Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Mesoterapi Merawat Rambut Gugur

1

APAKAH YANG MENYEBABKAN RAMBUT GUGUR?

Secara purata, 50 hingga 100 helai rambut gugur setiap hari, tetapi ini biasanya tidak nyata. Walau bagaimanapun, rambut sesetengah orang gugur dengan terlalu banyak, dan ini meninggalkan tompok-tompok kulit kepala yang botak dan kelihatan hodoh.

Rambut boleh menjadi jarang secara semula jadi disebabkan usia yang meningkat, tetapi perubahan hormon, penyakit dan faktor genetik juga boleh menyebabkannya. Rambut yang tiba-tiba menjadi longgar juga boleh gugur secara bercekak-cekak apabila dibasuh atau disikat. Jangkitan pada kulit kepala, komplikasi tiroid atau penyakit kulit yang lain juga penting diperiksa kerana masalah ini boleh memburukkan atau menyebabkan keguguran rambut.

CARANYA

Mesoterapi adalah suatu kaedah penyelesaian khusus yang menggunakan pelbagai jenis asid amino, vitamin, mineral dan bahan-bahan lain, yang ditumpukan pada bahagian sasaran di atas kulit kepala. Rawatan ini meremajakan kulit kepala dan sepatutnya menghentikan keguguran rambut. Mesoterapi juga merangsang pengaliran darah ke sekitar kulit kepada, yang seterusnya menggalakkan pertumbuhan folikel rambut dan akhirnya memulakan semula penghasilan rambut baru.

Sejumlah kecil larutan perawat akan disuntik ke dalam kulit kepala dengan menggunakan jarum halus. Doktor akan memasukkan khasiat ke bahagian yang ditentukan dengan teliti. Ini mencetuskan proses pemulihan dan merangsang pengaliran darah di dalam kulit kepala. Mungkin ada sedikit rasa tidak selesa semasa prosedur dijalankan, dan ubat pelali boleh disapukan jika perlu.

Mesoterapi tidak melibatkan pembedahan, sangat berkesan, bertindak secara berperingkat, selamat dijalani dan mampu merawat pelbagai penyakit kulit kepala kerana rawatan ini boleh disesuaikan mengikut keperluan setiap orang. Keguguran rambut sepatutnya berhenti hampir serta-merta selepas selesainya rawatan, dan rambut akan mula tumbuh semula apabila folikel berfungsi sepenuhnya.

SELEPAS RAWATAN

Salah satu kelebihan penting mesoterapi adalah tempoh pemulihannya singkat sahaja ataupun mungkin tiada langsung. Kulit mungkin menjadi merah-merah sedikit tetapi kesan ini sepatutnya hilang dalam masa 24 jam. Bergantung pada keadaan kulit kepala anda, hasil boleh diperhatikan selepas 2 hari sahaja tetapi ini berbeza bagi setiap pesakit.

Hasilnya tahan agak lama, tetapi kami mengesyorkan rawatan secara tetap untuk mengekalkan rambut baru anda kerana kesan penuaan semula jadi tidak boleh dipulihkan sepenuhnya. Bincanglah dengan doktor untuk menentukan kitaran rawatan yang sesuai bagi anda.

3

Sebelum & Selepas

1

2

4

5

6

7