Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Implan Rambut Biogentian

APAKAH IMPLAN RAMBUT BIOGENTIAN?

Ini proses pembedahan kecil menggunakan rambut palsu yang serasi dengan tubuh manusia. Rambut ditanam satu persatu ke dalam kawasan yang botak atau berambut jarang (alopesia). Rawatan ini telah dikaji dengan rapi secara saintifik dan secara perubatan, dan didapati selamat. Prosedur ini mengembalikan keyakinan diri kerana rambut palsu ini nampak dan terasa seakan-akan yang asli, serta bersepadu dengan baik untuk menghasilkan rambut yang lebat dan cantik.

Kelebihannya:

  • Hasil yang segera dan yang nampak semula jadi cantik
  • Rambut yang lebih lebat
  • Mudah, cepat, boleh dibalikkan, dan tidak menyebabkan rasa sakit
  • Tidak ada tempoh pemulihan selepas rambut ditanam
  • Rambut menjadi lebat secara beransur-ansur dan berperingkat
  • Implan boleh dilakukan sebagai rawatan tunggal ataupun digabungkan dengan kaedah-kaedah lain

Penting dimaklumkan bahawa rawatan ini tahan selama beberapa tahun, dan selepas itu, implan perlu diulangi untuk mengekalkan kelebatan dan kecantikan rambut. Penjagaan susulan dan kebersihan kulit kepala juga sangat penting untuk mengekalkan rupa rambut, maka implan ini tidak disyorkan bagi anda yang berpenyakit pada kulit kepala.


Klik butang anak panah di atas ini untuk menonton penerangan Dr Elaine tentang Implan Rambut Biogentian

CARANYA

Bagi kebanyakan pesakit, pembedahan dermatologi yang ringan dapat menyelesaikan masalah keguguran rambut dengan memuaskan. Tidak ada had pada bilangan rambut biogentian yang boleh ditanam ke dalam kulit kepala kerana ini bergantung pada keadaan pesakit. Rawatan ini sesuai bagi lelaki dan wanita yang sedang melalui mana-mana peringkat alopesia. Rawatan pemelihara boleh dilakukan dengan bilangan kecil implan ulangan pada selang waktu yang tetap untuk mengekalkan kelebatan rambut.

Rambut palsu ini diperbuat daripada gentian perubatan yang serasi dengan tubuh, yang hanya menimbulkan sedikit tindak balas terhadap bendasing sahaja (kurang daripada 2%). Tindak balas ini mudah dikenal pasti dan ditangani sebelum sesi rawatan biasa dimulakan. Jika perlu, rambut biogentian yang telah ditanam juga boleh dikeluarkan untuk membolehkan rawatan kulit kepala atau teknik pemulihan rambut yang lain dilakukan. Keselamatan dijamin kerana setiap helai rambut diikat dengan simpulan yang boleh dibuka, oleh itu rambut boleh dikeluarkan tanpa meninggalkan parut.

Rambut ini dapat menahan tegangan fizikal, mekanikal dan kimia, dan hanya menyebabkan sedikit rasa tidak selesa. Kebanyakan pesakit sangat berpuas hati dengan rawatan ini dan hasilnya. Kulit mungkin menjadi radang sedikit tetapi ini mudah pulih, dan doktor akan menerangkan tindak balas ringan yang boleh berlaku selepas menjalani rawatan ini.


Klik butang anak panah di atas ini untuk menonton cara doktor kami di Premier Clinic menjalankan prosedur Implan Rambut Biogentian.

GAMBAR SEBELUM / SELEPAS

Lelaki:

big_Paul.beforeand6months

p54_left

p70_crown

p88_crown

Perempuan:

f1

f2

f3

f4