Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Laser I-Grow Untuk Kegunaan Di Rumah

igrow-02-22-2011

APAKAH YANG MENYEBABKAN RAMBUT GUGUR?

Secara puratanya, seseorang menggugurkan antara 50 hingga 100 helai rambut sehari, tetapi ini dianggap sedikit dan tidak disedari. Walau bagaimanapun, sesetengah orang mengalami keguguran yang keterlaluan sehingga botak, iaitu mereka menghidap penyakit alopesia. Masalah ini meninggalkan tompok-tompok botak yang besar dan hodoh pada kulit kepala.

APAKAH LASER I-GROW?

Laser I-Grow ialah topi canggih yang menggunakan teknologi laser untuk menggalakkan pertumbuhan semula rambut. Dengan menggunakan cahaya laser yang bertahap rendah, topi ini memancarkan 51 cahaya LED dan laser merah untuk menguatkan dan mencergaskan semula sel di dalam folikel rambut. Alat ini tidak memerlukan pengendalian dengan tangan, tidak melibatkan pembedahan dan boleh digunakan dengan selesa di rumah tanpa pengawasan.

Penggunaan alat ini tidak diketahui menimbulkan kesan sampingan. Fon kepala dibekalkan supaya anda boleh menikmati muzik kegemaran anda semasa berehat sambil menjalani rawatan. Anda cuma perlu memakai topi ini selama 25 minit setiap 2 hari sepanjang 4-6 bulan. Tempohnya mungkin berbeza mengikut keadaan kulit kepala setiap orang, dan sebaik-baiknya bincanglah dengan doktor tentang kitaran rawatan menggunakan alat ini untuk mendapatkan hasil yang sebaik-sebaiknya.

SIAPAKAH YANG BOLEH MENGGUNAKAN LASER I-GROW?

Anda mungkin sesuai menggunakan produk ini jika anda mengalami:

  1. Keguguran Rambut Peralihan

Kebanyakan orang tidak menyedari keguguran rambutnya sehinggalah sebahagian besar kulit kepalanya terjejas. Jika anda nampak rambut anda menjadi semakin jarang di puncak kepala atau anda perhatikan garis rambut anda semakin berundur, pergilah berjumpa dengan doktor untuk menentukan sama ada anda ada penyakit. Jika keguguran rambut anda itu berlaku secara semula jadi, maka produk ini boleh digunakan untuk menentang kesannya sebelum menjadi nyata.*

  1. Keguguran Rambut Turun-temurun:

Bagi ramai orang, keguguran rambut adalah masalah yang diwarisi turun-temurun. Anda perlu mengambil pendirian yang proaktif untuk menjaga kelebatan rambut. Jika digunakan mengikut arahan, Laser I-Grow boleh mengurangkan kesan keguguran rambut ini sebelum menjadi masalah besar.*
Sebaik-baiknya, bermulalah menggunakan produk ini sebelum anda menyedari keguguran rambut supaya masalah ini dapat dielakkan sama sekali.

SEBELUM & SELEPAS

Untitled-1*