Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Rawatan Isian Rambut

Hair Filler Treatment

Gel Isian Rambut 7-peptida yang baru ini ialah pembaik pulih sel rambut dan kulit kepala. Gel suntikan ini direka oleh pakar rambut menggunakan rumusan khas yang berkesan melebatkan rambut. Gel ini direka khususnya untuk merawat masalah rambut, termasuklah rambut gugur, rambut menipis dan sebagainya. Jika semua protokol diikuti, rambut boleh tumbuh semula dalam masa 2 bulan.

APAKAH KANDUNGAN ISIAN RAMBUT INI DAN BAGAIMANA TINDAKANNYA?

Gel Isian Rambut ini adalah sejenis rawatan rambut gugur. Gel ini mengandungi peptida berpaten yang diluluskan pada peringkat antarabangsa sebagai bahannya yang aktif. Gel ini menggalakkan peredaran darah di dalam kulit kepala dan membaik pulih folikel rambut sebagai cara menyuburkan rambut. 7 peptida di dalam gel ini menggalakkan pertumbuhan rambut dengan membesarkan folikel rambut. Tindakan ini juga dapat menghentikan keguguran rambut.
Ramuan peptida yang berpaten ini sangat bermanfaat. Gel isian rambut yang dihasilkan dengan teknologi pelepasan ubat secara berterusan ini mengandungi Salina Tertimbal Fosfat, Asid Hialuronik, Dekapeptida-28, Dekapeptida-18, Dekapeptida-10, Oligopeptida-71, Oligopeptida-54, Oktapeptida-2 dan Oktapeptida-11.

Fungsi setiap peptida diringkaskan di dalam jadual di bawah ini:

Peptida Fungsi
DDekapeptida-18 & Dekapeptida-28 Merangsang saluran pertumbuhan rambut dan menggerakkan sel tunjang untuk menggalakkan pertumbuhan rambut.
Dekapeptida-10 Merangsang angiogenesis di dalam folikel rambut, yang akan mencegah apoptosis.
Dekapeptida-19 & Oligopeptida-71 Menambahkan pembentukan folikel rambut. Kombinasi ini juga dapat menghasilkan warna rambut.
Oligopeptida-54 Menguatkan sel rambut untuk menyekat saluran keguguran rambut.
Oktapeptida-2 Menggalakkan pemindahan sel tunjang rambut.

 
Intradermal Injection Prevent Hair Loss

Gel Isian Rambut ini disuntik ke dalam kulit kepala pesakit oleh pakar dermatologi menggunakan suntikan titik atau suntikan intradermis (ke dalam kulit). Sistem penghantaran transdermis menghantar semua kompleks peptida aktif ke lapisan paling dalam permukaan kulit kepala.

Isian Rambut ini menguatkan rambut yang jarang dan menebalkan rambut. Disebabkan sistem penghantaran transdermis yang inovatif ini, peptida di dalam gel dapat memasuki folikel yang paling dalam dengan selamat.

Biasanya, kekerapan rawatan ialah 1 sesi setiap dua minggu selama 8 minggu, bermaksud 4 sesi dalam masa 2 bulan.

SIAPAKAN YANG SESUAI MENJALANI RAWATAN INI?

Rawatan Isian Rambut ini sesuai untuk lelaki dan wanita. Rawatan ini sesuai untuk jenis pesakit yang berikut:
• Pesakit alopesia
• Pesakit yang mengalami rambut yang menipis pada seluruh kepala
• Pesakit rambut pindahan yang ingin meningkatkan kadar ketahanan rambut yang ditanam.
• Pesakit alopesia yang mahukan kesan paduan tenaga setelah digabungkan dengan rawatan keguguran rambut atau rawatan pertumbuhan semula rambut yang lain.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Isian Rambut ini dihasilkan setelah menjalankan R&D yang bertahun-tahun lamanya. Rawatan ini tidak menimbulkan bahaya terhadap badan pesakit.

Walau bagaimanapun, produk ini hanya boleh disuntik oleh pakar perubatan berlesen yang telah menjalani latihan sewajarnya. Tolong semak dengan klinik pilihan anda sebelum membuat keputusan.

Atur sesi perundingan hari ini dan mulakan rawatan keguguran rambut dan program terapi pertumbuhan semula rambut anda sekarang.

Sila hubungi kami secara telefon atau Whatsapp melalui talian +60-12-662 5552 (cawangan TTDI/ Bangsar/ Pusat Bandar KL) atau +60-16-706 0101 (cawangan Puchong) antara jam 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari, atau kirimkan e-mel kepada kami di alamat contactus@premier-clinic.com.