Get your FREE LED phototherapy session
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu English
  • Bahasa Melayu 中文
BOOK NOW
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
Home
Treatments
Clatuu – Rawatan Pembekuan Lemak

Clatuu – Rawatan Pembekuan Lemak

  • Apakah itu Clatuu
  • Cara rawatan Clatuu berfungsi
  • Manfaat rawatan Clatuu
  • Masalah yang boleh diatasi
  • Procedure videos
  • Langkah penjagaan semasa rawatan
  • Kesan sampingan rawatan
  • Tempoh masa pemulihan rawatan
  • Kos rawatan yang diperlukan
  • Perkhidmatan rawatan Clatuu
  • Before & After
Jump To ...
  • Apakah itu Clatuu
  • Cara rawatan Clatuu berfungsi
  • Manfaat rawatan Clatuu
  • Masalah yang boleh diatasi
  • Procedure videos
  • Langkah penjagaan semasa rawatan
  • Kesan sampingan rawatan
  • Tempoh masa pemulihan rawatan
  • Kos rawatan yang diperlukan
  • Perkhidmatan rawatan Clatuu
  • Before & After

APAKAH ITU RAWATAN PEMBEKUAN LEMAK CLATUU?

What is Clatuu Fat Freezing Treatment

Pembekuan lemak CLATUU merupakan kaedah rawatan kurang invasif bagi membuang lebihan lemak tepu yang degil atau buang lemak di perut dan pinggang  dengan menggunakan teknik pembekuan yang dikenali sebagai Cryolipolysis. Teknik ini membekukan lemak pada suhu 9 darjah celsius selama 1 jam. Tempoh rawatan pecah lemak perut ini juga sangat singkat dimana ia sangat sesuai dilakukan oleh mereka yang sibuk dengan urusan seharian. Tiada sebarang bentuk pembedahan dan tempoh pemulihan diperlukan.

BAGAIMANA RAWATAN PEMBEKUAN LEMAK CLATUU BERFUNGSI?

Teknologi CLATUU 360° FREEZE menggunakan proses penyejukan terkawal bagi membekukan dan memecahkan sel-sel lemak tanpa merosakkan sel-sel normal yang lain. Sel-sel lemak yang dipecahkan akan dibuang terus keluar daripada badan. Hasilnya, kuantiti lemak yang terkumpul akan berkurangan tanpa merosakkan tisu kulit.

CLATUU menggunakan aplikator 360° bersuhu rendah bagi menarik dan membekukan lemak sekaligus menyebabkan berlakunya proses “apoptosis” badan. Suhu rendah ini dikawal oleh sensor keselamatan yang telah dipasang bersama bagi tujuan mengelakkan sebarang kesan sampingan yang tidak diingini. 

Antara bahagian yang sering berlakunya pemendapan lemak di tubuh badan adalah di bahagian abdomen, lengan, pinggul, belakang badan, di bahagian kiri dan kanan pinggang dan juga paha. .

How Does the Clatuu Fat Freezing Treatment Work 03

Benefits of Clatuu Fat Freezing Treatment

APAKAH MANFAAT RAWATAN PEMBEKUAN LEMAK CLATUU?

Selain daripada memberikan bentuk tubuh asli yang menawan tanpa melakukan sebarang pembedahan, berikut merupakan manfaat rawatan pembekuan lemak CLATUU: 

  • Membantu meningkatkan keyakinan diri
  • Hasil rawatan kelihatan semula jadi
  • Rawatan yang ringkas, cepat dan mudah untuk dilakukan
  • Membantu untuk mengekalkan berat badan
  • Rawatan yang kurang invasif
  • Tidak memerlukan masa penyembuhan

Benefits of Clatuu Fat Freezing Treatment  Benefits of Clatuu Fat Freezing Treatment  Benefits of Clatuu Fat Freezing Treatment

APAKAH MASALAH YANG BOLEH DIATASI?

Lemak degil merupakan sejenis lemak tepu yang amat sukar untuk disingkirkan walaupun setelah menjalani diet dan senaman yang berterusan. Hal ini kerana pengumpulan lemak berlaku dibawah pengaruh insulin dan menyebabkan lemak menghalang peredaran darah. Justeru itu, pendekatan yang berbeza perlu dilakukan bagi menyingkirkan lemak degil kerana ia bertindak balas secara berbeza berbanding dengan lemak biasa.

Sel lemak degil dapat disingkirkan melalui suhu yang terlampau tinggi atau terlalu sejuk. Hal ini berlaku kerana sel lemak degil bertindak balas secara aktif terhadap suhu yang ekstrem. Penggunaan terapi gelombang akustik akan memastikan lemak yang ingin disingkirkan akan dibawa terus ke nodus limfa. Sistem limfa badan akan memecahkan sel lemak sebelum dibuang keluar daripada badan dengan selamat dan secara semula jadi.

 

Benefits of Clatuu Fat Freezing Treatment

Watch How the Procedure is Done

Play Video
Play Video
Play Video
Play Video
Play Video
Play Video
×

LANGKAH PENJAGAAN SEMASA MENJALANI RAWATAN PEMBEKUAN LEMAK CLATUU

Pembekuan lemak CLATUU bukan merupakan rawatan pengurusan badan, ia tidak merawat obesiti dan tidak menggantikan fungsi diet dan senaman. Walaupun kaedah ini lebih selamat berbanding pembedahan penyedutan lemak, namun bahagian badan yang menggunakan rawatan ini boleh membengkak dan menyebabkan ketidakselesaan yang tahap yang minima pada pesakit. Kesan sampingan ini akan beransur pulih sedikit demi sedikit dimana pesakit boleh meneruskan aktiviti harian selepas selesai rawatan hilangkan lemak di pinggang.

How Does the Clatuu Fat Freezing Treatment Work 03

APAKAH KESAN SAMPINGAN RAWATAN PEMBEKUAN LEMAK CLATUU?

Oleh kerana rawatan ini kurang invasif, potensi risiko adalah jauh lebih rendah berbanding dengan rawatan-rawatan yang lain. Apabila proses cryolipolysis bermula, pesakit akan berasa sedikit sejuk, kerana suhu yang rendah disasarkan pada bahagian lemak yang ingin dibuang seperti buang lemak di perut dan pinggang.

Terdapat juga gejala sampingan sementara lain yang mungkin dirasai pesakit ketika menjalani rawatan pembekuan lemak ini  seperti kulit kawasan rawatan menjadi merah, lebam atau bengkak. Akan tetapi gejala ini adalah normal. Ada beberapa pesakit mengatakan mereka berasa kebas semasa melakukan rawatan ini namun ianya merupakan kes yang terpencil.

TEMPOH MASA PEMULIHAN UNTUK RAWATAN PEMBEKUAN LEMAK CLATUU?

Teknik pembentukan badan dan pemebekuan lemak  ini tidak mendatangkan sebarang ketidakselesaan kepada pesakit. Ini kerana tidak melibatkan sebarang pembedahan, tidak memerlukan masa pemulihan serta pesakit boleh meneruskan aktiviti harian selepas tamat rawatan. Tanpa mengira jantina, rawatan ini bebas dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Pesakit yang menjalani rawatan CLATUU wajib bersenam dan mengamalkan diet sihat bagi memberikan kesan rawatan yang sempurna.

Benefits of Clatuu Fat Freezing Treatment  Benefits of Clatuu Fat Freezing Treatment

BERAPAKAH KOS YANG DIPERLUKAN?

Walaupun terdapat pelbagai jenis rawatan dan makanan tambahan pelangsingan badan di pasaran, namun rawatan Pembekuan Lemak CLATUU masih mendapat permintaan yang menggalakkan. Hal ini kerana keberkesanan dan kesan sampingan rawatan yang sangat minima.

Harga rawatan kami di Premier Clinic bermula sekitar RM2,000 bagi setiap kitaran rawatan. Jika dibandingkan dengan keberkesanan hasil rawatan, harga kami sangat berbaloi bagi membuatkan  anda kelihatan lebih langsing, tegap dan muda.

Anda boleh meletakkan sepenuh kepercayaan kepada doktor-doktor kami. Doktor-doktor kami adalah doktor profesional yang terlatih dalam teknik pengurangan lemak badan dan rawatan buang lemak di perut dan pinggang..  Kami sangat yakin dapat membantu pesakit-pesakit kami bagi mengurangkan masalah lemak degil.

Benefits of Clatuu Fat Freezing Treatment

DI MANAKAH UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN CLATUU?

Bagi penduduk disekitar KL yang ingin kelihatan lebih langsing atau memilih untuk melakukan rawatan pembekuan lemak CLATUU, bolehlah berjumpa dengan doktor-doktor  kami atau hadir ke mana-mana cawangan klinik kami yang terletak di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan KL City. Tiada sebarang paksaan untuk membeli produk kami sekiranya anda tidak berminat. Sila hubungi kami bagi mendapatkan maklumat lanjut:

WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (Bahasa Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

SEBELUM & SELEPAS RAWATAN PEMBEKUAN LEMAK CLATUU

Before & After Clatuu Fat Freezing Treatment
Before & After Clatuu Fat Freezing Treatment
Before & After Clatuu Fat Freezing Treatment
Before & After Clatuu Fat Freezing Treatment

Frequently Asked Questions

Apakah itu cryolipolysis?

Cryolipolysis merupakan kaedah rawatan kosmetik yang membeku, memecah dan membuang lemak keluar daripada badan. Teknik ini juga dikenali sebagai pembekuan lemak atau cryolipo. Lemak yang dibekukan akan dipecahkan tidak akan merosakkan keadaan kulit, otot dan saraf kawasan rawatan.

Bagaimana lemak dibekukan?

Suhu yang rendah digunakan bagi membekukan lemak degil. Dianggarkan sebanyak 20-30% sel lemak akan disingkirkan dari kawasan rawatan dan akan dimusnahkan secara semula jadi oleh badan. Jadi, kulit di kawasan rawatan akan kelihatan lebih tegang.

Siapakah yang layak untuk menjalani rawatan pembekuan lemak CLATUU?

Setiap individu yang ingin membuang lemak degil di bahagian badan yang tertentu tetapi tidak berjaya walaupun setelah melakukan senaman, mengamalkan pemakanan yang seimbang dan memiliki Jisim Badan Indeks (BMI) yang berlebihan adalah digalakkan untuk menjalani rawatan ini.

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

1. https://www.clatuu.com.au/what-to-expect-during-treatment/
2. http://www.icebeauty.co.uk/FAQ.html
3. https://fatfreezingmachines.com/fat-freezing-faqs/
4. https://www.medicalnewstoday.com/articles/320138.php
5. http://icnmnaturopathy.org/6-benefits-of-using-these-freezing-fat-techniques/
6. https://www.asds.net/skin-experts/skin-treatments/cryolipolysis

About Us

Merupakan klinik kecantikan estetik terulung di Malaysia, Premier Clinic percaya bahawa setiap individu mempunyai kecantikan dan kami berazam untuk menonjolkan kecantikan tersebut. Kami berusaha untuk menyediakan rawatan perubatan estetik termaju bagi meningkatkan keyakinan dan penampilan pesakit. Tidak kiralah sama ada anda memerlukan perkhidmatan yang ringkas mahu pun yang rumit, kami sedia melayani anda dengan perkhidmatan yang disediakan melalui kakitangan terlatih dan profesional kami bagi memberikan penjagaan estetik yang terbaik.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service (Available 24 HOURS)
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Ask us anything about Price or Procedure!
      Click to start chat