Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Mikropengikisan untuk Merawat Kedut / Garis Halus

APAKAH YANG MENYEBABKAN KEDUT / GARIS-GARIS HALUS?

Salah satu kesan proses penuaan ialah kulit akan berlipat dan berkerut, dan ini akhirnya membentuk kedut dan garis-garis halus. Ini berlaku kerana kulit kehilangan sifatnya yang anjal disebabkan ketiadaan kolagen, iaitu bahan yang diperlukan oleh kulit untuk membaiki dirinya. Akibatnya, kulit tidak lagi berganjak kembali kepada bentuknya yang asal, maka kedut dan garis-garis halus yang terbentuk itu menjadi kekal.

CARANYA

Mikropengikisan, yang juga digelar rawatan penegangan pantas, secara amnya diterima sebagai kaedah alternatif bagi prosedur-prosedur lain yang mungkin lebih mahal dan kadangkala lebih mencerobohi badan. Butir-butir halus digunakan untuk mengelupaskan dan menanggalkan permukaan teratas kulit yang mengandungi sel-sel kulit yang sudah mati. Tindakan ini menimbulkan lapisan baru. Ada risiko bahawa butir-butir halus itu terperangkap di dalam kulit, tetapi kaedah ini meniadakan risiko itu kerana rawatan ini tidak menjejaskan lapisan kulit yang lebih dalam.

Semasa rundingan pertama, kawasan yang hendak dirawat akan digariskan. Butir-butir kristal yang halus disasarkan pada kawasan ini untuk mengelupaskan kulit dan menanggalkan sel-sel mati di permukaannya. Teknik ini kurang menyakitkan berbanding dengan kaedah pengikisan yang biasa, maka pesakit tidak memerlukan anestesia (ubat bius).

Sesi rawatan mikropengikisan yang dilakukan secara tetap sebenarnya boleh mencetuskan kulit untuk bermula menghasilkan sel kulit baru dengan lebih cepat daripada biasa. Ini menyebabkan kemunculan sel kulit yang lebih sihat di permukaan dengan lebih cepat daripada biasa, dan lama-kelamaan, kecacatan yang berada lebih jauh di bawah kulit mungkin akan berkurang.*

SELEPAS RAWATAN

Selepas menjalani rawatan, anda boleh kembali melakukan rutin harian seperti biasa tetapi kulit anda mungkin nampak merah-merah selama 24 jam. Sensasi yang akan anda rasai serupa dengan kesan selaran matahari yang ringan dan anda haruslah menggunakan krim pelembap dan tidak memakai solekan selama 24 jam yang seterusnya. Juga jangan dedahkan kulit kepada cahaya matahari selama beberapa hari selepas itu, dan teruskan penggunaan krim pelembap.

Bergantung pada keadaan kulit dan hasil yang dikehendaki, doktor akan mengesyorkan bilangan sesi yang anda perlukan untuk memperoleh hasil yang terbaik. Rawatan akan dijarakkan sewajarnya, dan anda akan nampak kulit anda beransur-ansur cantik selepas setiap rawatan, dan semakin sihat berseri.*
6

5

4

Sebelum & Selepas

8*

7*

3*

2*

1*