Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Penegangan Kulit Kurang Invasif – Silhouette Soft

Silhouette Soft ialah rawatan tanpa pembedahan yang kurang invasif untuk menegangkan kulit secara penjahitan gantung. Rawatan ini meluaskan pilihan rawatan antipenuaan yang ada untuk lelaki dan wanita.

Komponen utama Silhoutte Soft ialah asid Poli L-laktik (PLLA), iaitu sejenis bahan polimer yang cukup dikenali dan sudah bertahun-tahun lamanya digunakan dalam bidang bioperubatan dan farmaseutikal, terutamanya sebagai benang boleh serap, sistem penghantar ubat, dan alat pengikat tulang (seperti peniti, batang dan skru) dalam pembedahan ortopedik.

Silhouette Soft, yang dihasilkan oleh saintis di Amerika Syarikat menggunakan kepakaran pembedahan bentuk semula dan estetik, terdiri daripada monofilamen PLLA, iaitu bentukan kon yang diperbuat daripada Laktida/Glikolid.
Jahitannya bertindak sebagai perancah di bawah permukaan kulit yang mengangkat tisu-tisu lembut yang kendur. Kon-kon memainkan dua peranan, iaitu menahan benang pada tempatnya dan merangsang pengeluaran kolagen oleh badan. Selepas beberapa lama, kolagen baru akan menggantikan isian kulit yang hilang akibat penuaan.

Mengapa pilih Silhouette Soft?

Silhouette Soft ialah rawatan kurang invasif canggih yang sesuai untuk lelaki dan wanita. Rawatan ini memberikan kesan penegangan semula yang segera. Rawatan ini juga merangsang tubuh untuk menghasilkan kolagen dan dengan itu memberikan penampilan yang kelihatan semula jadi muda dan tahan lama.

Bagaimana Tindakan Rawatan Ini?

Rawatan penegangan Silhouette Soft dapat mengembalikan rupa kulit muka yang lebih licin dan lebih pejal melalui kesan dwitindakan, iaitu membetulkan kedudukan tisu dengan segera dan menghasilkan semula kolagen secara beransur-ansur.

Kesan pembetulan kedudukan tisu terlihat serta-merta kerana tisu dimampatkan dan kulit diangkat semasa jahitan ditanam di dalam kulit. Selepas jahitan dimasukkan, doktor akan menekan perlahan-lahan kawasan yang dirawat untuk membetulkan raut wajah anda dan melicinkannya, agar terhasil kesan penegangan kulit.
Komponen utama rawatan penegangan Silhouette Soft ialah asid Poli L-laktik (PLLA) yang cukup dikenali sebagai bahan polimer yang sangat bioserasi dan terbiodegradasi. Bahan ini sudah bertahun-tahun lamanya digunakan dalam bidang bioperubatan dan farmaseutikal. Antara kegunaannya ialah sebagai benang jahitan dan sebagai peniti, batang, skru dan paku ortopedik untuk merawat tulang yang patah.

Selain itu, jahitan Silhouette Soft mengandungi kon-kon kecil yang memberikan cengkaman dan menyediakan titik-titik ikatan. Rawatan ini menyebabkan tindak balas semula jadi terhadap jasad asing yang seterusnya menghasilkan kolagen baru. Ini dapat mengembalikan rupa bentuk muka dan leher.

Kelebihan Silhouette Soft

Rawatan penegangan Silhouette Soft kurang invasif dan tidak melibatkan pembedahan. Oleh itu, masa untuk sembuh tidak lama. Rawatan ini menghasilkan kesan penegangan segera dan merangsang badan untuk menghasilkan kolagen baru. Benang Silhouette Soft diperbuat daripada bahan yang selamat dan boleh terserap sepenuhnya.

Penjagaan Selepas Rawatan

Selepas rawatan, tempoh pemulihan biasanya memakan masa 1-3 hari tetapi sebilangan kecil pesakit mengambil masa yang lebih lama. Kebanyakan pesakit boleh meneruskan aktiviti harian selepas 1-3 hari. Walau bagaimanapun, pesakit dinasihatkan agar tidak melakukan aktiviti sukan yang lasak dalam tempoh 2 minggu selepas rawatan.

Keselamatan & Kesan Sampingan

Benang Silhouette Soft yang boleh diserap dan bioserasi ini dibuat di Amerika Syarikat dan oleh itu, tertakluk kepada berbilang kawalan kebersihan untuk memastikan benang tersebut selamat digunakan. Benang ini diperbuat daripada asid Poli L-laktik (PLLA) yang sudah bertahun-tahun lamanya digunakan dengan selamat dalam bidang farmaseutikal dan perubatan, contohnya sebagai benang jahitan dan juga sebagai peniti, skru dan paku ortopedik untuk merawat tulang yang patah.

Rawatan penegangan Silhouette Soft ialah hasil R&D selama 6 tahun dalam bidang penjahitan gantung kekal dengan menggunakan kon-kon pembedahan plastik dan bentuk semula. Sejak itu, 150,000 rawatan telah dijalankan setakat ini.
Untuk pasaran Eropah, rawatan ini mendapat tanda CE. Selain itu, tapak perkilangannya mematuhi keperluan piawaian antarabangsa ISO 13485.

Jika anda ingin mengatur sesi perundingan percuma untuk membincangkan rawatan penegangan kulit, sila hubungi kami secara telefon atau WhatsApp melalui talian 016-706 0101 (cawangan Puchong) atau 012-662 5552 (cawangan TTDI/Bangsar/Bandar KL). Anda juga boleh mengirimkan e-mel kepada kami melalui alamat contactus@premier-clinic.com.