Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Terapi Modulatan Foto LED Merawat Keguguran Rambut

APAKAH YANG MENYEBABKAN RAMBUT GUGUR?

Biasanya, 50 hingga 100 helai rambut kita gugur setiap hari tetapi ini biasanya tidak disedari pun. Walau bagaimanapun, rambut sesetengah orang gugur dengan keterlaluan. Ini mungkin nampak hodoh dan boleh meninggalkan tompok-tompok yang botak pada kulit kepala. Rambut biasanya menjadi lebih jarang apabila usia kita meningkat, tetapi antara penyebabnya yang lain ialah perubahan hormon, penyakit atau faktor genetik.

Keguguran rambut atau penyakit alopesia boleh dikenali apabila rambut di bahagian teratas kepala menipis. Masalah ini boleh berlaku pada lelaki mahupun wanita. Tompok-tompok yang botak mungkin muncul, atau rambut tiba-tiba mudah tercabut lalu gugur bercekak-cekak semasa dibasuh atau disikat. Anda juga harus memastikan sama ada anda menghidap jangkitan pada kulit kepala, masalah tiroid atau penyakit kulit yang lain kerana semua ini boleh menyebabkan keguguran rambut.

Capture1

APAKAH TERAPI CAHAYA LED?

Gelombang cahaya yang mempunyai panjang yang tertentu akan diserap oleh kawasan sasaran, dengan itu meninggikan aras tenaga molekul-molekul yang terjejas olehnya. Tenaga ini kemudiannya digunakan melalui perubahan fizikal atau kimia yang berlaku apabila kulit menyesuaikan keadaan, dan meninggalkan kesan biologi terhadap tisu-tisu sekelilingnya. Ini pula merangsang sel-sel untuk menghasilkan rambut di kawasan keguguran rambut atau kawasan botak, apabila folikel yang tidak lagi mengeluarkan rambut kini dicetuskan untuk mengeluarkan rambut baru.*

Para doktor dan beberapa pertubuhan kerajaan juga telah menggunakan teknologi ini dalam bidang penciptaan semula otot dan penyembuhan luka. Teknik yang tidak melibatkan pembedahan ini tidak mencederakan kulit dan diketahui selamat. Trauma fizikal atau kerosakan tisu akibat rawatan ini tidak mungkin berlaku, dan rawatan ini sesuai untuk pesakit segenap usia.

healite 1

CARANYA

Seperti proses fotosintesis, badan memerlukan cahaya matahari untuk membentuk adenosin trifosfat (ATP), yang digunakan sebagai bahan bakar dalam proses metabolik yang menghasilkan protein, enzim dan bahan-bahan penting yang lain. Tisu juga menggunakan ATP sebagai pemangkin proses penyembuhan dan peremajaan pada bahagian yang dirawat.

Doktor akan mencadangkan bilangan sesi yang sesuai kerana rawatan perlu diulang untuk mengekalkan pertumbuhan semula rambut. Bilangannya berbeza bagi setiap orang tetapi rawatan tambahan dapat memastikan bahawa rambut anda sentiasa sihat, lebat dan subur.*

2

Sebelum & Selepas

1*