Get your FREE LED phototherapy session
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu 中文
  • Bahasa Melayu English
BOOK NOW
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
Home
Treatments
Mesolipo – Rawatan Suntikan Memecahkan Lemak

Mesolipo – Rawatan Suntikan Memecahkan Lemak

  • Rawatan Mesolipo
  • Cara rawatan Mesolipo berfungsi
  • Kelebihan rawatan Mesolipo
  • Masalah yang boleh diatasi
  • Procedure videos
  • Langkah penjagaan semasa rawatan
  • Kesan sampingan rawatan
  • Tempoh masa pemulihan rawatan
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After
Jump To ...
  • Rawatan Mesolipo
  • Cara rawatan Mesolipo berfungsi
  • Kelebihan rawatan Mesolipo
  • Masalah yang boleh diatasi
  • Procedure videos
  • Langkah penjagaan semasa rawatan
  • Kesan sampingan rawatan
  • Tempoh masa pemulihan rawatan
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After

APAKAH ITU RAWATAN SUNTIKAN MEMECAHKAN LEMAK MESOLIPO?

What is Mesolipo

Rawatan Suntikan Mesolipo direka khas bagi mengembalikan bentuk dan kontur tubuh terutamanya pada bahagian wajah. Walaupun teknik mesoterapi yang digunakan adalah kurang invasif berbanding dengan kaedah penyedutan lemak, tetapi ia berjaya memecahkan lemak dan selulit yang terdapat di sekitar badan. Bahan suntikan yang digunakan mengandungi enzim dan lesitin semula jadi kacang soya yang dapat membantu melarutkan lemak-lemak degil yang tidak dapat dibuang melalui kaedah pengurusan badan yang biasa.

BAGAIMANA RAWATAN SUNTIKAN MESOLIPO MEMBANTU MEMECAHKAN LEMAK BADAN?

Sudah tentu ramai di antara kita rungsing kerana kaedah pelangsingan badan yang biasa tidak dapat mengatasi masalah lemak dan selulit yang berlebihan. Walaupun kurang invasif berbanding pembedahan penyedutan lemak, teknik mesoterapi yang digunakan adalah sangat sesuai bagi menangani keadaan ini kerana sel-sel lemak akan dilarutkan sebelum dibuang keluar daripada badan secara semula jadi dalam masa beberapa minggu.

What is Mesolipo

KELEBIHAN RAWATAN SUNTIKAN MEMECAHKAN LEMAK MESOLIPO

Selain memberikan hasil yang lebih menakjubkan berbanding penyedutan lemak serta kurang invasif, rawatan buang lemak badan ini menjadi pilihan kerana:

  • Ia tidak menyakitkan dan tidak memerlukan penggunaan ubat bius
  • Cepat untuk sembuh dan pesakit boleh meneruskan aktiviti harian selepas tamat rawatan
  • Harganya yang lebih murah berbanding pembedahan
  • Mengembalikan bentuk dan kontur badan
  • Mengurangkan selulit dan mengembalikan kecantikan kulit

Mesolipo Fat Melting Slimming Injection  Mesolipo Fat Melting Slimming Injection  Mesolipo Fat Melting Slimming Injection

APAKAH MASALAH YANG BOLEH DIATASI?

Body Contouring

Kontur Badan

Teknik kontur badan sangat berkesan bagi membuang lemak yang tidak dapat dilakukan menerusi cara biasa iaitu penjagaan pemakanan dan bersenam. Oleh itu, beralihlah kepada rawatan suntikan mesolipo yang lebih berkesan

 

Cellulite  Cellulite

Selulit

Selulit tidaklah merbahaya dan bukan petanda kegemukan, tetapi disebabkan ianya keadaan yang kurang menyenangkan, ramai di antara kita akan membuangnya. Selulit terjadi kerana lemak tepu yang terbentuk di bawah kulit menekan tisu penghubung dan membentuk kulit yang berlekuk-lekuk. Selain daripada diwarisi. Ia juga terjadi disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang, metabolisma badan yang perlahan dan juga disebabkan dehidrasi. Rawatan suntikan mesolipo ini membantu untuk melarutkan lemak selulit tanpa memerlukan pembedahan.

 

Fat/Weight Loss

Pelangsingan Badan/Lemak

Secara saintifiknya, sel lemak dikenali sebagai lemak subkutan yang sukar untuk disingkirkan berbanding lemak viseral biasa dan lemak intramuskular. Lemak subkutan wanita biasanya terletak pada bahagian punggung, pinggul dan peha. Bagi lelaki pula, lemak akan terbentuk di sekitar pinggang. Sekurang-kurangnya, empat sesi rawatan diperlukan bagi membuang lemak di bahagian-bahagian yang disebutkan.

Watch How the Procedure is Done

Play Video
Play Video
×

LANGKAH PENJAGAAN SEMASA MENJALANI RAWATAN PENCAIRAN LEMAK MESOLIPO

Bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan, pesakit harus menjalani rawatan suntikan mesolipo dengan pengawasan doktor di klinik dan bukannya di spa dan premis kecantikan. Sila maklumkan kepada doktor sekiranya anda mempunyai sebarang alahan sebelum memulakan sebarang rawatan.

KESAN SAMPINGAN RAWATAN PENCAIRAN LEMAK MESOLIPO

Seperti yang dimaklumkan, rawatan ini harus dilakukan di klinik dan sekurang-kurang empat sesi rawatan diperlukan bagi membuang lemak yang tidak diingini. Walaupun rawatan buang lemak di perut ini mudah untuk dilakukan, tetapi terdapat beberapa kesan sampingan atau kesan suntikan mesolipo yang akan hilang dalam beberapa hari seperti kulit menjadi bengkak, lebam dan sakit.

TEMPOH MASA PEMULIHAN BAGI RAWATAN PENCAIRAN LEMAK MESOLIPO

Tiada jangka masa pemulihan diperlukan. Pesakit dibenarkan untuk kembali bekerja dan melakukan aktiviti seperti biasa setelah selesai menjalani rawatan buang lemak badan ini.

MESOLIPO FAT MELTING SLIMMING INJECTION  MESOLIPO FAT MELTING SLIMMING INJECTION  MESOLIPO FAT MELTING SLIMMING INJECTION

BERAPAKAH KOS YANG DIPERLUKAN?

Kos keseluruhan suntikan Mesolipo biasanya adalah di antara RM1,250 sehingga RM2,700 bagi setiap sesi bergantung kepada jenis dan jumlah sesi rawatan yang diperlukan serta bergantung kepada keadaan semasa kulit.

Tetapi anggaran harga ini juga boleh berubah bergantung kepada kepakaran doktor dan klinik pengendali. Seperti di Premier Clinic, kos bagi sebotol bahan suntikan berkuantiti 10ml adalah sekitar RM500. Harga ini cuma anggaran kerana doktor akan menentukan jumlah sebenar bilangan suntikan dan kos rawatan yang akan dicajkan. Sila hadir ke mana-mana cawangan klinik kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rawatan ini.

MESOLIPO FAT MELTING SLIMMING INJECTION  MESOLIPO FAT MELTING SLIMMING INJECTION

DI MANAKAH UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN INI?

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai rawatan selulit, rawatan buang lemak di perut serta prosedur lain berkaitan SUNTIKAN PENGURANGAN BERAT BADAN, sila hubungi wakil khidmat pelanggan kami dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah malam pada setiap hari.

Untuk menjawab sebarang persoalan berkaitan masalah kesihatan dan estetik dan juga rawatan proses buang lemak, anda boleh datang ke cawangan kami yang terletak di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan KL City bagi membuat temu janji. Sekiranya anda memerlukan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi:

WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (Bahasa Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

SEBELUM & SELEPAS RAWATAN PENCAIRAN LEMAK MESOLIPO

Mesolipo Fat Melting Slimming Injection
Mesolipo Fat Melting Slimming Injection
Mesolipo Fat Melting Slimming Injection
Mesolipo Fat Melting Slimming Injection
Mesolipo Fat Melting Slimming Injection

Frequently Asked Questions

Adakah rawatan pencairan lemak MesoLipo ini menyakitkan?

Pesakit mungkin mengalami sedikit kesakitan dan ketidak selesaan kerana suntikan yang diberi akan terus bertindak memecahkan sel-sel lemak yang terdapat di sekitar tisu badan kawasan rawatan.

Penggunaan ubat tahan sakit, krim kebas dan ubat bius yang lain akan diberikan kepada pesakit sekiranya diperlukan bagi memberikan keselesaan sepanjang tempoh rawatan. Terdapat juga beberapa cawangan kami menggunakan terapi ais sebagai alternatif lain bagi mengurangkan kesakitan semasa rawatan.

Apakah kesan sampingan lain selepas menjalani rawatan pencairan lemak MesoLipo?

Oleh kerana suntikan ke dalam salur darah dilakukan, kulit pesakit biasanya akan lebam atau bengkak. Akan tetapi ia hilang dalam beberapa hari. Ini adalah kesan sampingan yang biasa dialami pesakit.

Walaupun keradangan ini menyebabkan kulit menjadi lembut, tetapi ia merupakan satu penanda bahawa prosedur yang dilakukan adalah berjaya. Rawatan ini memerlukan sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk menunjukkan hasil yang sepenuhnya. Sekiranya kulit anda kekal anjal dan lembut dalam tempoh ini, ini bermakna rawatan anda berjaya dan anda tidak perlu mengulangi rawatan. Sekiranya anda masih bingung akan kesan sampingan ini, silalah berjumpa dengan doktor yang terdekat.

Berapakah tempoh yang diperlukan untuk melihat hasil rawatan?

Seberapa cepat hasil rawatan dapat dilihat tidak dapat dipastikan kerana ia bergantung kepada jenis bahan suntikan dan teknologi pemecahan lemak yang digunakan termasuklah jumlah lemak yang terkumpul. Misalnya, lemak di sekeliling pinggang dapat dikurangkan dengan hanya sekali sahaja sesi rawatan suntikan. Satu lagi sesi pelangsingan diperlukan bagi menghasilkan garisan kontur badan.

Jumlah keseluruhan sesi rawatan bagi setiap individu akan ditentukan oleh doktor dan biasanya setiap satu sesi rawatan akan dijarakkan dalam tempoh 1-2 minggu bergantung pada hasil semasa rawatan.

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  • https://www.cosmedic.com.my/mesolipo-fat-melting-injectio
  • https://www.nexus-clinic.com/mesolipo-for-cellulite/
  • https://www.clinicmf.com.my/treatment.php?id=40
  • https://thelifestyleclinic.com.my/mesolipo-fat-melting/
  • https://www.healthline.com/health/mesotherapy
  • https://www.cosmedic.com.my/mesolipo-fat-melting-injectio

About Us

Merupakan klinik kecantikan estetik terulung di Malaysia, Premier Clinic percaya bahawa setiap individu mempunyai kecantikan dan kami berazam untuk menonjolkan kecantikan tersebut. Kami berusaha untuk menyediakan rawatan perubatan estetik termaju bagi meningkatkan keyakinan dan penampilan pesakit. Tidak kiralah sama ada anda memerlukan perkhidmatan yang ringkas mahu pun yang rumit, kami sedia melayani anda dengan perkhidmatan yang disediakan melalui kakitangan terlatih dan profesional kami bagi memberikan penjagaan estetik yang terbaik.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Ask us anything about Price or Procedure!
      Click to start chat