Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Pembedahan Lembut Plasma Plexr Untuk Mata

Plexr, yang direka di Itali sebagai kaedah pembedahan yang inovatif, ialah alat perubatan istimewa yang dapat membentuk plasma dengan cara mengionkan gas-gas di dalam udara. Alat ini menghasilkan arka elektrik yang dapat merawat masalah di sekeliling kawasan kelopak mata tanpa menyebarkan haba yang tidak diingini ke kulit.

Pembedahan lembut plasma Plexr dapat merawat kedut-kedut di sekeliling mata, malah dapat menegangkan kelopak mata atas dan bawah yang kendur. Rawatan ini juga dapat mengurangkan parut atau menjalankan blefaroplasti dan rawatan menegangkan kawasan kening.

Bagaimana Tindakan Rawatan Ini?

Proses “pembedahan lembut” ini menggunakan alat mudah alih untuk menarik kulit pada kawasan kelopak mata. Melalui pembakaran yang terhasil oleh korneosit kulit, tisu di sekeliling mata tidak akan rosak. Sebaliknya, sisik-sisik halus berwarna kelabu keperang-perangan, atau debu karbon, akan tertinggal. Walau bagaimanapun, debu karbon tersebut akan hilang beberapa hari selepas rawatan.

Krim anestesia akan disapukan pada kulit sebelum rawatan dimulakan untuk mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa. Sebaik sahaja kuman pada kulit di sekeliling mata dibasmi, prosedur akan dimulakan. Anda mungkin mengalami sedikit rasa panas dan sakit semasa proses dijalankan tetapi pada kadar yang boleh ditahan. Sebaik sahaja sesi berakhir, titik-titik pembakaran kecil yang berwarna hitam atau perang akan kelihatan di kawasan rawatan.

Selepas Rawatan

Selepas rawatan, kelopak mata anda akan membengkak tetapi akan surut dalam masa dua atau tiga hari, bergantung pada keadaan kulit anda. Debu karbon yang tertinggal akan mengambil masa yang lebih lama sedikit untuk hilang, iaitu empat hingga 10 hari. Jangan garu, gosok atau kutil kawasan yang dirawat itu dalam tempoh tersebut. Doktor akan mengajar anda cara menjaga kulit selepas setiap sesi dan mungkin akan mencadangkan krim khas untuk membantu proses pemulihan.

Pembedahan lembut plasma Plexr tidak disyorkan jika anda hamil atau mempunyai kulit yang sangat gelap. Rawatan ini menimbulkan risiko berlakunya hipopigmentasi (tompok-tompok pucat) atau hiperpigmentasi (tompok-tompok gelap yang radang) terutamanya jika kawasan yang dirawat itu digaru.

Sila hubungi kami untuk mengatur sesi perundingan bersama doktor kami yang sangat berpengalaman dan profesional. Mereka bersedia memberikan penerangan dan membimbing anda sepanjang rawatan.