Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

 Kadar purata penilaian daripada 47 kajian di WhatClinic.com

q-Switch Nd:YAG Laser Menghilangkan Bintik-bintik Usia

q-Switch Nd: YAG Laser

APAKAH YANG MENYEBABKAN BINTIK-BINTIK USIA?

Kulit mempunyai mekanisme sendiri untuk menentang pancaran UV yang berbahaya dari matahari, dan menghasilkan melanin untuk melindungi dirinya. Apabila melanin yang dihasilkan tertumpu pada kumpulan bintik-bintik kecil, muncullah bintik-bintik usia berwarna kelabu, perang atau hitam pada kulit.

Penghasilan melanin yang pantas pula boleh menyebabkan hiperpigmentasi, iaitu tompok-tompok melanin yang lebih besar dan pekat. Tompok-tompok ini biasanya lebih gelap dan boleh timbul pada mana-mana bahagian badan yang terdedah kepada cahaya matahari.

CARANYA

Rawatan q-Switch Nd:YAG Laser memancarkan cahaya bertenaga tinggi pada bahagian yang terjejas untuk menghapuskan sel-sel kulit yang tidak dikehendaki dan membolehkan kulit menghasilkan sel baru untuk menggantikan yang lama. Dalam mod q-Switch, laser ini menghasilkan dua gelombang, iaitu berukuran 1,064nm panjang dan yang kedua pula panjangnya 532nm.  Gelombang yang kedua ini berguna untuk merawat luka pada kulit. Laser ini mampu menembusi jauh ke dalam kulit tanpa merosakkan lapisannya yang teratas sambil mencetuskan penghasilan kolagen dan protein yang penting untuk menjaga kesihatan dan keremajaan kulit.

Rawatan ini kurang menyakitkan dan agak pantas serta sesuai untuk semua jenis kulit. Prosedur laser ini juga mencerahkan kulit dan mencantikkan wajah agar lebih putih dan halus. q-Switch Nd:YAG Laser diluluskan oleh FDA untuk merawat pelbagai penyakit kulit, oleh itu rawatan ini selamat.

Rawatan ini mungkin tidak sesuai jika:

  • Anda diberi preskripsi Roaccutane dalam tempoh 6 bulan yang lepas
  • Ada jangkitan atau dermatitis pada bahagian yang hendak dirawat
  • Anda hamil
  • Anda pernah pulih daripada luka dengan cara yang abnormal atau anda pernah mendapat parut yang membesar, menaik atau tidak sekata (keloid)
  • Anda menggunakan ubat yang sensitif terhadap cahaya
  • Anda mengalami sawan yang tercetus oleh cahaya

<iframe width=”560″ height=”315″ src=”https://www.youtube.com/embed/nrdcHvN-NGU” frameborder=”0″ allowfullscreen></iframe>
Klik pada butang anak panah di atas ini untuk menyaksikan doktor-doktor kami mendemonstrasikan tindakan q-Switch Nd:YAG Laser

SELEPAS RAWATAN

Tiada tempoh pemulihan selepas rawatan ini dan anda boleh kembali menjalani kehidupan seharian sejurus selepas rawatan selesai. Selain itu, tidak ada bengkak, parut atau lebam, mahupun sebarang kesan sampingan yang teruk akibat rawatan ini. Kulit anda hanya mungkin merah-merah sedikit tetapi ini hanyalah sementara dan sepatutnya hilang dengan sendiri dalam masa 30 minit.

Hasil rawatan akan bertambah baik selepas beberapa bulan, dengan hasil yang nyata selepas setiap sesi rawatan. Kebanyakan pesakit disyorkan menjalani 6 sesi rawatan setiap selang 2 minggu, tetapi ini mungkin berbeza bergantung pada keadaan kulit masing-masing.

SEBELUM / SELEPAS:

q-Switch Nd: YAG Laser on cheek

Screen Shot 2013-11-11 at 11.58.27 PM

q-Switch Nd: YAG Laser nose