Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Terapi Modulatan Foto LED Merawat Akne

LED

APAKAH YANG MENYEBABKAN AKNE?

Akne adalah salah satu masalah kulit yang paling lazim dialami pada zaman ini. Kajian menunjukkan bahawa lebih kurang 75% remaja yang berusia antara 11 hingga 30 tahun pernah dilanda akne. Lelaki muda lebih mudah mendapatnya disebabkan aras testosteron yang lebih tinggi, yang boleh memburukkannya lagi. Akne lazimnya berlaku pada usia baligh tetapi ramai orang dewasa juga mengalaminya.

Liang-liang roma pada kulit kita tersambung melalui folikel, iaitu laluan bagi kelenjar-kelenjar minyak di bawah kulit. Kelenjar ini mengeluarkan sebum, iaitu cecair semula jadi yang menyingkirkan sel-sel mati dari badan kita. Apabila sebum terkumpul lalu menyumbat folikel, jerawat pun mula tumbuh dan terbentuk, dan ini menyebabkan akne dan parut akne.

Capture1

APAKAH TERAPI CAHAYA LED?

Teknik awet muda yang semakin popular ini mengembalikan keremajaan kulit dan hasilnya nampak semula jadi. Terapi cahaya menggunakan panjang gelombang yang unggul untuk memangkinkan fungsi sel di dalam badan yang mencepatkan penyembuhan dan peremajaan kulit. Cahaya ini cukup kuat untuk menembusi kulit jauh ke dalam sehingga ke kawasan yang dikehendaki, dan mampu merawat beberapa masalah dengan serentak.

Teknologi ini digunakan oleh doktor, NASA dan NAVY Seals untuk memulihkan otot dan menyembuhkan luka. Teknik ini tidak melibatkan pembedahan, tidak mencederakan kulit, dan terbukti selamat. Terapi cahaya meningkatkan kadar penghasilan kolagen dan elastin di dalam kulit, di samping merangsang pertumbuhan tisu penghubung untuk mengurangkan jerawat dan parut akne. Trauma fizikal atau kerosakan tisu akibat rawatan ini tidak mungkin berlaku, dan rawatan ini sesuai untuk pesakit segenap usia.

CARANYA

Seperti proses fotosintesis, badan memerlukan cahaya matahari untuk membentuk adenosin trifosfat (ATP), yang digunakan sebagai bahan bakar dalam proses metabolik yang menghasilkan protein, enzim dan bahan-bahan penting yang lain. Tisu juga menggunakan ATP sebagai pemangkin proses penyembuhan dan peremajaan pada bahagian yang dirawat.

Hasilnya bergantung pada keadaan fizikal, usia, pemakanan dan gaya hidup seseorang. 8-10 rawatan mungkin diperlukan sebelum kesannya dapat dilihat, tetapi ada pesakit yang melaporkan hasil yang nyata hampir serta-merta. Selepas setiap rawatan, sedikit kesan dapat dilihat dan ini membolehkan anda menilai perbezaan pada kulit anda sebelum dan selepas menjalani setiap sesi rawatan.

GAMBAR SEBELUM / SELEPAS

acne 3

acne 1

acne 2