Masalah pigmentasi kulit berlaku apabila kita semakin berusia. Ianya lebih kerap berlaku kerana kerosakan pada struktur kulit. Kerosakan ini boleh berlaku disebabkan oleh mencalarkan kulit, penggunaan bahan kimia pengelupasan kulit atau pendedahan melampau terhadap sinar UV.
Walaupun begitu, terdapat rawatan yang berkesan untuk memperbaiki seri tona kulit anda dan menghilangkan cela kulit. Dengan sedikit kesabaran, anda mampu mencapai semuanya dengan sangat mudah. Ini adalah tips untuk mencegah masalah pigmentasi kulit:

Pengelupasan kulit
Kebanyakan orang tidak faham akan kepentingan untuk peneglupasan kulit. Membasuh muka sahaja tidak memadai. Sabun tidak menghilangkan sel kulit mati dan kotoran yang meresap di dalam kulit. Sel kulit mati, sebum, bakteria dan kotoran akan berkumpul dalam pori kulit muka. Jika pori kulit tersumbat, produk pencerah kulit yang anda gunakan tidak akan berkesan. Bahkan Ini akan menyebabkan penggunaan produk yang berlebihan.
Pengelupasan kulit semestinya perlu bagi kulit anda. Anda boleh menggunakan asid malic yang terdapat di dalam cuka sari epal. Ramai yang menggunakan cara ini untuk menghilangkan parut gelap jerawat. Ia juga mengandungi manfaat pencerahan kulit. Ia boleh membantu mengurangkan masalah pigmentasi kulit. Campurkan asid malic dan air. Anda juga boleh tambah satu atau dua sudu teh jus lemon untuk kesan yang lebih baik. Jus lemon mengandungi properti pencerahan. Letakkan campuran tadi ke dalam botol kecil dan gunakannya sebagai penyegar.

Tidur yang cukup
Tidur adalah sangat penting untuk mencegah tona kulit tidak sekata dan masalah pigmentasi kulit. Apabila anda tidur, otak anda menghasilkan hormon melatonin. Hormon ini membantu mengurangkan kesan negatif sinar UV. Ia mencegah perubahan warna kulit yang disebabkan oleh pendedahan berlebihan terhadap cahaya matahari.

Gunakan pelembap pencerah semulajadi yang berkesan
Pilih pelembap yang mengandungi Extrapone Nutgrass, Phytessence Wakame dan Maracuja. Extrapone Nutgrass mengandungi properti pencerahan yang boleh mencerahkan kulit sehingga 45% dalam dua minggu pertama penggunaan. Bahan ini juga mengandungi properti anti-iritasi untuk menghilangkan ruam. Phytessence Wakame ialah sejenis rumpai laut yang mencegah kehilangan asid hyaluronik. Asid ini diperlukan untuk membuat kulit kelihatan lembap dan lembut. Maracuja mengandungi properti emolien yang sama seperti dalam kulit manusia. Ia boleh menggandakan fungsi pengekalan dan penghasilan lembapan kulit.

Mengambil suplemen serbuk mutiara
Wanita cina pada zaman dahulu menggunakan serbuk mutiara untuk menambah baik kulit mereka. Kaedah ini menunjukkan kelebihan yang luarbiasa untuk mencegah kerosakan kulit dan masalah pigmentasi kulit. Ia membuat kulit menjadi kemerah-kemerahan dan lebih berseri.