Get your FREE LED phototherapy session
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu English
  • Bahasa Melayu 中文
BOOK NOW
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
Home
Treatments
Rawatan Laser Pengelupasan Karbon (Carbon Laser Peel)

Rawatan Laser Pengelupasan Karbon (Carbon Laser Peel)

  • Apa itu rawatan Carbon Laser Peel
  • Bagaimana rawatan Carbon Laser Peel berfungsi
  • Kebaikan rawatan Carbon Laser Peel
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Procedure videos
  • Kesan sampingan rawatan Carbon Laser Peel
  • Jangkaan tempoh kesan rawatan Carbon Laser Peel
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After
Jump To ...
  • Apa itu rawatan Carbon Laser Peel
  • Bagaimana rawatan Carbon Laser Peel berfungsi
  • Kebaikan rawatan Carbon Laser Peel
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Procedure videos
  • Kesan sampingan rawatan Carbon Laser Peel
  • Jangkaan tempoh kesan rawatan Carbon Laser Peel
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After

Apa itu rawatan Carbon Laser Peel?

Carbon Laser Peel Treatment

Carbon Laser Peel adalah teknologi laser yang semakin popular untuk membaiki semula parut jerawat. Rawatan ini menggabungkan daya penyerapan karbon dan daya meremajakan laser untuk membantu meningkatkan pengeluaran kolagen dari dalam kulit. Dengan ini, ia dapat mengelupaskan kulit dan memperbaiki keseluruhan tekstur kulit.

Bagaimana rawatan Carbon Laser Peel berfungsi?

Pertama, doktor akan membersihkan wajah anda dengan produk penjagaan kulit gred perubatan untuk menghilangkan lebihan kotoran yang tidak diingini. Kemudian, lapisan karbon gelap akan disapukan secara sekata pada kulit. Selepas itu, doktor akan menetapkan laser yang sesuai untuk kulit anda. Ini akan menyebabkan reaksi kimia pada kulit, dan menghasilkan lebih banyak kolagen untuk membantu meningkatkan kualiti kulit.

Warna karbon yang lebih gelap akan membolehkan kulit menyerap laser dengan lebih cepat dan lebih baik. Kemudian, vakum akan ditala kepada kulit untuk menghilangkan zarah dan lapisan atas kulit yang rosak.

Proses pengelupasan semasa rawatan pemutihan kulit juga menghilangkan kotoran yang tidak diingini pada kulit anda seperti sebum, habuk, dan sel-sel kulit mati yang berlebihan. Tanpa bahan kotoran ini, kulit anda akan dapat bernafas dengan lebih baik dan seterusnya mengecilkan pori-pori.

Carbon Laser Peel Treatment  Carbon Laser Peel Treatment

Kebaikan rawatan Carbon Laser Peel

Rawatan Carbon Laser Peel adalah satu rawatan laser baru yang mampu memperbaharui lapisan kulit dengan memanfaatkan kekuatan pancaran laser untuk mengatasi pelbagai ketidaksempurnaan kulit. Dengan meningkatkan seri kulit, ia secara serentak menghasilkan lapisan kulit segar yang lebih lembut di bawah lapisan lama. Manfaat lain dari Carbon Laser Peel termasuk:

  • Mengurangkan kedutan dan garis halus
  • Menghilangkan bintik hitam, jerawat dan parut jerawat
  • Menegangkan kulit
  • Meningkatkan keanjalan
  • Melembapkan dan menghidratkan kulit
  • Memperbaiki tekstur kulit dengan menonjolkan kulit yang cerah dan berseri

Carbon Laser Peel Treatment  Carbon Laser Peel Treatment  Carbon Laser Peel Treatment

MASALAH YANG BOLEH DIBANTU

Pigmentation/Age spot

Pigmentasi / Bintik Usia / Melasma

Pigmentasi biasanya disebabkan oleh terlalu banyak pendedahan kepada cahaya matahari dan penuaan usia. Ini memaksa kulit anda meningkatkan melanin, lalu menyebabkan beberapa sel menjadi hitam (berpigmen). Lama kelamaan, sel-sel kulit berpigmen bertambah banyak dan menyebabkan munculnya bintik hitam di wajah anda.

Rawatan laser hiperpigmentasi ini membantu menghilangkan sel-sel kulit berpigmen dengan memusnahkan sel ini sepenuhnya. Sel-sel berpigmen yang hancur kemudian akan meninggalkan tubuh anda dengan selamat secara semula jadi melalui sistem metabolisma.

Pores

Liang Pori

Liang pori besar adalah keadaan kulit yang biasa dialami oleh mereka yang mempunyai kulit berminyak dan bertambah akibat daripada kotoran dan sebum yang tumbuh di bawah kulit. Ini akan menyekat folikel yang bertindak sebagai mekanisma yang membuang sel-sel kulit mati. Proses pengumpulan kotoran juga akan menyebabkan kulit membengkak, meregangkan pori dan membuatnya kelihatan lebih besar daripada biasa.

Punca lain yang menyebabkan pori besar termasuk penuaan kulit yang mengendur, meregangkan pori, serta terlalu banyak terdedah kepada sinar matahari yang mencetuskan pertumbuhan sel-sel kulit tambahan yang menebal dan meregangkan kawasan di sekitar liang pori.

Carbon Laser Peel membantu membersihkan kotoran dan kemasukan sebum pada kulit yang menyebabkannya tersumbat. Kemudian, proses pemanasan yang disebabkan oleh laser semasa rawatan liang pori terbuka ini juga akan meningkatkan pengeluaran kolagen. Kolagen adalah protein semula jadi di kulit anda yang membolehkan kulit anda kembali kepada keadaan normal setelah mengalami regangan.

 

Skin Lightening

Mencerahkan Kulit / Kulit Kusam

Tona kulit yang lebih cerah adalah salah satu ciri yang paling disukai oleh banyak individu, terutama di kalangan orang Asia. Sama ada atas sebab peribadi atau profesional, hasil yang diingini adalah merupakan lapisan kulit yang segar dengan tona yang lebih cerah.

Oleh kerana Carbon Laser Peel adalah rawatan yang mencetuskan penghasilan sel kulit baharu, ia secara semula jadi akan menjadikan kulit lebih cerah dan sihat daripada sel kulit lama. Kulit juga akan lebih terhidrat kerana selepas rawatan ini, ia mempunyai kemampuan untuk mengekalkan kelembapan yang cukup, menjadikan kulit lebih cerah bersinar. Ini menghasilkan kesan pemutihan semula jadi yang menampakkan tona kulit yang lebih cerah.

Watch How the Procedure is Done

Play Video
Play Video
Play Video
Play Video
×

Kesan sampingan rawatan Carbon Laser Peel

Rawatan ini tidak menimbulkan rasa sakit atau ketidakselesaan, walaubagaimanapun, pelanggan mungkin akan mengalami sedikit rasa seperti pin dan jarum yang dicucuk semasa rawatan. Disebabkan sifat laser yang serba boleh dan tidak fizikal, Carbon Laser Peel juga sesuai untuk kawasan rawatan yang sukar seperti hidung.

Jangkaan tempoh kesan rawatan Carbon Laser Peel

Tiada jangkaan tempoh rawatan bagi Carbon Laser Peel dan anda boleh meneruskan aktiviti rutin anda seperti biasa sebaik sahaja menjalani rawatan ini. Anda akan melihat perubahan ketara selepas sesi pertama, menjadikan rawatan ini satu pilihan yang popular bagi ramai individu.

Carbon Laser Peel Treatment

Kos rawatan Carbon Laser Peel

Di Klinik Premier, kos setiap sesi Carbon Laser Peel adalah antara RM1,000 dan keatas bergantung pada jenis kulit individu dan tahap masalah kulit. Doktor kami akan membuat tetapan mesin laser berdasarkan keadaan kulit anda seperti pigmentasi, liang pori yang besar, kulit kusam atau masalah tekstur kulit.

Doktor kami mempunyai kepakaran dan pengalaman mengendalikan peralatan laser, oleh itu anda tidak perlu gusar semasa menjalani rawatan ini. Teknologi laser pengelupasan ini lebih maju di pasaran hari ini berbanding yang lain. Oleh itu, anda hanya perlu merasai perubahan kulit yang lebih cerah, berseri dan kelihatan lebih muda selepas rawatan.

Carbon Laser Peel Treatment  Carbon Laser Peel Treatment

DI MANAKAH UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN INI?

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana rawatan CARBON LASER PEEL dapat membantu anda, sila aturkan sesi temujanji bersama doktor pakar kami. Semua doktor kami sangat berwibawa dan diperakui untuk mengedalikan prosedur rawatan ini.

Sebagai alternatif, anda boleh datang ke mana-mana klinik kami di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan KL City untuk temu janji. Anda boleh memulakan perjalanan kesempurnaan kulit anda dengan menghubungi nombor di bawah:

WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emell: contactus@premier-clinic.com

Sebelum & Selepas rawtan Carbon Laser Peel

Before & After Carbon Laser Peel Treatment
Before & After Carbon Laser Peel Treatment
Before & After Carbon Laser Peel Treatment
Before & After Carbon Laser Peel Treatment
Before & After Carbon Laser Peel Treatment

Frequently Asked Questions

Berapa kerap dan berapa kali rawatan Carbon Laser Peel yang saya perlukan?

Bilangan sesi yang anda perlukan akan berbeza-beza bergantung pada keadaan kulit anda dan hasil yang diingini dan rawatan ini juga mungkin lebih efektif jika digabungkan dengan dengan prosedur lain. Doktor perundingan akan sentiasa bersedia untuk berbincang dan menasihati anda, sebelum dan selepas sesi anda. Keberkesanan rawatan akan menentukan keadaan individu. Walau bagaimanapun, 2-6 rawatan untuk setiap 4 minggu akan memberikan hasil yang terbaik

Adakah rawatan ini sakit?

Sebilangan besar pesakit merasakan rawatan ini tidak begitu meyakitkan. Semasa prosedur, anda mungkin mengalami sedikit rasa berdenyut dan sedikit sensasi pada kulit tetapi ia tidak memerlukan ubat tahan sakit.

Bahagian tubuh apa yang boleh dirawat dengan Carbon Laser Peel?

Masalah kulit boleh melibatkan mana-mana bahagian badan. Carbon Laser Peel selamat digunakan pada kawasan yang terjejas seperti muka, leher, lengan, lutut, punggung dan bahagian belakang badan.

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  • https://www.thesun.co.uk/fabulous/6134173/what-is-a-carbon-laser-facial-what-are-the-benefits-of-the-charcoal-peel-rejuvenation-and-which-celebrities-use-them/
  • https://advancedskinbeauty.com.au/carbon-peel-faq/
  • https://harmonyxlpro.com/carbon-laser-peel/
  • https://www.webmd.com/beauty/laser-skin-resurfacing#1

About Us

Merupakan klinik kecantikan estetik terulung di Malaysia, Premier Clinic percaya bahawa setiap individu mempunyai kecantikan dan kami berazam untuk menonjolkan kecantikan tersebut. Kami berusaha untuk menyediakan rawatan perubatan estetik termaju bagi meningkatkan keyakinan dan penampilan pesakit. Tidak kiralah sama ada anda memerlukan perkhidmatan yang ringkas mahu pun yang rumit, kami sedia melayani anda dengan perkhidmatan yang disediakan melalui kakitangan terlatih dan profesional kami bagi memberikan penjagaan estetik yang terbaik.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service (Available 24 HOURS)
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Ask us anything about Price or Procedure!
      Click to start chat