Get your FREE LED phototherapy session
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu English
  • Bahasa Melayu 中文
BOOK NOW
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
Home
Treatments
ONDA Coolwaves: Rawatan Tegangan Kulit & Selulit

ONDA Coolwaves: Rawatan Tegangan Kulit & Selulit

  • Apa itu ONDA
  • Cara ONDA fungsi
  • Kebaikan ONDA
  • Masalah yang boleh dirawat
  • Procedure videos
  • Langkah penjagaan rawatan ONDA
  • Kesan Sampingan ONDA
  • Tempoh masa pemulihan rawatan
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After
Jump To ...
  • Apa itu ONDA
  • Cara ONDA fungsi
  • Kebaikan ONDA
  • Masalah yang boleh dirawat
  • Procedure videos
  • Langkah penjagaan rawatan ONDA
  • Kesan Sampingan ONDA
  • Tempoh masa pemulihan rawatan
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After

APA ITU RAWATAN ONDA COOLWAVES?

ONDA Coolwaves

ONDA merupakan teknologi terbaru yang diperkenalkan untuk mengurangkan jumlah sel lemak di bahagian yang disasarkan serta mengetatkan kulit pada masa yang sama. Penggunaan gelombang mikro untuk menyingkirkan lemak simpanan mungkin kedengaran agak pelik, namun begitulah ONDA COOLWAVES berfungsi. ONDA menggunakan sehingga 80% penghasilan tenaga untuk menembusi  lapisan di bawah lemak manakala lebihan 20% akan berada di lapisan dermis.

ONDA Coolwaves

ONDA Coolwaves  ONDA Coolwaves

BAGAIMANA RAWATAN ONDA COOLWAVES BERFUNGSI?

ONDA Coolwaves memancarkan gelombang frekuensi pada 2.45GHz yang secara spesifiknya memberi laluan kepada tenaga untuk mensasarkan ke lapisan lemak sub-dermal. Teknik ini akan melindungi lapisan atas kulit daripada rasa hangat atau panas yang tidak diperlukan. Tenaga daripada handpieces yang digunakan bergantung kepada bahagian rawatan dan pemilihan jenis rawatan yang akan mencapai sel-sel lemak tanpa mengakibatkan kesakitan dan kerosakan pada sel membran.

Rawatan ini dilengkapi dengan sistem penyejukan dermis, yang mana ia bertindak mengimbangkan tenaga haba daripada gelombang mikro. Ia memelihara lapisan dermis bagi menjamin keselesaan pesakit dan mengurangkan risiko keradangan serta kesan-kesan sampingan. Tenaga yang dipancarkan tepat ke arah sel lemak subcutaneous, meningkatkan keupayaannya untuk mengurangkan sel lemak. Rawatan ONDA Coolwaves   ini mempunyai 3 fungsi yang berbeza iaitu mengurang, memperbetul dan menjana semula kulit agar kelihatan lebih runcing, ketat dan pejal.

ONDA Coolwaves

ONDA Coolwaves

KEBAIKAN RAWATAN ONDA COOLWAVES

Rawatan ini menawarkan tiga kesan utama dalam satu prosedur yang memberikan hasil yang lebih cepat dan tahan lama. Antara kebaikan rawatan ONDA COOLWAVES adalah:

  • Rawatan yang efektif
  • Keselesaan maksimum sepanjang rawatan
  • Penyejukan sedia ada ketika rawatan
  • Mengurangkan selulit
  • Menghilangkan lemak setempat secara kekal
  • Memperbaiki kulit longgar
  • Mengetat serta melembutkan kulit dan tisu
  • Menggalakkan penghasilan kolagen
  • Memejalkan kulit
  • Hasil rawatan yang tahan lama

ONDA Coolwaves  ONDA Coolwaves  ONDA Coolwaves

Masalah Yang Boleh Dirawat

Localised Fat

Lemak Setempat

Deposit lemak setempat merupakan kaedah semula jadi penyimpanan lemak di dalam sistem badan kita yang  pada kebiasaanya berada di bahagian bawah abdomen, peha dan sisi pinggang. Lemak-lemak ini amat sukar untuk disingkirkan, oleh sebab itu senaman dan diet yang konsisten diperlukan.  Dengan teknologi ONDA, ia membantu menghapus dan mengurangkan sel lemak membran secara kekal di mana lemak mati akan larut dan disingkirkan melalui proses metabolism badan.

Cellulite

Selulit

Selulit biasanya berada di sekitar bahagian punggung, peha dan pinggul. Ia biasanya muncul di kawasan lemak subcutaneous di dalam penyambung tisu fibrous yang menampakkan topographi sebagai kekenduran kulit dan nodulariti. Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan dan tubuh badan, segelintir wanita masih tertekan dan kurang selesa dengan keadaan ini. Dengan teknologi gelombang sejuk, ia sangat berkesan mensasarkan tisu penyambung dan memecahkan fasa selulit yang teruk, dimana kulit kelihatan lebih lembut dan pejal.

Flabby Loose skin

Kulit Kendur

Kulit kendur berlaku apabila kulit anda hilang keupayaan untuk mengetat atau kembali kepada keadaan asal disebabkan oleh penuaan atau penurunan berat badan. Dengan bantuan teknologi gelombang sejuk, ia  mengurangkan kolagen pada dermis dengan sangat cepat, lalu menggalakkan penghasilan kolagen baru, menjadikan tisu lebih ketat,  tegang dan terbentuk.

Watch How the Procedure is Done

Play Video
Play Video
×

LANGKAH PENJAGAAN SEBELUM & SEMASA MENJALANI RAWATAN ONDA COOLWAVES

Pesakit akan mengalami rasa hangat yang minimal dan kemerah-merahan ringan disebabkan oleh gelombang mikro yang dilepaskan melalui handpieces. Namun begitu, sistem penyejukan bersama oleh rawatan ini membantu bagi menjamin keselesaan dan memanaskan lemak di lapisan kulit yang lebih dalam serentak.

KESAN SAMPINGAN RAWATAN ONDA COOLWAVES

Setiap sesi rawatan ini mengambil masa sehingga 30 minit. Walaupun hasil rawatan dapat dilihat hanya dengan satu sesi, pesakit digalakkan untuk menjalani 3 hingga 4 sesi dengan 4 minggu penjarakkan bagi hasil yang optimum. Namun begitu, hasil rawatan adalah berbeza bergantung kepada bahagian yang dirawat. Risiko untuk mendapat kesan sampingan ringan seperti rasa hangat melampau atau melecur adalah sangat jarang. ONDA handpieces direka khusus dan dilengkapi dengan langkah pencegahan bagi mengelakkan sebarang kerosakan pada lapisan kulit.

ONDA Coolwaves

TEMPOH PEMULIHAN RAWATAN ONDA COOLWAVES

Tiada tempoh penyembuhan diperlukan bagi rawatan ini. Pesakit mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan seperti rasa hangat dan kemerah-merahan ringan untuk beberapa jam selepas menjalani rawatan. Namun begitu,  proses ini adalah normal dan akan reda dimana ia akan mula hilang  dalam tempoh 2-3 jam.

Anda boleh meneruskan aktiviti harian  anda sebaik sahaja selesai rawatan.

KOS RAWATAN

Rawatan ONDA mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pesakit yang mencari rawatan penghilang selulit. Premier Clinic merupakan satu-satunya klinik estetik yang diiktiraf untuk melakukan rawatan ONDA. Harga pasaran antarabangsa bagi rawatan ONDA adalah diantara  RM 1,300 – RM 2,000 setiap saiz grid (sebesar tapak tangan).

Kesemua doktor kami di Premier Clinic dilengkapi dengan  kemahiran dan pengalaman yang mencukupi  untuk melakukan rawatan ONDA Coolwaves. Harga rawatan bagi 1 sesi adalah RM 1,500 (setiap saiz grid). Harga ini adalah termasuk sesi konsultasi dan perkhidmatan selepas rawatan. Anda juga boleh mengetahui harga bagi pakej penuh melalui pegawai khidmat pelanggan kami.

DI MANA LOKASI PERKHIDMATAN RAWATAN INI?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai teknologi rawatan ONDA Coolwaves dan bagaimana ia dapat membantu menyelesaiakan masalah anda, sila hubungi wakil khidmat pelanggan kami. Atau anda boleh mengunjungi 5 cawangan klinik kami untuk membuat temu janji konsultansi bersama doktor kami.

WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melatu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

Sebelum & Selepas ONDA Coolwaves

Before & After ONDA Coolwaves
Before & After ONDA Coolwaves
Before & After ONDA Coolwaves
Before & After ONDA Coolwaves

Frequently Asked Questions

Adakah rawatan ini menyakitkan?

Tidak. Rawatan ONDA adalah sangat selesa. Pesakit mungkin akan mengalami rasa ketidakselesaan seperti rasa hangat yang lembut di bawah kulit beserta rasa sejuk pada kulit itu sendiri. Kulit yang dirawat akan kekal panas untuk beberapa jam selepas rawatan.

Adakah ONDA Coolwaves selamat?

Ya. ONDA handpieces direka khas dengan kedalaman yang tepat bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang tidak diingini ke dalam badan. Tambahan pula, handpieces hanya melepaskan gelombang mikro apabila ia bersentuhan dengan kulit. Handpieces akan berhenti memancar sekiranya ia tidak bersentuhan.

Bahagian manakah yang boleh di rawat?

Rawatan ONDA Coolwaves sangat berkesan untuk merawat lemak degil di bahagian perut, sisi pinggang, paha, punggung dan atas lengan. Rawatan ini juga adalah penyelesaian terbaik bagi menghilangkan selulit di kawasan paha, punggung dan lengan.

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  • https://www.dranh.com.au/procedures/laser-treatments/onda-coolwaves/
  • https://ondacoolwaves.be/onda_uploads/2019/05/Onda-Brochure-ING-Rev-1.6.pdf
  • https://www.harleystreetskinclinic.com/en/treatment/onda/
  • https://www.cambridgetherapeutics.com.sg/Onda-Coolwaves
  • https://www.skinclinicfremantle.com.au/onda-body-sculpting/
  • https://www.lynton.co.uk/onda
  • https://www.thecoolwaves.com/

About Us

Merupakan klinik kecantikan estetik terulung di Malaysia, Premier Clinic percaya bahawa setiap individu mempunyai kecantikan dan kami berazam untuk menonjolkan kecantikan tersebut. Kami berusaha untuk menyediakan rawatan perubatan estetik termaju bagi meningkatkan keyakinan dan penampilan pesakit. Tidak kiralah sama ada anda memerlukan perkhidmatan yang ringkas mahu pun yang rumit, kami sedia melayani anda dengan perkhidmatan yang disediakan melalui kakitangan terlatih dan profesional kami bagi memberikan penjagaan estetik yang terbaik.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service (Available 24 HOURS)
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Ask us anything about Price or Procedure!
      Click to start chat