Walaupun telah mengamalkan gaya pemakanan sihat dan senaman berkala, masih terdapat ramai individu yang terpaksa bekerja keras untuk menurunkan berat badan kerana wujudnya sel lemak degil. Rawatan Pembekuan Lemak (CoolSculpting Cryolipolysis) menggunakan teknologi penyejukan yang membekukan tisu berlemak. Rawatan ini memfokuskan kepada sel lemak (lemak degil) dan pada masa yang sama tidak menjejaskan kesihatan tubuh yang lain. Lemak subcutaneous adalah lemak yang wujud dibawah kulit dan lemak jenis ini lebih degil dari lemak visceral. Apabila tisu lemak mula pecah, proses semulajadi tubuh akan mula membersihkan dan membuang sel lemak. Lama-kelamaan anda akan mendapat tubuh yang langsing.
Teknik penyejukan ini mendapat kelulusan daripada FDA dan telah dilakukan dengan kerap di serata dunia menjadikan rawatan ini satu pilihan utama dalam kalangan individu yang mencari rawatan yang tidak melibatkan pembedahan seperti liposuction. Rawatan ini tidak mempunyai jangkaan tempoh kesan rawatan dan ini membolehkan anda menjalani rutin harian seperti biasa sejurus selepas rawatan.
Kaedah penyejukan terkawal digunakan di bahagian tertentu yang mempunyai lemak degil (lemak subcutaneous) dan pembekuan sel lemak ini dilakukan tanpa menjejaskan kulit dan sel-sel berdekatan. Sel-sel lemak degil ini kemudiannya akan mati dan tubuh anda akan menyingkirkan sel-sel mati ini secara semulajadi sepanjang bulan-bulan berikutnya. Semakin rendah sel lemak bermaksud tubuh anda semakin cantik.
Rawatan Pembekuan Lemak ini sangat sekejap dan anda hanya akan mengalami kesan lebam atau kemerahan yang tidak ketara dan kesan-kesan ini akan hilang dalam masa yang singkat. Sesi-sesi berikutnya akan membantu mencantikkan lagi bentuk tubuh anda dan doktor anda akan menasihatkan anda tentang tindakan lanjut berdasarkan keadaan anda.
Ramai orang beranggapan bahawa pengurangan lemak dan pengurangan berat adalah sama. Sebenarnya apabila anda menurunkan berat badan, sel lemak hanya mengecil dan tidak berkurang. Apabila berat anda naik semula, sel lemak tadi akan kembali membesar kepada saiz asalnya. Teknik Rawatan Pembekuan Lemak mengurangkan jumlah sel lemak dalam tubuh anda; ini bermakna berat badan anda tidak akan naik seperti sebelumnya. Jumlah sel lemak di bahagian yang tidak dirawat juga tidak akan berubah bermaksud anda tidak perlu risau mengenai pertambahan berat di bahagian lain tubuh. Antara kebaikan lain Rawatan Pembekuan Lemak adalah:
Rawatan Pembekuan Lemak adalah teknik yang digunakan untuk membuang sejumlah kecil lemak bawah kulit (lemak subcutaneous) yang degil dan tidak boleh dihilangkan hanya dengan mengamalkan diet sihat atau senaman fizikal. Rawatan ini dilakukan di bahagian tubuh yang mempunyai lemak yang tidak dikehendaki seperti perut, pinggul, bahagian atas lengan, paha, belakang, dan garisan bra. Rawatan ini juga membantu menyingkirkan lemak dengan cepat tanpa pembedahan. Rawatan Pembekuan Lemak disarankan kepada mereka yang telah mencapai berat ideal, bukannya salah satu cara untuk mengurangkan berat badan. Sel-sel lemak akan membeku dengan kaedah rawatan ini. Sel-sel lemak yang telah membeku dan mati akan disingkirkan dari tubuh melalui hati dalam masa beberapa minggu selepas rawatan.
Pesakit dijangka akan mengalami sedikit pembengkakan, lebam dan kemerahan kulit di kawasan bahagian yang dirawat. Walau bagaimanapun, kesan-kesan ini akan hilang dalam masa 7 hingga 10 hari. Rawatan ini tidak sesuai untuk wanita mengandung atau wanita yang cuba untuk mengandung dan wanita yang menyusukan bayi. Antara syarat lain yang tidak membenarkan anda menjalani rawatan ini adalah:
Rawatan ini tidak menyebabkan komplikasi atau kesan sampingan yang serius seperti berdarah, kulit bertukar warna atau berparut. Kesan alergik di kawasan rawatan juga sangat jarang berlaku kerana rawatan ini tidak melibatkan luka di kulit, ubat bius atau ubat-ubatan.
Tiada jangkaan tempoh kesan rawatan bagi kaedah rawatan ini. Anda boleh meneruskan aktiviti harian seperti biasa sejurus selesai rawatan.
Secara purata, caj Rawatan Pembekuan Lemak ini dianggarkan antara RM 2,500 dan RM 6,000 per sesi. Harga bagi setiap rawatan adalah bergantung kepada bahagian tubuh yang hendak dirawat dan juga jenis applicator yang digunakan. Semakin kecil bahagian yang dirawat, semakin rendah harganya. Jumlah bilangan sesi rawatan yang dilakukan juga boleh menambahkan kos yang terlibat.
Harga Rawatan Pembekuan Lemak di Klinik Premier akan bergantung sepenuhnya kepada jenis applicator yang digunakan dan juga bahagian tubuh yang hendak dirawat. Beberapa jenis applicator yang digunakan adalah seperti coolcurve, coolmax, coolmini dan lain-lain. Harga bagi rawatan jenis ini bermula dari RM 2,800 ke atas bagi setiap sesi. Hanya doktor atau pembekal coolsculpting yang boleh menentukan jenis applicator yang sesuai untuk masalah anda. Selain itu, doktor-doktor kami telah dilatih dengan baik oleh pembekal coolsculpting dan mempunyai pengalaman luas dalam membantu pesakit yang datang untuk rawatan mengurangkan lemak atau berat badan.
Walaupun keputusan mungkin berbeza bagi setiap individu, besar kemungkinan anda akan memerlukan beberapa sesi lanjutan untuk mencantikkan bentuk tubuh anda akibat daripada penyingkiran lemak degil menerusi rawatan ini.
Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut mengenai Rawatan Pembekuan Lemak ini atau kaedah pembekuan lemak lain dan juga rawatan coolsculpting yang terdapat di Malaysia, anda boleh hubungi kami.
Anda juga boleh datang ke klinik kami di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan Kuala Lumpur untuk membuat temu janji.
WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com
Ya. Rawatan Pembekuan Lemak (CoolSculpting Cryolipolysis) adalah selamat dan mendapat kelulusan FDA. Walau bagaimanapun, pesakit mungkin akan merasa sedikit tarikan atau cubitan semasa proses rawatan. Kebiasaannya, doktor akan terus mengurut bahagian yang dirawat untuk memecahkan tisu-tisu dalam yang membeku bagi membolehkan sel-sel lemak yang hancur diserap dengan lebih baik.
Setiap pusingan Rawatan Pembekuan Lemak mengambil masa lebih kurang 30 hingga 45 minit untuk selesai.
Kebanyakan pesakit boleh melihat hasilnya antara 2 hingga 6 bulan selepas rawatan.
Be the first to know about our time-limited, exclusive promos