingan, doktor anda boleh mencadangkan supaya anda meneruskan ubat tersebut. Tetapi sekiranya berat anda tidak berkurang sekurang-kurangnya 5% selepas 12 minggu pengambilan dos penuh ubat berkenaan, anda perlu berjumpa doktor anda kembali. Doktor anda akan mengesyorkan pelan rawatan yang lain.

Adakah berat saya akan naik balik selepas saya berhenti mengambil ubat untuk kuruskan badan ini?

Berat anda mungkin naik sedikit selepas anda berhenti mengambil ubat untuk kuruskan badan. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mengekalkan tabiat pemakanan sihat beserta amalan aktiviti fizikal, berat anda tidak akan bertambah dengan banyak atau tidak bertambah langsung.

Adakah ubat untuk kuruskan badan selamat?

Sekiranya ubat untuk kuruskan badan membantu anda mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya 5% dalam masa beberapa bulan tanpa kesan sampingan, anda mungkin mahu meneruskannya. Tetapi, anda perlu ingat bahawa ubat-ubatan bukanlah pengganti kepada perubahan gaya hidup. Ubat jenis ini seharusnya hanya menjadi sebahagian daripada pelan jangka panjang anda termasuklah pemakanan sihat, senaman berkala, tidur yang cukup, dan bebas stres.

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  • https://www.myvmc.com/drugs/duromine/
  • https://www.doctoroncall.com.my/medicine/en/drugs/zenoctil
  • https://top100dietpills.com/xanitrol-review/
  • http://cms.herbalgram.org/herbalgram/issue104/HG104-resrvw-garcinia.html?ts=1570864118&signature=b259c94928d1d26189e232c88d6fb6a7
  • https://bpac.org.nz/BPJ/2010/April/weight.aspx
  • https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3928674/
  • https://www.drugs.com/article/side-effects-weight-loss-drugs.html
  • https://www.webmd.com/diet/obesity/features/weight-loss-medication#3
  • https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/weight-loss/in-depth/weight-loss-drugs/art-20044832
  • https://www.livescience.com/51896-weight-loss-drugs-pros-cons.html
  • https://www.niddk.nih.gov/health-information/weight-management/prescription-medications-treat-overweight-obesity
  • https://www.mims.com/malaysia/drug/info/duromine
  • http://www.myhealth.gov.my/en/duromine/
  • https://futuresrecoveryhealthcare.com/knowledge-center/harmful-effects-diet-pills-supplements/
  • https://www.health.harvard.edu/staying-healthy/are-weight-loss-drugs-worth-trying
  • https://www.mydr.com.au/nutrition-weight/weight-loss-medicines
  • https://www.webmd.com/drugs/2/drug-4899/adipex-p-oral/details

About Us

Merupakan klinik kecantikan estetik terulung di Malaysia, Premier Clinic percaya bahawa setiap individu mempunyai kecantikan dan kami berazam untuk menonjolkan kecantikan tersebut. Kami berusaha untuk menyediakan rawatan perubatan estetik termaju bagi meningkatkan keyakinan dan penampilan pesakit. Tidak kiralah sama ada anda memerlukan perkhidmatan yang ringkas mahu pun yang rumit, kami sedia melayani anda dengan perkhidmatan yang disediakan melalui kakitangan terlatih dan profesional kami bagi memberikan penjagaan estetik yang terbaik.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Ask us anything about Price or Procedure!
      Click to start chat