Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Botoks Merawat Masalah Berpeluh-peluh Dengan Keterlaluan

botox-for-excessive-sweating
APAKAH YANG MENYEBABKAN MASALAH BERPELUH-PELUH DENGAN KETERLALUAN?

Berpeluh-peluh dengan keterlaluan (hiperhidrosis) adalah masalah yang dihadapi ramai orang dan boleh berlaku pada pelbagai bahagian badan. Bahagian yang paling lazim berpeluh-peluh begini ialah tapak tangan atau ketiak, tetapi masalah ini juga boleh berlaku pada kepala, muka, celah kelangkang, atau bahagian belakang badan. Penyakit hiperhidrosis ini boleh memalukan penghidapnya terutama sekali jika kesan peluh kelihatan pada pandangan orang. Ramai pesakit menghadapi masalah ini sejak usia remaja lagi dan berpeluh-peluh walaupun dalam cuaca sejuk.

Peluh biasanya dikeluarkan oleh kelenjar peluh dalam keadaan bersuhu tinggi atau apabila kita bersenam, dan juga semasa kita demam atau mengalami tekanan. Tindak balas ini dikawal oleh saraf yang akan menghentikan pengeluaran peluh apabila tiada faktor-faktor tersebut. Hiperhidrosis ialah penyakit pada kelenjar peluh yang tidak berhenti-henti mengeluarkan peluh, mengakibatkan pesakit berpeluh-peluh walaupun berada di tempat yang berhawa dingin.

BAGAIMANAKAH MASALAH INI DIRAWAT?

Botoks bertindak menghalang bahan kimia di dalam saraf yang mencetuskan pengeluaran peluh. Oleh sebab tiada lagi isyarat untuk meneruskan pengeluaran peluh, maka kelenjar pun berhenti mengeluarkan peluh. Kaedah ini juga menjadi pilihan bagi orang yang tidak mahu dibedah, tetapi ini biasanya pilihan terakhir dan suntikan Botoks boleh mengatasi masalah ini tanpa kekecohan.

Krim pelali akan digunakan untuk mengebaskan kulit dan mengurangkan rasa sakit, dan jarum yang paling kecil dan halus digunakan untuk menyuntik Botoks ke dalam bahagian yang dirawat. Anda mungkin nampak sedikit kesan lebam, mengalami rasa kebas sekejap atau sakit kepala sedikit tetapi ini akan hilang dengan agak cepat. Kesan sampingan akibat suntikan Botoks jarang-jarang sekali berlaku.

Rawatan ini hanya akan memulakan tindakannya seminggu selepas itu, dan anda sepatutnya kurang berpeluh-peluh*. Rawatan ini tidak memerlukan tempoh penyembuhan dan anda boleh kembali melakukan aktiviti seharian tanpa rasa bimbang.

PEMELIHARAAN

Kesan Botoks terhadap kelenjar peluh bertahan selama 6-8 bulan,* dan rawatan tambahan perlu dilakukan supaya tidak lagi timbul masalah berpeluh-peluh dengan keterlaluan. Doktor akan bersedia membimbing dan menasihati anda tentang cara yang terbaik untuk anda, serta pilihan-pilihan lain yang ada.


Klik butang anak panah di atas ini untuk menyaksikan cara Botulinum Toksin diberikan

cure-excessive-sweating-with-botox

sweaty-armpits