Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Penegangan Benang Tanpa Bedah utk Meraut dan Membentuk Badan

FACIAL SLIMMING BY BOTOX
MENGAPA PILIH KAEDAH MERAUT / MEMBENTUK GARIS MUKA?

Teknik ini sangat disukai oleh masyarakat Asia yang mahukan muka yang berbentuk bujur atau V yang kecil dan ayu. Raut muka yang kini lebih langsing ini memberi anda wajah yang nampak lebih muda di samping membuatkan kulit kelihatan lebih sihat bermaya. Kulit anda juga akan menjadi lebih kenyal dan halus setelah selesainya prosedur ini.*

CARANYA

Doktor akan memasukkan benang PDO (polidiozanon) yang boleh diserap oleh tubuh ke dalam kawasan yang dirawat untuk menghasilkan kesan penegangan. Jaringan yang terbentuk di antara lembar-lembar benang akan menggalakkan dan merangsang pengeluaran kolagen di dalam kulit manakala tisu sekelilingnya akan menyerap benang-benang itu sepanjang 6 hingga 8 bulan yang seterusnya. Rawatan ini akan mengurangkan tanda-tanda penuaan, dan kulit akan mula bertambah cantik.* Selepas menjalani rawatan, anda akan nampak bentuk V terbentuk secara beransur-ansur dan kulit akan menjadi lebih pejal disebabkan pengeluaran kolagen yang telah meningkat.*


Klik butang anak panah di atas ini untuk menonton cara Dr Kee Yong Seng melakukan prosedur penegangan benang

MENGAPA PILIH KAEDAH PENEGANGAN BENANG?

Prosedur penegangan benang tidak melibatkan pembedahan dan sesuai bagi orang yang bimbang atau tidak mahu dibedah. Hasilnya berjangka panjang dan boleh bertahan 1-2 tahun selepas menjalani prosedur. Selain itu, kesan menegang dan memejal yang ditinggalkan oleh rawatan ini akan menjadi nyata hampir serta-merta.* Tiada tempoh penyembuhan diperlukan dan anda boleh kembali melakukan rutin anda yang biasa selepas itu.

SEMASA MENJALANI PROSEDUR

Sebelum memulakan rawatan, krim anestetik (pelali) akan disapukan pada kawasan yang hendak dirawat untuk mengebaskan kulit dan mengurangkan rasa sakit atau resah. Benang-benang dimasukkan ke dalam kawasan yang ditentukan dan mengambil masa 30-40 minit sehingga selesai, bergantung pada kawasan yang dirawat. Anda akan merasai sedikit sensasi seperti dicucuk-cucuk, serupa dengan akupunktur, tetapi tidak menyakitkan.

Panjang dan tebal benang mungkin berbeza-beza mengikut kawasan yang dirawat. Benang yang pendek biasanya digunakan untuk merawat garis-garis halus di sekeliling mata, manakala yang panjang pula boleh mencantikkan dan menegangkan kulit di bahagian leher dan dagu. Benang yang tebal boleh digunakan untuk menggantikan rawatan Botox, dan dimasukkan ke dalam otot pada dahi. Doktor akan menasihati anda mengenai rawatan bagi kawasan yang tertentu agar anda mendapat hasil yang terbaik.

 

Sebelum dan Selepas

3*

2*

1*