Dr. Michelle Lai bersama Malaysia World News mengenai petua kecantikan untuk wanita Asia.Tonton video ini untuk mendengar sendiri beberapa petua kecantikan, khas untuk wanita Asia.
(Sumber: malaysiaworldnews.com)
Transkripsi Temu Bual:
Hai, saya Dr. Michelle Lai dari Klinik Premier. Saya bekerja dalam bidang ini sejak beberapa tahun yang lepas, enam hingga tujuh tahun, sudah hampir mencapai lapan tahun. Di Klinik Premier, kami menawarkan prosedur estetik yang tidak invasif, yang disyorkan untuk semua lelaki dan wanita.
Botox untuk menghilangkan kedut dan garis halus
Bergantung pada umur dan apa yang kita lakukan, kebanyakan orang Asia lebih mementingkan kecantikan luaran, terutamanya kedut-kedut halus yang muncul pada umur yang muda atau kedut di sudut mata. Oleh itu, apabila perkara ini berlaku, rawatan yang biasanya kami tawarkan ialah Botox am. Biasanya, Botox boleh menghentikan pergerakan otot secara sementara. Selepas kawasan ini dirawat dengan Botox, garis-garis halus tidak lagi kelihatan di sini apabila anda senyum. Atau ada kalanya apabila dahi dirawat dengan Botox, apabila dahi diangkat, sedikit sahaja garis yang kelihatan, dan pergerakan otot boleh dihentikan buat sementara waktu. Botox boleh memudarkan kedut.
Isian untuk Pipi & Hidung
Sesetengah orang yang ingin mencantikkan lebih banyak bahagian, terutamanya yang sudah mencapai pertengahan umur dan telah melepasi umur 30 tahun, mahukan pipi yang lebih berisi kerana bahagian itu sudah kecut. Jadi, apa yang akan kami tawarkan kepada mereka ialah rawatan isian. Apabila kami cuba menyuntik di sini, suntikan itu boleh mengembungkan pipi supaya mereka kelihatan lebih muda. Kadang-kadang untuk orang Asia, yang paling dirisaukan ialah hidung, iaitu mereka merasakan bahawa hidung mereka tidak cukup mancung atau mereka mahukan rupa 3D, kami boleh membuat rawatan isian pada hidung. Kami mencantikkan hidung orang Cina dari Asia yang biasanya berhidung penyek.
Bintik-bintik Hitam / Rawatan Hiperpigmentasi
Sebagai orang Asia, kita sentiasa mementingkan penampilan luaran terutamanya kulit kita. Orang Asia sangat mudah mendapat masalah hiperpigmentasi, iaitu pigmentasi kulit seperti Melasma, dermapigmen atau mungkin jeragat. Oleh itu, dalam keadaan sebegini, selepas berunding dengan pesakit, kami mungkin boleh menawarkan kepada mereka beberapa pilihan cara merawat pigmentasi itu. Pertamanya, kami boleh membuat rawatan laser. Sebagaimana yang anda tahu, laser jenis q-switch sangat terkenal sebagai cara mengurangkan pigmentasi. Kami juga boleh menawarkan rawatan pengelupasan kimia yang mengelupaskan lapisan permukaan kulit untuk merawat pigmentasi, atau kami mengesyorkan suntikan sel tunjang untuk merawat pigmentasi. Kadang-kadang apabila pesakit mempunyai kulit yang sangat ternyahhidrat atau kering, kami akan menawarkan kepada mereka bahan perangsang yang disuntik ke dalam permukaan kulit untuk menghidratkannya lagi. Kulit yang menjadi sangat kering lebih mudah rosak dan lebih mudah juga mendapat hiperpigmentasi.
Isian untuk Dagu dan Rahang and Jaw
Jika anda mempunyai rahang yang kecil atau dagu yang sangat pendek sehingga kelihatan seolah-olah anda tidak mempunyai dagu, anda perlu menyuntik isian itu di sini supaya dagu menjadi lebih panjang dan berisi. Rawatan ini bertujuan memanjangkan dagu dan meruncingkan muka. Kami menyuntik di atas tulang untuk menghasilkan dagu yang lebih berisi dan lebih panjang.
Rawatan Keguguran Rambut | Pemindahan Rambut
Masalah keguguran rambut mungkin berpunca daripada tekanan, ketidakseimbangan hormon wanita, pesakit yang sudah berumur dan mengalami menopaus atau penyakit seperti masalah tiroid, dan wanita yang baru bersalin. Setiap rawatan berbeza bagi setiap pesakit. Apabila kami melakukan rawatan rambut untuk pesakit, kami biasanya menawarkan suntikan pada bahagian kulit kepala. Kami boleh menyuntik sel tunjang rambut, melakukan rawatan Mesoterapi dan juga PRP. Apabila wanita lebih banyak mengalami keguguran rambut, seperti keguguran rambut pola wanita, pada masa hadapan kami boleh menawarkan pemindahan rambut. Pada masa yang sama, pesakit perlu mendapatkan syampu pertumbuhan rambut, memakan makanan penambah khasiat atau produk pertumbuhan rambut sebagai pakej penjagaan yang lengkap, yang sangat penting.
Saya tidak boleh menjamin kejayaan 100%, tetapi selagi kami mencapai setakat 80%-90% untuk pesakit yang keguguran rambut, mereka cukup bersyukur. Pesakit wanita yang mempunyai masalah ketidakseimbangan hormon perlulah juga mendapatkan rawatan hormon dahulu. Kadar kejayaannya tidak begitu memberangsangkan jika rawatan keguguran rambut dilakukan tanpa menangani isu hormon.
Berapakah harga suntikan isian?
Biasanya, isian kulit yang digunakan untuk mengembungkan dan mencantikkan dagu misalnya, bergantung pada bilangan picagari yang diperlukan. Di pasaran, harganya antara RM1800 sehingga RM2500, bergantung pada jenis isian yang anda digunakan.
——— Tamat Temu Bual ————-
Atur sesi perundingan percuma bersama Dr. Michele Lai hari ini!
Sila hubungi kami melalui talian +6012-6625552 atau kirimkan e-mel kepada kami melalui alamat contactus@premier-clinic.com
Botox, Pengelupasan Kimia, Isian Kulit, Rawatan Keguguran Rambut Sel Tunjang Premier