Get your FREE LED phototherapy session
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu 中文
  • Bahasa Melayu English
BOOK NOW
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
Home
Treatments
Terapi Sel Tunjang (Celebre Stem Cell Therapy)

Terapi Sel Tunjang (Celebre Stem Cell Therapy)

  • Apa itu Terapi Sel Tunjang
  • Bagaimana Terapi Sel Tunjang berfungsi?
  • Kelebihan Terapi Sel Tunjang
  • Procedure videos
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Kesan sampingan Terapi Sel Tunjang
  • Jangkaan tempoh kesan rawatan Terapi Sel Tunjang
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After
Jump To ...
  • Apa itu Terapi Sel Tunjang
  • Bagaimana Terapi Sel Tunjang berfungsi?
  • Kelebihan Terapi Sel Tunjang
  • Procedure videos
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Kesan sampingan Terapi Sel Tunjang
  • Jangkaan tempoh kesan rawatan Terapi Sel Tunjang
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After

Apa itu Celebre Placenta & Sel Tunjang?

Celebre Placenta & Stem Cell

Dihasilkan di Switzerland, Celebre Placenta dan Sel Tunjang adalah rawatan semulajadi yang menyegarkan kembali tubuh. Ia merupakan satu rawatan moden yang membantu melambatkan tanda-tanda penuaan dan mengekalkan keremajaan tubuh dengan mencetuskan pembaharuan sel-sel lama tubuh.

Bagaimana Sel Tunjang Celebre Placenta Berfungsi?

Sel-sel kulit mati di wajah atau badan akan dikenal pasti sebelum Terapi Plasenta dan Sel Tunjang dilakukan dengan mensasarkan kepada bahagian tertentu tubuh. Ekstrak tisu baharu atau sel-sel segar akan ditanam di bahagian yang diperlukan. Proses ini menjadi pemangkin kepada tisu yang sedia ada untuk mula menghasilkan sel baharu untuk menggantikan sel-sel lama yang tidak lagi berfungsi. Ini juga meningkatkan kadar pertumbuhan, menghidupkan kembali sel-sel yang tidak aktif yang menyumbang kepada kulit kusam serta menyembuhkan sel-sel kulit yang telah mewujudkan liang pori besar dahulu.

Tidak seperti kaedah farmaseutikal, terapi Sel Tunjang memanfaatkan sepenuhnya kebaikan organisma hidup untuk menyembuhkan dan memberikan hasil jangka panjang yang diinginkan.

Benefits of Celebre Placenta & Stem Cell  

Kebaikan Celebre Placenta & Sel Tunjang

Selain melambatkan tanda-tanda penuaan, terapi ini membantu mengekalkan penampilan awet muda dan kulit yang sihat, di samping membekalkan tenaga kepada penerima. Antara kebaikan lain Terapi Celebre Placenta & Sel Tunjang termasuklah:

  • Meningkatkan sistem ketahanan badan
  • Meningkatkan sistem pencernaan dan menghilangkan sembelit
  • Menghilangkan gejala yang berkaitan dengan penyakit kronik
  • Mencegah atau melegakan masalah seksual lelaki / wanita
  • Meningkatkan dorongan dan potensi seks
  • Mewujudkan keremajaan yang berkekalan
  • Meningkatkan stamina dan tenaga
  • Melindungi dan memulihkan kulit yang rosak
  • Mencantikkan kulit dan menjadikan tona kulit seimbang

Benefits of Celebre Placenta & Stem Cell  Benefits of Celebre Placenta & Stem Cell

Benefits of Celebre Placenta & Stem Cell  Benefits of Celebre Placenta & Stem Cell

Watch How the Procedure is Done

Play Video
Play Video
Play Video
×

Masalah Yang Akan Dibantu

Dull skin

Kulit Kusam

Sebagai sebahagian dari proses penuaan semula jadi, beberapa keadaan kulit boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam termasuklah kedutan, lingkaran gelap pada mata, kantung mata (eye bags) dan banyak lagi. Faktor yang paling banyak menyumbang kepada masalah ini adalah kurang tidur pada waktu malam (kurang dari 7 jam minimum). Dengan kehidupan yang sibuk di bandar dan berjam-jam di tempat kerja serta komitmen sosial menyebabkan seseorang itu tidak cukup masa untuk berehat pada waktu malam. Akibatnya, kulit akan mulai menipis dan kering, selain kelihatan letih kerana kedutan dan tanda-tanda penuaan awal akan merosakkan keseluruhan penampilan.

 

Bioidentical Hormones & Anti-aging  Bioidentical Hormones & Anti-aging

Hormon Bioidentikal & Anti Penuaan

Kerosakan demi kerosakan yang berlaku pada kulit disebabkan oleh radikal bebas di dalam tubuh anda akan mempercepatkan lagi kesan penuaan pra matang dan penyakit degeneratif. Dibentuk sebagai produk sampingan pengoksidaan dalam tubuh, radikal bebas ini menyerang sel-sel tubuh anda ribuan kali setiap hari. Kewujudan sel radikal bebas dalam jumlah yang banyak boleh memusnahkan sel-sel yang sihat, meningkatkan risiko barah, menyumbang kepada penyakit dan mengurangkan kualiti hidup anda. Seiring waktu, kulit akan bertambah tua, mengakibatkannya kehilangan kolagen dan elastin – bahan yang mengikat kulit bersama dan memberikannya sokongan- yang lebih banyak.

 

Melasma  Pigmentation/Age spot

Pigmentasi / Bintik Penuaan / Melasma

Pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari akan mengakibatkan kulit menghasilkan melanin dan mewujudkan lapisan pigmentasi untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya. Walau bagaimanapun, bintik-bintik penuaan akan mula terbentuk apabila pengeluaran melanin tertumpu pada rangkaian bintik-bintik kecil. Ini mengakibatkan pembentukan bintik-bintik berwarna hitam-kelabu atau coklat pada kulit.

Hiperpigmentasi berlaku dengan cara yang sama, tetapi perbezaannya adalah pengeluaran melanin yang cepat dan bertumpu kepada tompokan kecil dan bukan secara berangkai. Tompokan ini biasanya lebih gelap  tetapi seperti bintik-bintik penuaan, ia sebenarnya tidak membahayakan kulit atau badan. Rawatan pigmentasi kulit ini akan membantu sistem tubuh pesakit untuk menghasilkan sel-sel precursor melanocyte. Sel-sel ini menghasilkan melanin yang memberi warna pada kulit, rambut dan mata anda.

Pores

Pori & Tekstur

Biasanya berlaku kepada individu yang mempunyai kulit berminyak, liang pori membesar dan berkembang kerana pengumpulan kotoran dan sebum di bawah kulit. Keadaan ini menyebabkan  folikel yang digunakan untuk mengangkut sel-sel kulit mati tersumbat dan pada masa yang sama kulit juga akan membengkak dan meregangkan pori menjadikannya kelihatan lebih besar daripada biasa.

Pendedahan berlebihan terhadap sinar matahari juga boleh menyebabkan liang pori membesar kerana sel-sel kulit tambahan akan dihasilkan sebagai perlindungan terhadap sinar UV yang berbahaya. Ini juga meningkatkan ketebalan dan meregangkan liang. Kesan daripada graviti juga, kulit mula kendur dan liang pori akan kelihatan lebih besar.

 

Skin Lightening

Mencerahkan Kulit

Kulit yang cerah adalah idaman ramai individu dan sangat diingini, terutamanya dalam kalangan orang Asia. Sesetengah orang mungkin menjalani proses ini atas alasan profesional atau peribadi, tetapi hasil yang diinginkan adalah sama – lapisan kulit segar dengan tona yang lebih cerah. Oleh kerana rawatan ini membantu pertumbuhan semula sel-sel gantian, sel-sel yang terhasil akan menggantikan sel-sel lama, dan secara semula jadi adalah lebih cerah dan sihat daripada yang sebelumnya. Kulit tidak lagi kering kerana proses ini mengekalkan kelembapan kulit agar tetap terhidrasi dengan baik, memastikan kulit anda cerah dan berseri.

Kesan Sampingan Terapi Celebre Placenta & Sel Tunjang

Kesan sampingan bagi terapi ini adalah berbeza antara individu. Ia bergantung kepada jenis pemindahan, kesihatan umum dan faktor-faktor lain. Ekstrak adalah selamat jika dos yang ditentukan diambil seperti yang disarankan. Ini kerana ianya dirumus dibawah piawaian yang ketat. Terapi ini memberi kesan sampingan berisiko rendah seperti jangkitan di tempat suntikan, pendarahan dan kesakitan dari tisu atau radang saraf. Tetapi, keadaan ini adalah sangat jarang berlaku walaupun kesan ini merupakan kesan sampingan yang paling biasa.

Celebre Placenta & Stem Cell Treatment

Jangkaan Tempoh Kesan Rawatan & Tindakan Susulan

Tiada jangkaan tempoh kesan rawatan bagi terapi  ini.  Anda boleh meneruskan aktiviti harian anda sebaik sahaja rawatan selesai. Anda akan dapat melihat kesan segera selepas sesi pertama.

Bioidentical Hormones & Anti-aging  Bioidentical Hormones & Anti-aging

Kos Rawatan Celebre Placenta & Sel Tunjang

Terapi sel tunjang biasanya berharga antara RM4,000 / sesi hingga RM12,000 / sesi. Rawatan ini boleh didapati dengan meluas di pasaran dan juga salun, walau bagaimanapun, kesahihan dan keasliannya diragukan. Sumber sel tunjang juga merupakan faktor penting yang harus dipertimbangkan sebelum mendaftar. Ini adalah bagi memastikan sel tersebut tidak akan ditolak oleh sistem imun tubuh anda.

Terapi Celebre Placenta dan Sel Tunjang kami berharga RM10,000 dan ke atas bagi setiap sesi, bergantung kepada rawatan khusus yang diperlukan berdasarkan keadaan kesihatan anda. Rawatan ini memfokuskan kepada merawat pelbagai penyakit degenatif dengan mengoptimumkan fungsi tubuh anda, memulihkan semula organ dan tisu yang rosak serta meningkatkan kualiti hidup.

Benefits of Celebre Placenta & Stem Cell

Dimanakah Saya Boleh Mendapatkan Rawatan Ini?

Bagi membantu anda mendapatkan maklumat berkenaan rawatan CELEBRE PLACENTA & SEL TUNJANG atau mana-mana rawatan anti penuaan, doctor-doktor kami menawarkan sesi RUNDINGAN tanpa perlu komitmen untuk mendaftar. Wakil khidmat pelanggan kami sedia berkhidmat dari pukul 8 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari untuk menjawab sebarang pertanyaan dari anda  atau untuk membuat temujanji.

Anda juga boleh datang ke klinik kami di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan Kuala Lumpur untuk membuat temu janji.  Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut:

WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

Sebelum & Selepas Celebre Placenta & Sel Tunjang

Bioidentical Hormones Replacement Therapy
Bioidentical Hormones Replacement Therapy
Bioidentical Hormones Replacement Therapy
Bioidentical Hormones Replacement Therapy
Bioidentical Hormones Replacement Therapy

Frequently Asked Questions

Apa itu sel tunjang?

Sel tunjang merupakan sel yang mempunyai kebolehan untuk menjadi sekumpulan atau pelbagai sel lain di dalam badan. Ia boleh membentuk atau memperbaharui diri sendiri bergantung sama ada mereka memiliki multipotent atau pluripoten selagi seseorang atau haiwan itu masih hidup.
Sel Tunjang membahagi untuk membentuk lebih banyak sel yang dinamakan sel anak. Sel anak akan sama ada kekal menjadi sel tunjang atau menjadi sel tertentu dengan fungsi yang tertentu, seperti sel darah, sel otak, sel jantung atau sel tulang.

Apakah pengkelasan sel tunjang yang ada?

Terdapat dua jenis sel tunjang iaitu multipotent dan pluripotent.

* Multipoten: Sel yang boleh menjadi lebih dari satu sel, tetapi terhad kepada beberapa jenis sel sahaja.
* Pluripoten: Sel tunjang yang boleh meningkatkan mana-mana jenis sel di dalam badan kecuali perkembangan fetus di dalam rahim.

Berapa lama tempoh untuk melihat hasil rawatan?

Hasil rawatan adalah berbeza antara individu, bergantung kepada keadaan kesihatan pesakit. Setiap pesakit akan menunjukkan tindakbalas yang berbeza kepada rawatan yang diberikan dan ini menyumbang kepada perbezaan hasil rawatan. Secara umumnya, hasil rawatan boleh dirasai selepas sesi pertama. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kes pesakit dapat melihat hasil dengan cepat. Stamina, pergerakan dan fleksibiliti biasanya akan bertambah dengan sangat baik.

Bolehkan prosedur terapi sel tunjang dilakukan sekiranya mengambil sebarang ubatan?

Secara umum, tidak menjadi masalah sekiranya anda sedang mengambil ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi, diabetes, kolestrol dll. Walau bagaimanapun, pesakit dilarang untuk melakukan terapi sel tunjang jika meraka mengambil antibiotik. Doktor berpengalaman dan berlayakan tahu apa yang terbaik untuk anda.

Adakah prosedur terapi sel tunjang sesuai dan berkesan untuk semua?

Ya. Tetapi, kesan terapi sel tunjang ke atas individu akan berbeza bergantung kepada keadaan kesihatan masing-masing.

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

1. http://www.celebre.com.my/celebre/
2. https://www.medicalnewstoday.com/articles/323343.php
3. https://www.medicalnewstoday.com/articles/318091.php
4. https://twincitiespainmanagement.com/blog/stem-cell-q-what-are-side-effectsrisks-stem-cell-treatment
5. https://stemcells.nih.gov/info/faqs.htm

About Us

Merupakan klinik kecantikan estetik terulung di Malaysia, Premier Clinic percaya bahawa setiap individu mempunyai kecantikan dan kami berazam untuk menonjolkan kecantikan tersebut. Kami berusaha untuk menyediakan rawatan perubatan estetik termaju bagi meningkatkan keyakinan dan penampilan pesakit. Tidak kiralah sama ada anda memerlukan perkhidmatan yang ringkas mahu pun yang rumit, kami sedia melayani anda dengan perkhidmatan yang disediakan melalui kakitangan terlatih dan profesional kami bagi memberikan penjagaan estetik yang terbaik.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Ask us anything about Price or Procedure!
      Click to start chat