Get your FREE LED phototherapy session
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu 中文
  • Bahasa Melayu English
BOOK NOW
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
Home
Treatments
Profhilo : Rawatan Awet Muda

Profhilo : Rawatan Awet Muda

  • Apa itu Profhilo?
  • Bagaimana Profhilo berfungsi
  • Kebaikan Profhilo
  • Masalah yang boleh dirawat
  • Langkah penjagaan semasa menjalani rawatan Profhilo
  • Kesan sampingan rawatan Profhilo
  • Tempoh masa pemulihan bagi rawatan Profhilo
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After
Jump To ...
  • Apa itu Profhilo?
  • Bagaimana Profhilo berfungsi
  • Kebaikan Profhilo
  • Masalah yang boleh dirawat
  • Langkah penjagaan semasa menjalani rawatan Profhilo
  • Kesan sampingan rawatan Profhilo
  • Tempoh masa pemulihan bagi rawatan Profhilo
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After

Apa itu Profhilo?

Profhilo

Profhilo ialah rawatan baharu yang semakin mendapat tempat di dalam dunia kecantikan. Profhilo adalah sejenis pelembap yang boleh disuntik yang juga dikenali sebagai serum asid hyaluronic.  Asid hyaluronic telah lama digunakan dalam bidang kecantikan untuk membantu menambah seri wajah, mengurangkan tanda penuaan dan kesan sinar matahari. Asid hyaluronic adalah bahan semulajadi yang terdapat di dalam tubuh kita. Asid hyaluronic memberi kesan lembapan yang tinggi dan boleh menahan kehilangan air dalam badan, menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan berseri.

Profhilo ialah asid hyaluronic tulen dengan kuantiti yang tinggi berbanding bahan-bahan lain seperti Juvederm dan Teoxane. Asid hyaluronic akan membentuk semula kolagen dan elastin, dan pada masa yang sama melembapkan kulit wajah.

Bagaimana Profhilo berfungsi?

Profhilo berfungsi sebagai serum pembentukan semula kulit yang bukan hanya meningkatkan kelembapan kulit tetapi  juga membina semula tisu-tisu kulit anda yang telah berkedut.  Profhilo berfungsi dengan membebaskan asid hyaluronic secara perlahan-lahan ke dalam kulit anda untuk merangsang 4 jenis kolagen dan elastin yang berbeza. Kolagen dan elastin ini menguatkan ikatan tisu, mengurangkan kulit kendur, menambahkan keanjalan kulit, mencerahkan kulit dan  mencantikkan kulit anda secara keseluruhan. Semua proses ini dipanggil pembentukan semula kulit.

Dengan meningkatnya regangan kulit, segala kedut dan garis-garis halus di wajah anda akan berkurangan sama sekali!

Profhilo  Profhilo

Kebaikan Profhilo

Profhilo membebaskan asid hyaluronic secara perlahan-lahan supaya tidak memberi kesan keradangan kepada kulit anda dan sangat sesuai dengan kulit anda. Profhilo juga meningkatkan ketegangan dan keanjalan kulit yang dulunya kendur dan tidak menarik. Profhilo akan mencetuskan penghasilan kolagen yang mampu membantu mengekalkan kelembutan tekstur kulit untuk jangka masa panjang.

Walau bagaimanapun, Profhilo bukanlah fillers dan tidak sepatutnya digunakan sebagai fillers.  Walaupun Profhilo membantu menambah seri wajah, namun Profhilo tidak berfungsi seperti fillers.

Profhilo  Profhilo

Antara kebaikan Profhilo yang lain termasuklah:

  • Meningkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan kulit kering
  • Mengurangkan kulit kendur
  • Menghilangkan kedut dan garis-garis halus
  • Mencerahkan kulit wajah
  • Mempercepatkan pembaikan dan pemulihan kulit
  • Menjadikan warna dan tekstur kulit lebih sekata

Profhilo

MASALAH YANG BOLEH DIRAWAT

Profhilo membantu menyelesaikan masalah berikut:

  • Kulit kusam
  • Pigmentasi & kesan matahari pada wajah
  • Melasma (tompokan di wajah)
  • Kedut dan garis-garis halus
  • Kulit kering
  • Tekstur kulit yang tidak sekata
  • Pencerahan kulit
  • Pori dan tekstur

PLEXR PLASMA SOFT SURGERY  Benefits of Derma Filler Treatment  Glutathione Plus Vitamin E Supplement

Langkah penjagaan semasa menjalani rawatan Profhilo

Sebelum anda menjalani rawatan Profhilo, sila berjumpa dengan doktor kami terlebih dahulu untuk mengetahui samada anda alergik atau tidak kepada bahan-bahan yang terdapat dalam Profhilo.

Kesan sampingan rawatan Profhilo

Profhilo tidak memberikan kesan sampingan yang berbahaya. Pada kebiasaannya, akan berlaku sedikit lebam dan kemerahan pada tempat suntikan tetapi kesan tersebut akan hilang dalam masa beberapa jam, maksimum 24 jam. Selain daripada itu, tiada apa yang perlu anda risaukan.

Profhilo  Profhilo

Tempoh masa pemulihan bagi rawatan Profhilo

Tiada jangkaan tempoh kesan rawatan untuk Profhilo kerana rawatan ini melibatkan suntikan setempat. Pesakit akan berasa selesa dan tidak memerlukan ubat tahan sakit atau krim yang mengebaskan selepas rawatan. Anda dinasihatkan untuk menggunakan produk anti-penuaan yang mengandungi peptida untuk kesan rawatan yang lebih baik. Pesakit boleh kembali melakukan rutin harian masing-masing sejurus selepas rawatan.

Obagi Medical Grade Skincare

KOS RAWATAN PROFHILO

Kos bagi rawatan profhilo berbeza -beza bergantung kepada jumlah isipadu yang diperlukan. Bagi setiap 1ml (kebiasaanya mencukupi untuk 1 rawatan), kos rawatan adalah sekitar RM2,500 – RM 4,500 bergantung kepada klinik tersebut. Kami di Premer Clinic menawarkan rawatan Profhilo pada harga RM3,500 sahaja termasuk kos rundingan professional bersama doktor dan juga rawatan  susulan selepas sesi rawatan.

Doktor kami akan melakukan sesi rundingan dahulu sebelum melakukan sebarang rawatan bagi mendiagnos kondisi kulit pesakit. Adalah sangat penting bagi pesakit untuk menjalani sesi rundingan bersama doktor yang bertauliah terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk menjalani sebarang jenis rawatan estetik. Hal ini dapat mengelakkan sebarang jenis insiden ataupun kesan sampingan yang tidak diingini dari terjadi.

Profhilo

DI MANAKAH UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN INI?

Doktor kami yang sememangnya terlatih dalam bidang kecantikan akan cuba yang terbaik untuk membantu anda menangani masalah berkaitan dengan penuaan, kedut, dan kulit kendur. Untuk maklumat lanjut mengenai Profhilo atau rawatan kulit lain, anda boleh hubungi wakil khidmat pelanggan kami dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam setiap hari. Kami sentiasa bersedia untuk menjawab segala pertanyaan anda atau membuat temujanji untuk anda.

Anda juga boleh berkunjung ke klinik kami di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan Bandar KL untuk membuat temujanji. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut:

WhatAapp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B. Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

Sebelum & Selepas Rawatan Profhilo

Before & After Profhilo Injection
Before & After Profhilo Injection
Before & After Profhilo Injection
Before & After Profhilo Injection
Before & After Profhilo Injection

Frequently Asked Questions

Adakah Profhilo sama dengan Rejuran?

Tidak, Profhilo adalah rawatan pembentukan semula kulit dengan membantu menambahkan kelembapan kulit dan mengurangkan kulit kendur manakala Rejuran adalah penggalak (booster) kulit. Profhilo menawarkan penyelesaian jangka panjang kepada masalah tanda penuaan pada kulit

Berapa kerap anda perlu mendapatkan rawatan ini?

Satu sesi rawatan Profhilo biasanya bertahan sehingga 6 bulan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan ini 2 kali setahun.

Siapakah yang sesuai untuk rawatan Profhilo?

Suntikan Profhilo sesuai bagi mereka yang ingin menghilangkan tanda penuaan, pigmentasi, dan kedut di wajah. Rawatan ini selamat untuk semua peringkat umur, jenis kulit dan jantina.

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  • https://ha-derma.co.uk/products/profhilo/
  • https://www.harpersbazaar.com/uk/beauty/skincare/a29759932/profhilo/
  • https://drpreema.com/what-is-profhilo-faqs/
  • https://aestheticsjournal.com/feature/spotlight-on-profhilo
  • https://profhilo.com.hk/

About Us

Merupakan klinik kecantikan estetik terulung di Malaysia, Premier Clinic percaya bahawa setiap individu mempunyai kecantikan dan kami berazam untuk menonjolkan kecantikan tersebut. Kami berusaha untuk menyediakan rawatan perubatan estetik termaju bagi meningkatkan keyakinan dan penampilan pesakit. Tidak kiralah sama ada anda memerlukan perkhidmatan yang ringkas mahu pun yang rumit, kami sedia melayani anda dengan perkhidmatan yang disediakan melalui kakitangan terlatih dan profesional kami bagi memberikan penjagaan estetik yang terbaik.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Ask us anything about Price or Procedure!
      Click to start chat